Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home #roketcontent

7 CARA NAK JANA SALES YANG BERKESAN

Mohd Najib by Mohd Najib
March 2, 2019
in #roketcontent, Online Rocket Marketing, ormnajibasaddok
0 0
0
7 CARA NAK JANA SALES YANG BERKESAN
Share on FacebookShare on Twitter

CONFUSELAH, CAMNE NAK BUAT SALES NI.. ADS DAH BUAT, COPYWRITING DAH BUAT.. NAK BUAT APA LAGI NI??

Pernah kenal mana-mana usahawan yang ada masalah nak buat sales? Ada usahawan yang setiap bulan terpaksa mengeluh nak tunggu sales masuk setiap hari?

Ini memang cabaran utama untuk mana-mana usahawan. Hari ini dapat buat sales, esok krik-krik sampai hujung bulan..

Ketakutan yang paling membunuh mana-mana usahawan selagi dia tak dapat tangani masalah ni.

Apa yang anda kena buat untuk stabilkan sales syarikat? Apa nak buat at least setiap hari maintain ada sales masuk pun dah syukur?

Lagi best, camne nak buat sales pecah jadi 5 angka sebulan?

Tapi kena ingat, sebelum anda nak buat sales, kena ada proses yang anda perlu buat dalam marketing.. Baru senang nak buat sales tanpa henti, unlimited..

Sebelum buat sales, langkah paling utama, langkah paling bijak adalah dengan anda kena tahu dulu apa masalah orang yang anda nak bantu..

Sebab setiap orang ada masalah berlainan. Tapi diantara seratus masalah yang ada, mesti ada antara ramai orang, dia ada masalah yang sama ataupun omputih panggil common issue atau common problem.

Isu ini yang kita biasanya akan guna dalam copywriting. Isu ini juga kita akan gunakan untuk dapatkan lagi apa emosi mereka ni.

Copywriting akan jadi lagi kukuh, kuat, lebih menyentuh perasaan. Ada orang tak berapa setuju guna emosi, tapi nak tak nak, emosi membuatkan orang membeli.

Emosi yang dilarang adalah bila anda guna terlalu melampau, menipu semata nak sales.. Tu salah.

Cara kedua adalah anda jangan terus menjual. Perkara paling penting sebelum sales yang anda kena buat adalah ambil database mereka yang PM, Whatsapp, atau emel anda.

Dapatkan maklumat seperti nama, emel, no telefon dan alamat kalau boleh. 

Perkara ni penting sebab anda boleh hubungi mereka secara personal ataupun guna apps yang canggih untuk tanyakan khabar, tanya masalah dan bantu selesaikan masalah secara personal.

Cara ini akan naikkan conversion rate, maksudnya lagi ramai akan beli dari anda.

Kan bagus daripada dapt jual satu. So, anda kena ada mentaliti alang-alang nak jual, jual sekali banyak kuantiti.

Kos marketing untuk satu sama jer untuk banyak dalam saru pembelian.

Jadi, anda kena berikan pakej beli sekali 10, 5 atau 3 kuantiti. Tak kisah berapa pun asalkan lebih dari satu.

Berikan sedikit diskaun kalau beli sekali banyak.

Antara tips nak dapatkan sales banyak, anda boleh minta pelanggan yang nak beli, buat tambahan belian.

Ok, contohnya kalau dia nak beli sehelai tudung, upsell maksudnya anda tambah lagi kerongsang pada tudung yang dia nak beli.

Sekarang ni dia pun pilih 2 barang iaitu tudung dan kerongsang.

Upsell ni bergantung kepada kreativiti anda nak berikan apa-apa.

Tapi..

Jangan pula anda jual minyak urut tapi upsell nasi lemak. Kan tak kena tu.

Anda kena sentiasa follow up. Tanyakan khabar dan tanya semula pda prospek yang pernah berhubung samada nak dapatkan tapi lama diam tak reply.

Pun anda boleh follow up customer lama untuk tanya next pembelian. Tapi kali ni offer yang premium dan kuantiti banyak. 

Upsell pun takpe..

Jangan banyak tanya, buat jer..

Sebab setakat ni Jakel tak berhenti buat promosi, McDonald sentiasa ada offer, pasaraya hari-hari tak putus buat promosi sempena tanpa gagal.

Kalau takde idea sempena apa, boleh buat promosi sempena kucing belakang rumah bersalin.

Percayalah, ianya berkesan.

Penting sekali, anda berikan lebih dari apa yang anda janjikan.

Kalau anda buat promosi percuma cawan pada setiap pembelian barang anda, anda boleh tambahkan sekali teh uncang sebagai tambahan yang dia tak tahu termasuk dalam promo.

Penting sekali barang atau servis yang lebih anda beri tu mesti dalam kos keuntungan. 

Jangan bagi lebih sampai takde untung langsung. Anda pun nak berniaga, bukan badan kebajikan.

Facebook Comments
Mohd Najib

Mohd Najib

Next Post
7 CONTOH DESIGN UNTUK NICHE MAKANAN YANG MEMUKAU

7 CONTOH DESIGN UNTUK NICHE MAKANAN YANG MEMUKAU

Recommended For You

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

June 14, 2022
Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

June 8, 2022
Impian Vellfire bukan angan angan kosong

WOW!! IMPIAN KERETA VELLFIRE 2023, DAH CAPAI TAHUN NI?!

May 24, 2022
Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In