fbpx
blog najib asaddok

Trip Digital Marketing Momentum ke US

 

Kali pertama saya jejakkan kaki di Us adalah pada September tahun 2017. Itupun setelah saya terima nasihat dari Mentor untuk saya pergi teroka ILMU dan teknologi di Amerika. Kat Malaysia, belum ada yang mampu lagi beri saya ilmu yang advance seperti di US.

Atas nasihat itu saya mula ke Amerika secara berani-berani. Masa tu saya pergi bersama Content Editor saya, kami berdua pergi berani mati, tukar kepada kami beranikan diri dengan tekad akan bawa pulang ilmu yang bernilai berbillion dollar.

Sekali lagi pada tahun ini, saya kembali ke US dengan tujuan untuk sambung tuntut ILMU untuk melengkapkan saya dengan perkara-perkara yang sangat advance, terbaru dan trending yang sangat impactful pada bisnes saya.

Kali ini saya bukan lagi berdua. Saya invest agak besar dengan bawa sekali 3 orang Manager saya dan juga seorang key leader saya. Total termasuk saya adalah 5 orang. Kalau dulu saya pergi musafir berdua dah nampak hasil dan perubahan pada apa yang saya buat, kali ini, saya beranikan diri untuk invest sekali lagi dengan jumlah yang besar bersama 4 orang lagi Team Momentum.

WHEN YOU STOP LEARNING, YOU STOP EARNING..

Itu kata-kata yang saya pegang. Kali ini saya tak nak saya seorang jer yang pandai. Kali ini saya nak Team Momentum juga turt pandai, biar mereka juga sama-sama fikir apa yang terbaik untuk Momentum Internet Sdn Bhd.

 

 

Part 1 – Satu jam di tahan & disoalsiasat di Airport LA

Pergerakan saya dan Team bermula pada 21hb Februari 2018, Team saya Cikgu Fendy (Marketing Manager), Cikgu Ridzuan (Sales Manager) dan Cikgu Rahfity (Content Director) bergerak dahulu ke Changi Airport, Singapore dari Johor Bahru. Mereka terbang ke US menggunakan Philipine Airlines dari Singapore, transit di Manila dan terus ke Los Angeles.

Saya pula bersama Cikgu Syakrin (Operation Manager) bergerak ke Los Angeles dari Singapore, transit di Jepun dengan Singapore Airlines.

Kami berpecah 2 kumpulan sebab satu lagi kumpulan saya berikan mereka kebebasan untuk mereka decide sendiri penerbangan pergi dan balik mereka sendiri. Saja nak bagi mereka pandai-pandai survive dan feel pengalaman musafir sendiri.

SURVIVAL THE FITTEST..

 

 

 

Alhamdulillah kami sampai lebih kurang waktu yang sama semuanya. Cuma ada sedikit pengalaman yang sangat berharga bila saya dan Cikgu Syak di’interview’ oleh imigresen US.

Ingatkan perjalanan masuk ke Los Angeles tu mudah seperti kli pertama. Tapi kali ini cabarannya sangat lain. Lepas turun dari flight sahaja, kami terpaksa beratur sangat panjang, hampir sejam sebab terlalu ramai orang kebetulan sampai serentak. Masa sedang beratur panjang untuk lepas imigresen, ada 2 orang pegawai imigresen US mendekati kami dan tarik kami ke kaunter khas.

“Eh, kenapa jadi macam ni? Apa masalah?”, itu antara perkara yang terdetik.

Fuhh, macam-macam soalan yang WAJIB kena jawab on the spot. Siap kena isi jadual sepanjang perjlanan, tunjuk bukti kita nak ke mana dan kenapa. Semua kena jawab dengan detail dan teliti. Kena tunjuk semua bukti, tunjukkan website.

Siap kami diarahkan untuk buka bagasi, buka phone Whatsapp, Facebook dan sebagainya untuk disemak dengan teliti.

Tapi, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Pegawai tu kata ia hanyalah satu proses ‘random check’ untuk memenuhi prosedur. Tidak ada apa-apa kesalahan pun. Tapi pegawai tu sangat berterima kasih dengan kami berdua kerana beri kerjasama yang sangat baik dan kami pun cuba bantu beri penerangan dengan jelas.

Lepas sejam lebih semua proses ni, kami pun dilepaskan untuk masuk ke Los Angeles. WELCOME TO LOS ANGELES..

Cumanya saya dan Team dapat pengalaman yang sangat berharga. Lepas ni siapa-siapa yang nak dapatkan tips lepas imigresen US bolehlah PM tepi ya..

 

 

Setelah selesai, kami terus bergerak ke desitnasi pertama kami Big El-Pizzeria di Los Angeles untuk melepaskan rindu makan rusuk daging yang segar, rasa rempahnya yang sangat sedap berlari-lari atas lidah dan turun hingga ke hati.

 

 

Barulah lepas tu kami semua teruskan perjalanan ke Santa Barbara dan berehat disitu sebelum kami meneruskan perjalanan ke Silicon Valley & San Francisco.

 

To be continue…

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !