fbpx
blog najib asaddok

3 Perkara Berlaku Dalam Hidup Saya Yang Orang Tak Tahu..

3 Perkara Berlaku Dalam Hidup Saya

Assalamualaikum wbt, hari ni saya nak share dengan anda tentang perkara yang berlaku dalam hidup saya dan ini lah apa yang ramai orang tak tahu tentang saya sebenarnya. Meh saya ajar sekali tentang connecting the dot, kenapa ia penting untuk KEJAYAAN anda.

Ada 3 perkara penting dan nanti saya akan beritahu kenapa saya ceritakan benda ni. Kenapa penting untuk anda faham, belajar dan bagaimana ini boleh membantu bisnes dan kehidupan anda insyaAllah.

Jadi kalau anda dah ready.. Jom saya terus masuk kepada point saya yang pertama iaitu bila arwah ayah saya meninggal. Saya panggil ayah saya baba dan pada siapa yang tak tahu, saya merupakan anak sulung daripada 6 orang adik beradik

Kehilangan baba memang sangat memberi kesan dan kejutan sebab hilang tempat bergantung dan tak tahu macam mana nak teruskan hidup. Saya dibesarkan dengan arwah datuk dan nenek saya dulu. 

Bila benda ni berlaku, dia jadikan saya seorang yang bertanggungjawab untuk membela adik-adik saya. Dalam sekelip mata saya tak menjadi seperti kanak-kanak yang lain. Saya terus fokus di sekolah sebab saya rasa pendidikan ni insyaAllah boleh bantu hidup saya masa tu. 

Anda faham ke faham setakat ni? Mesti ada di antara anda yang baca ni faham perasaan saya kehilangan arwah baba di usia 11 tahun. Bila naik darjah enam saya terpaksa untuk score di sekolah padahal sebelum tu saya di antara yang memang hanya sedang-sedang je bukan seorang yang excellent. 

Saya terpaksa jadi matang lebih awal disebabkan tanggungjawab yang saya pikul dan Alhamdulillah masa form 3 saya score masa PMR, saya dapat 8A 1B dan saya diterima masuk dalam MRSM Muar.

Apa hikmah yang saya nampak, dia jadikan saya seorang yang cepat matang sebab saya rasa bertanggungjawab kepada adik-adik saya dan kepada mak saya. 

Saya rasa benda ni satu pelajaran penting, bagi anda yang masih ada ayah dan mak. Anda ada peluang yang tinggi untuk mereka nampak kejayaan anda dan boleh menggembirakan mereka. 

Peristiwa kehilangan arwah baba ni menjadi titik penting dalam hidup saya. Anda nak tahu cerita pasal saya lebih lanjut lagi? Apa kata tonton video ni sampai habis..

Amacam? Anda dapat sesuatu daripada perkongsian saya? Nak ke nak kalau saya berikan lebih lagi? Jom dapatkan 6 E-Book Copywriting Yang Buatkan Pelanggan Rebut, Bukan Cabut secara PERCUMA di https://naktarikpelanggan.com/copywriting

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !