fbpx
blog najib asaddok

Walaupun Dah Ditipu Tiga Kali Hidup-hidup Dan Hampir RM900k Lesap Tapi Beliau Masih Teruskan Bisnes

Assalamualaikum dan selamat sejahtera harini saya nak kongsikan story seorang founder yang banyak kali jatuh dalam bisnes tetapi disebabkan jiwa seorang peniaga yang ada dalam diri beliau membuatkan beliau tak pernah give up! Beliau adalah Tn Shahidan founder kepada Max-J.

Anda nak tahu macam mana kisah beliau, mari kita baca..

Pada tahun 1995 saya mula buka sebuah kedai baju di Plaza Warisan KL. Kedai ini dibuka dengan titik peluh saya sendiri telah 5 tahun saya berusaha untuk cari modal. Saya memang minat sangat berniaga, sejak umur 9 tahun saya dah mula berniaga tolong mak saya jual kuih di kawasan kampung..

Perniagaan yang saya jalankan hanya bertahan selama 3 tahun sahaja. Disebabkan kejatuhan ekonomi yang buatkan bisnes saya tak boleh bertahan. Selepas kejadian tu, saya bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk mencari sesuap nasi buat keluarga.

Kalau saya tak kerja mana nak datang duit, nak makan apa?? Saya bukan jenis orang yang mengalah saya cuba usaha dan alhamdulillah dapat juga saya buka semula kedai pada tahun 2001.

Dari tahun ke tahun alhamdulillah bisnes saya masih boleh sustain. Tapi bila mana berlaku lagi kejatuhan ekonomi pada tahun 2008 saya rasa cuak dan risau macam mana dengan bisnes saya jalankan.

Saya cuba sedaya upaya kawal bisnes saya sebab dulu saya dah pernah alami perkara yang sama. Saya belajar dari pengalaman dan tak nak lakukan silap yang sama. Saya ubah cara saya berniaga, saya tak putus semangat sebab jiwa seorang peniaga ada dalam diri saya buat saya bangkit semula..

Sturggle yang paling saya terkesan bila saya di tipu hidup-hidup dengan rakan baik sendiri pada tahun 2013. Saya ingat saya boleh percayakan beliau.. Tapi malangnya rakan baik saya tu menyebabkan saya kerugian sehingga RM350k. Disebabkan saya percayakan beliau, sampaikan saya sanggup buat loan atas nama saya untuk dia.

Beliau tinggalkan saya dengan hutang sebanyak RM300k. Mana saya nak cari duit banyak tu??? Sehingga saya dah disenarai hitam oleh pihak bank pada tahun 2016 sebab tak dapat selesaikan hutang rakan baik saya tu..

Pada 2017 saya ditipu buat kali kedua oleh staf saya sendiri. Time tu duit sebanyak RM370k hilang macam tu sahaja.. Tulah betul kata orang, saya mudah sangat percayakan orang sampaikan orang ambil kesempatan atas kebaikan yang kita pun kita tak perasan..

Saya ni tak serik! Bila dah dua kali ditipu, saya tak ambil langkah berjaga-jaga pun dan ini mengakibatkan saya ditipu buat kali ketiga oleh pembekal pada tahun 2018. Kerugian masa tu takdalah besar macam sebelum ni.

Tapi yelah duit juga kan..RM150k mana nak dapat duit sebanyak tu dengan sekelip mata..Bayangkan nak cari duit bukan senang, nak habis or hilang dengan sekelip mata jer. Dalam masa 3 tahun hampir RM900k hilang macam tu jer…

Tapi alhamdulillah saya tak pernah give up setelah beberapa kali jatuh.. Saya jalankan bisnes secara online pada tahun 2015 tapi saya masih fokus kepada offline waktu tu. Saya nampak pada tahun 2019 perubahan besar terjadi bila banyak perkara yang berubah.. Ramai orang fokus kepada bisnes online berbanding offline. Masa tu bisnes saya drop 40% sebab saya terlalu fokus kepada offline..

Saya fikir saya perlu cari jalan untuk ubah cara saya kembangkan bisnes saya.. Saya baru nampak potensi online ni sangat besar. First time saya nampak sifu Najib Asaddok di billboard.. Sebenarnya 8 tahun yang lepas saya pernah terdengar tentang beliau tapi pada masa tu rasa macam tak penting jer..

Yelah saya dah rasa bagus bila buat bisnes secara offline ni kenapa pula sekarang perlu fokus kepada online?? Sedangkan pelanggan kan lebih suka datang ke kedai.. Masa tu mentaliti saya masih lama.. Tak boleh terima kenyataan yang bisnes online ni lebih bagus berbanding offline.

First program saya adalah Roket Pemasaran Momentum (RPM). Masa tu saya, isteri dan lima orang team saya bawa untuk join program sifu Najib Asaddok. Apa yang saya aspek dengan apa yang berlaku sangat jauh beza. Yelah ingat program sifu Najib ni biasa-biasa jer.. Tapi dari program RPM tulah saya baru tahu banyak kesilapan yang saya dah buat. Lepas jer habis program RPM waktu tu saya terus daftar ke next journey ARB sebab nak belajar lebih lagi dari sifu Najib..

Dalam program Advance Roket Bisnes saya belajar tentang teknik copywriting yang menggunakan emosi. Baru saya tahu nak lebih senang pelanggan buat keputusan gunakan hati berbanding kepala otak mereka. Selama ni saya tak tahu semua benda ni memainkan peranan penting dalam seseorang tu buat keputusan untuk beli produk kita..

Benda betul yang saya buat selepas program ARB adalah betulkan balik FB Page, saya delete semua posting yang melanggar policy facebook dan saya konsisten buat FB Live. Sekarang posting dekat page pun saya dah ada jadual.. Setelah betulkan balik semua, baru saya nampak engagement Fb Page makin naik mendadak dan bila live pun mata yang join dah meninggkat..

Alhamdulillah sekarang setelah saya duduk dalam circle Platinum sales saya pada bulan April ni dah cecah RM10k. Sales bulan ni ada peningkatan berbanding sales bulan-bulan sebelum ni. Saya tak sangka sebab kita semua berada dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tapi saya masih boleh buat sales macam biasa. Syukur sangat-sangat..

Saya nak ucapkan terima kasih kepada sifu Najib Asaddok dan team Momentum yang sangat membantu saya. Saya harap kalian teruskan mendidik lebih ramai usahawan tentang cara nak onlinekan bisnes mereka dengan betul. Tolong didik saya dengan lebih lagi supaya saya dapat bantu lebih ramai orang untuk kekal sihat.

Seronok ker seronok anda baca story tentang Tn Shahidan ni?? Anda nak kami bantu anda dapatkan sales walaupun musin PKP ni??

Jom klik link di bawah untuk saya dan team momentum bantu anda..

www.50kusahawan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !