fbpx
blog najib asaddok

7 KESILAPAN DALAM PERNIAGAAN ONLINE YANG PATUT DIELAKKAN

Pernah kenal mana-mana rakan anda yang ada bisnes selalu down macam ni?

.
Isu ni selalu sangat berlaku. Bisnes yang sama, jual benda yang sama, guna platform Facebook tapi bisnes dia jadi, yang anda punya tak jadi.

.
Ramai usahawan tak faham, nak onlinekan bisnes mesti ada STRATEGI dan ILMU. Mesti ada langkah-langkah supaya marketing dia jadi dan sebabkan orang sangat tertarik pada bisnes dia.

.
Jadi kat sini ada beberapa perkara yang anda kena faham kenapa bisnes anda tak berapa menjadi berbanding orang lain atau pesaing anda.

.
Tolong fahamkan setiap point pada gambar-gambar berikut supaya anda segera ambil tindakan untuk betulkan keadaan. Masih belum terlambat.

.
Sekiranya tak faham, anda dicadangkan untuk hadir ke Roket Pemasaran Momentum 2018 untuk capture perkara penting dalam bisnes dan marketing anda.

.
Jangan biarkan bisnes anda masih ‘krik-krik’, tak menjadi. Boleh segera dapatkan info di www.rpm2018.com

 

TAKDE KEISTIMEWAAN

Apa istimewanya bisnes anda berbanding pesaing anda yang lain?

Apa yang anda cuba bawa dalam bisnes anda supaya prospek lebih percayakan anda berbanding bisnes-bisnes lain yang sama industri dengan anda?

Perkara ni penting sebab dengan kelainan, istimewa ataupun keunikan akan menarik prospek dengan mudah.

Bila anda dapat bezakan bisnes anda dengan orang lain, orang akan faham apa nilai atau value yang bisnes anda boleh berikan pada mereka.

TAK IKUT TREND

Tahu apa trend sekarang dalam online marketing?

Ramai orang pentingkan soal teknikal semata-mata. Tapi kalau bisnes anda ‘kosong’, apa yang sebenarnya bisnes anda cuba bawa?

Sebab itu sekarang ini trend bisnes sudah mula beralih kepada banyak perkongsian.

Bila anda banyak berkongsi contohnya info, tips, cara bagaimana, knowledge ataupun strategi, anda sebenarnya mendidik prospek anda untuk lebih pandai, lebih tahu.

Bila anda selalu didik prospek anda, mereka akan mudah percaya dengan bisnes anda.

Yap, teknik sharing atau Content Marketing memang tak nampak hasil dengan cepat sebab tak bawa duit masuk cepat.

Tapi kalau anda tak buat teknik sharing ni, anda pasti akan ketinggalan.

Kalau anda hanya fikir nak buat sales cepat, anda mungkin dapat buat sales banyak, tapi tak boleh nak konsisten dengan sales anda.

Lama-kelamaan, bisnes anda akan ‘sejuk’ dan kembali krik-krik seperti asal.

JUAL DEKAT SIAPA?

Siapa pelanggan yang korang suka sebenarnya? Pernah kenal dia secara dekat?

Sebab kalau anda main buat marketing pada 24 juta pengguna Facebook Malaysia, berapa banyak duit nak keluar?

Anda kena kenal siapa pelanggan anda supaya setiap kos marketing yang anda keluarkan adalah pelaburan yang baik dan akan beri pulangan yang sangat bagus.

Cakap dengan orang yang minat dengan cakap dengan orang tak minat kan lain..

Nampak ke nampak ni?

PRODUK TAK BERKUALITI

Produk yang mengarut pun jadi satu isu yang anda kena ambil tahu.

Zaman sekarang bukan lagi zaman anda boleh jual satu produk yang boleh selesaikan semua masalah manusia.

Bahaya sebab orang sekarang dah pandai dan tahu. Produk yang janjikan macam-macam kelebihan tidak lagi berkesan.

Anda kena fokus pada satu manfaat, satu kelebihan supaya produk anda sendiri kelihatan power.

Minyak Yuyi Cap Limau hanya fokus selesaikan masalah bayi kembung, bukan untuk pening kepala atau ubat kuat.

 

DESIGN LAMA

Ramai usahawan sangat ‘kolot’ cara fikirnya. Design sekarang sangat penting dan menjadi salah satu faktor utama dalam online marketing.

Nak tarik perhatian manusia secara online, design adalah aspek terpenting.

Design packaging pun sama. Anda tak boleh lagi ikut citarasa anda dalam aspek design. Anda mesti rujuk yang pakar supaya bisnes anda sentiasa boleh menarik perhatian.

TAKDE PROMO

Bila kali terakhir anda tengok bisnes JAKEL hentikan PROMOnya?

Setiap masa ada jer PROMO yang ikut musim. Ada musim cuti sekolah, musim perayaan. Musim mengawan pun ada juga tau (ni gurau).

Promo yang akan menjadikan orang tak senang diam dan bertindak dapatkan produk atau servis bisnes anda.

Jangan biarkan bisnes anda ini bosan tanpa promo.

ORANG TAK TAHU

Marketing ni tujuannya nak buatkan orang nampak, buatkan orang tahu tentang bisnes anda.

SIlap ramai orang suka sangat marketingnya on off. Kejap wujud, kejap takde. Lepas tu wujud balik lepas tu hilang balik dan terus tak wujud lepas tu.

Anda WAJIB buat marketing secara konsisten. Orang ramai kena selalu nampak bisnes anda ni wujud. Barulah orang boleh buat keputusan nak beli.

Kalau tak, memang bisnes anda orang pandang sepi jer..

 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !