fbpx
blog najib asaddok

10 Langkah Pencegahan COVID-19

Penjagaan Diri Semasa Covid-19

Dalam situasi sekarang ni kalau sebut Coronavirus atau COVID-19 je mesti ramai dah cabut lari..

Kami ni risaukan anda semua. Kes COVID-19 makin meningkat.. dan kami tahu anda semua sibuk dengan bisnes masing-masing.

Jadi jom luangkan masa kejap untuk baca 10 perkara yang korang kena ambil berat bagi pencegahan COVID-19.

Cegah COVID-19 : Kerap cuci tangan

1)  Kerap Cuci Tangan

Pastikan kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun. Kalau boleh lepas pegang pintu atau sesuatu barang, cepat-cepat pergi cuci tangan.

Cegah COVID-19 : Kekalkan Penjarakan Sosial

2)  Kekalkan Penjarakan Sosial

Amalkan penjarakan sosial 1 meter terutama sekali ketika isi minyak, beratur beli makanan, berada di tempat awam, beli keperluan di pasaraya, pergi kerja, keluarkan duit di ATM, jumpa kawan dan sebagainya.

Cegah COVID-19 : Pakai Facemask

3)  Pakai Face Mask

WAJIB pakai face mask bila korang keluar rumah. Haaa..pakai face mask pun ada cara dia, yang berwarna tu di luar sebab dia kalis air, warna putih pula di dalam sebab boleh menyerap air dengan baik terutama sekali bila bersin dan batuk.

Cegah COVID-19 : Pakai Hand Sanitizer

4)  Memakai Hand Sanitizer

Kalau boleh dalam bag dah ready atau standby satu hand sanitizer sebab kalau keluar rumah, dalam kereta atau di tempah awam. Hand sanitizer ni langkah yang terbaik untuk bunuh kuman.

 

Cegah COVID-19 : Jangan Sentuh Muka

5)  Jangan Sentuh Muka

Elakkan sentuh muka seperti mata, hidung dan mulut sebab korang sendiri tak tahu sebenarnya tangan tu dah penuh dengan kuman. 

Cegah COVID-19 : Duduk Rumah

6)  Duduk di Rumah

Kalau tak ada hal penting di luar, urusan kecemasan atau kerja. Lebih baik kalau korang duduk jer dekat rumah habiskan masa dengan keluarga. Lagi best kan?

Cegah COVID-19 : Cek Suhu Badan

7)  Cek Suhu Badan

Ni penting! Kalau cek suhu dah cecah sampai 38’ tu baik korang pergi buat ujian saringan di hospital berdekatan sebab kadang-kadang korang tak perasan yang korang dah demam panas.

Kenal Pasti Tanda Awal

8)  Kenalpasti Tanda Awal

Segera dapatkan rawatan kalau ada tanda-tanda jangkitan awal seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak dan sukar bernafas dalam tempoh 14 hari.

 Lakukan Saringan

9)  Lakukan Saringan

Lakukan saringan ni kejap je tak sampai 30 minit pun.. Lagi mudah sekarang ni dah ada drive thru screening COVID-19, 10 minit je untuk buat ujian ni. Mudah kan?

Segera Dapatkan Rawatan

10)  Segera Dapatkan Rawatan

Jangan lari dari dapatkan rawatan hospital sebab korang kena fikir apa akan jadi kalau Virus ni berjangkit pada ahli keluarga. Sentiasa ingat “Mencegah lebih baik daripada mengubati”.

Kami daripada Team Momentum mendoakan agar kita semua dilindungi daripada jangkitan wabak COVID-19 ni dan berharap keadaan pulih seperti sediakala. Aamin.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !