fbpx
blog najib asaddok

3 Cara Perangi Covid Supaya Covid Tak Musnahkan IMPIAN Kita..

3-Cara-Perangi-Covid-Supaya-Covid-Tak-Musnahkan-Impian-Kita

Hari ni saya nak kita semua renung balik apa yang kita dah capai semalam, sekurang-kurangnya saya nak anda bersyukur apa yang Allah swt dah beri pada kita semalam.

Sebelum tu, saya nak doakan anda semua dapat capai apa sahaja target dan impian anda dalam bisnes, insyaAllah dipermudahkan urusan.

Ingat ya, bila kita bersyukur Allah swt akan tambahkan lagi nikmat kita dan sangat bahaya kepada mereka yang tidak bersyukur sebab Allah swt bagi peringatan yang sangat keras dan api neraka tempat bagi orang yang tidak bersyukur. 

Jadi hari ni saya nak kongsikan sedikit sharing supaya dapat membantu anda semua untuk stay fokus, berjaya capai target dan matlamat yang anda nak capai. 

Saya nak ajar anda 3 cara perangi Covid-19 supaya Covid-19 tak musnahkan impian anda. Kita dah lama sangat hampir 1 tahun setengah dalam keadaan pandemik, sekejap PKP PKPD kemudian PKP semula.

Bila berlaku pandemik, ramai yang ada isu struggle nak bergerak dan bisnes tak boleh beroperasi. Ramai peniaga yang masih menunggu dan lihat, “alaaa nanti la kerajaan umumkan habis lockdown”.

Masalahnya sekarang adalah kes jangkitan Covid-19 ni semakin meningkat. Yang kedua ialah isunya masih ramai lagi yang gunakan strategi yang sama. 

Dalam keadaan Covid-19 dan keadaan kita yang tersepit, pelanggan tak boleh nak jumpa kita secara bersemuka dan kita masih lagi guna cara yang sama. Mungkin ada antara anda yang berharap dapat buka kedai macam biasa, masih lagi tunggu pelanggan datang. 

Saya faham ada sesetengah essential services yang dibenarkan untuk beroperasi tetapi ramai orang yang berada di rumah masih lagi takut untuk nak keluar. 

Lebih-lebih lagi bila mereka lihat kes ni makin naik, meningkat dan tinggi. Itu yang menyebabkan ramai orang berada dalam keadaan yang ketakutan. Anda faham ke faham ni?

Banyak lagi yang saya nak share terutama sekali cara untuk anda perangi Covid-19. Pastikan anda tonton video ni sampai habis tau..

Saya dan Team Momentum serius nak bantu anda naikkan jualan masa PKP ni. Jom dapatkan 7 Video Strategi Facebook Ads Capai RM10,000 Pertama secara PERCUMA di https://naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !