Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home Uncategorized

5 TIPS PELANGGAN YANG PATUT KITA TARGET

Mohd Najib by Mohd Najib
October 26, 2018
in Uncategorized
0 0
0
5 TIPS PELANGGAN YANG PATUT KITA TARGET
Share on FacebookShare on Twitter

JAGA-JAGA! SEKALI TERSILAP TARGET, BUKAN DUIT YANG MASUK, TAPI ANGIN YANG MASUK SAMPAI BISNES MELEBUR, STUCK SAMPAI MELINGKUP..

.
Siapa sebenarnya yang anda target sebenarnya? Siapa pelanggan yang betul-betul nakkan produk / servis anda?

.
Pernah ke terfikir siapa pelanggan yang harus anda cari dalam bisnes untuk terus grow dan bisnes tahan lama?

.
Jadi, nak tahu cara macamana nak kenal pasti target prospek yang sesuai?

.
Simple jer. Anda skrol gambar-gambar yang ada ni anda dah boleh dapatkan gambaran siapa yang anda nak target.

.
Ingat! Dalam bisnes kita bukan nak target semua orang. Dalam marketing kita bukan nak tarik semua penduduk Malaysia atau dunia.

.
Bisnes kita hanya perlukan target group yang boleh jadikan bisnes kita tak putus sales, tak putus income untuk grow dan sustain.

Siapa yang biasanya yang ada kuasa membeli?

Semestinya orang yang dah ada kerjaya atau bisnes. Mereka ini yang ada kelebihan untuk miliki apa sahaja barang yang mereka inginkan.

Sudah semestinya kebiasaannya bisnes akan target pada linkungan umur antara 25 hingga 45 tahun.

Kenapa 45 jer? Kenapa tak sampai 60 tahun? Kan mereka ni ada sumber kewangan sendiri.

Ya, tapi sekiranya kita gunakan platform online, ramai orang yang berumur 45 tahun ke bawah majoriti ada kesedaran teknologi, gunakan internet dan ada akaun media sosial seperti facebook.

Kesimpulannya, umur 25 – 45 tahun adalah umur paling ideal skali untuk anda target.

 

Cuba anda teka, dalam keluarga anda, siapa yang lebih banyak buat keputusan untuk beli barang, tak kisah barang keperluan ataupun barang kehendak?

Antara sepasang kekasih, siapa yang banyak buat keputusan tentang apa-apa jua cadangan atau perbincangan?

Dalam kumpulan masa anda buat assignment di koleh, universiti ataupun sekolah, siapa yang lebih banyak beri cadangan nak terus buat keputusan?

Biasanya memang tak lain, tak bukan adalah wanita.

Ini bukan nak mendeskriminasi mana-mana kaum atau jantina. Tapi ini merupakan realiti yang berlaku.

Sebab tu, banyak perkara dalam hidup, wanita menjadi watak utama untuk buat keputusan hatta keputusan untuk beli barang.

Sebab itu anda harus fikirkan macamana anda nak kaitkan produk anda dengan wanita ataupun tulis copywriting yang buatkan tarikan wanita untuk buat keputusan beli untuk orang yang mereka sayang.

Melainkan anda memang tukang urut lelaki, ataupun bisnes berkaitan barangan keperluan lelaki, mestilah target lelaki.

Tapi kebanyakan perkara lain, wanita adalah juara..

Anda perlu kenal prospek yang ada masalah yang bisnes anda bantu selesaikan.

Anda kena banyak bertanya pada orang ramai siapa dikalangan mereka yang ada masalah yang anda boleh bantu selesaikan.

Sebab itu copywriting kena spesifik pada orang begini. Copywriting tak boleh terlalu umum dan juga copywriting tak boleh meneka sekiranya mereka ada.

Anda juga mesti tahu apa emosi mereka supaya copywriting yang anda tulis tu terkena pada hati empunya yang ada masalah.

Itu kuncinya..

Kebiasaannya, prospek untuk setiap bisnes dia ada cara fikir yang sama. Sekiranya anda dapat kenal cara mereka berfikir, tingkah laku mereka, anda boleh cari 1,000 lagi orang yang perangai sama.

Sepertimana perangai sama, mereka juga minat perkara yang sama.

Walaupun ada yang berbeza, mesti ada satu persamaan yang menjadi mereka lebih kurang sama dan mudah untuk anda target.

Bila anda dah tahu minat atau interest mereka, senanglah anda nak gunakan tools, copywriting atau strategi yang sama untuk tarik lagi ramai orang sama lebih kurang dengan pelanggan setia anda sebelum ni..

Facebook Comments
Mohd Najib

Mohd Najib

Next Post
7 LANGKAH MUDAH NAK BUAT FACEBOOK PAGE

7 LANGKAH MUDAH NAK BUAT FACEBOOK PAGE

Recommended For You

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

June 14, 2022
Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

June 8, 2022
Impian Vellfire bukan angan angan kosong

WOW!! IMPIAN KERETA VELLFIRE 2023, DAH CAPAI TAHUN NI?!

May 24, 2022
Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In