fbpx
blog najib asaddok

3 PERKARA POWER TENTANG LOGO NIKE

Nike adalah syarikat korporat yang berpusat di Oregon, US. Syarikat ni ditubuhkan pada tahun 1964 oleh Bill Bowerman dan Phil Knight.

Sebelum ni nama syarikat ini bukanlah Nike, Inc atau jenama Nika. Nama asal sebelum Nike adalah Blue Ribbon Sports, Nama .

So, syarikat milik Bill Bowerman dan Phil Knight ni sebenarnya nak buat perubahan dan “rebranding” syarikat mereka. Jadi, satu hari ni Phil Knight berjumpa dengan designer dia secara tak sengaja di Portland State University.

Designer dia Carolyn Davidson yang memang kebetulan cari sumber kewangan untuk projek kerja dia, bersetuju untuk buatkan logo untuk Nike dengan upah $2 USD sejam je.

Dari situ barulah logo Nike iaitu ‘Swoosh’ (yang logo tanda betul atau right) dihasilkan selepas lebih 17 jam..

Asalnya Phil Knight tak berkenan dengan logo tu, tapi Phil rasakan logo ini boleh pergi lebih jauh. Akhirnya logo ini digunapakai buat kali pertama pada kasut Nike Cortez, kasut untuk atlit pertama Nike.

Sekarang ni, logo Nike dah digunakan pada semua produk mereka dari kasut sampai la pada baju dan item-item lain yang dijual oleh Nike.

Apa yang POWER tentang logo Nike?

1.
Ia mudah digunakan. Logo tu mudah diletakkan pada mana-mana design produk sebab tak guna banyak ruang. Satu lagi kalau digunakan untuk iklan contoh dalam TV, Suratkhabar, Majalah atau pun dalam online seperti Facebook sekali pun ianya sangat senang. Logo Nike pun hanya ada satu warna je.

2.
Logo Nike ni senang nak ingat. Kalau hari ini ada produk yang kita tak pernah yang lalu dalam TV atau pada billboard, tapi logo nya terlalu banyak dengan bentuk entah apa-apa atau sangat complicated kan susah kita nak ingat.

Yang POWER logo Nike ni orang senang nak masuk ke dalam kepala otak. Lagi-lagi prospek anda. Sebab tu bila buat kempen iklan senang orang nak kenal dan lekat dalam minda.

3.
Yang bestnya jugak, mesej logo Nike kena dengan objektif brand. Logo Nike Swoosh diambil inspirasi dari tanda semak (tanda betul) yang menunjukkan pergerakan dan kelajuan.

Objektif Nike adalah dia nak tonjolkan brandnya berkait dengan value kelajuan atau pantas. Nike nak jual produk sukan atau athletic, bila digunakan oleh atlet yang masuk pertandingan sukan ia akan bantu tonjolkan atlet ni laju, pantas dan winner.

Sekarang ni nampak ke nampak, dengan logo jer boleh lambangkan si pemakai produk Nike tu dengan kelajuan, pantas atau cepat. Tu value yang Nike bawa pada pengguna.

Jadi macamana dengan logo korang? Ke korang nak tahu lebih detail tentang logo ni?

Ok, dalam Kelas Advance Roket Bisnes (ARB), anda akan diterangkan dengan lebih detail macamana logo anda tu boleh naikkan kredibiliti jenama dan bisnes anda. Ni baru sikit jer..

Nak tahu lebih lanjut, anda boleh segera ke www.50kusahawan.com untuk info lanjut.



#roketbrand
#roketpemasaran
#ormnajibasaddok
#onlinerocketmarketing

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !