fbpx
blog najib asaddok

3 Kesilapan Iklan Mahal Di Facebook

Iklan mahal di facebook

Apa punca iklan MAHAL di Facebook ? Meh saya kongsikan beberapa KESILAPAN yang biasa dilakukan oleh usahawan online. BAHAYA kalau anda tak sedar kesilapan ni tau! Jom baca 3 minit jer kalau anda tak nak RUGI dalam bisnes…

Iklan mahal di facebook

1. Gambar yang tak menarik

Kebanyakan peniaga online masih lagi tak faham teknik pemilihan gambar dan warna yang sesuai. Masih lagi gunakan gambar yang agak berserabut dan nak tonjolkan semua produk.

Dalam pemasaran sentiasa amalkan konsep ‘Keep It Simple & Smart’. Maksudnya gunakan gambar yang ringkas, tak lebih 3 warna dalamnya dan mudah pelanggan nampak dalam facebook. Cuba tengok contoh iklan syarikat-syarikat besar , cuba tiru konsep yang mereka gunakan.

Cer tengok contoh gambar yang SK II & student gunakan ni. Hanya gunakan konsep warna yang minimum. Ringkas tetapi menarik!

Jadi paling mudah anda pergi ke page/web pesaing dan tengok gambar yang mereka gunakan dan dapat beribu like dan komen.

 

12622323_739012299532771_3778216354772308154_o

2. Copywriting tak beremosi

Mengikut pakar jualan Brian Tracy, 100% pelanggan memberi kerana EMOSI. Jadi sangat penting anda tekankan apakah emosi yang akan membuatkan mereka membeli produk anda.

Anda hebat mana pun dalam teknikal fbads, tanpa emosi iklan anda akan jadi sia-sia sahaja. Bakal pelanggan takkan like/komen/ share pun jika mereka tak berminat dengan copywriting anda. Kan rugi tu!

Pastikan anda tahu apakah cara untuk menarik emosi mereka. Contohnya anda nak jual produk pendidikan kanak-kanak. Sasaran anda adalah wanita yang dah berkahwin. Mereka pastinya ingin anak yang mereka cintai dan sayangi

  • Pintar
  • Pandai belajar
  • Cemerlang di sekolah
  • Dengar kata ibu bapa

Semua elemen tu mampu menarik EMOSI mereka, bukan menekankan pada spesifikasi produk semata-mata. Faham ke faham?

3. Tak Bina JENAMA

Ini adalah perkara yang paling UTAMA dalam pemasaran. Kita pun kalau nak kenal seseorang nak kena tahu NAMA dia dulu. Ramai pemilik bisnes yang bisnes mereka tiada nama. Buka restoran namanya cuma KEDAI MAKAN, itu nama yang sangat umum.

product-packaging-design-branding

Dalam pemasaran fb, selepas anda mempunyai nama/brand anda kena pastikan setiap bakal pelanggan anda akan lihat iklan brand anda setiap hari dan setiap masa.

Sebab itulah langkah WAJIB dan keutamaan dalam fbads adalah TARIK LIKE dahulu. Barulah anda boleh mengiklankan guna strategi brand awareness di sidebar fb. Kos iklan di situ hanyalah serendah RM0.001-RM0.002. Lihat contoh iklan student saya di bawah ni.

Screen Shot 2016-02-09 at 9.29.16 AM

Screen Shot 2016-02-10 at 7.35.08 AM

Iklan Sidebar/Right Column

Iklan ni student saya Mampu Umrah dah jalankan sejak JUN2015, dan telah keluar di fb sebanyak lebih 3 juta kali.

Kos pemasaran untuk iklan ni selama 7 bulan baru RM3,119.57. Jika dikira kos untuk iklan  ni keluar sekali cuma

= RM3,119.57/3,197,196
= RM0.0009

Wooww! Murah giler kan! Inilah strategi branding paling rendah dan paling mudah muncul di fb setiap hari dan setiap masa.

Strategi ni akan saya ajar nanti dalam Seminar Roket Emel 2017. Pastikan anda luangkan masa sehari anda untuk saya bantu. Walaupun saya mengajar teknik pemasaran online, anda tetap kena datang ke seminar untuk lebih mudah faham sekaligus meningkatkan jualan anda sekurang-kurangnya 300%.

Iklan mahal di facebook?

Daftar pada yuran diskaun melalui link www.roketemel.com sebelum seat SOLD OUT bila-bila masa.

Saya harap anda belajar sesuatu dalam perkongsian saya kali ini. Saya doakan anda akan mencapai matlamat jualan tahun ini !

User Feedback Blog

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !