Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Trip Digital Marketing Momentum ke US (Part 2)

Mohd Najib by Mohd Najib
February 28, 2018
in Uncategorized
0 0
0
Trip Digital Marketing Momentum ke US (Part 2)
Share on FacebookShare on Twitter

 

PART 2 – WHAT I FEEL LIKE SAYING

 

Alhamdulillah kami semua selamat tiba di Hotel Best Western Hotel, Santa Barbara. Kami mengambil sedikit masa untuk berehat, melepaskan lelah naik flight lebih dari 20 jam perjalanan.

Tepat jam 9.00 malam, saya minta semua managers dan key leader saya untuk berkumpul dan kita mulakan Huddle Meeting. Sebagai mana saya selalu tekankan pada student saya untuk selalu buat Huddle Meeting, saya memang amalkan setiap minggu.

Kenapa Huddle Meeting?

Dalam Huddle Meeting ni, semua orang diberi peluang untuk bercakap, bukan diberi peluang, tapi WAJIB bercakap. Ada beberapa point yang perlu semua orang bercakap, antaranya adalah “What I feel like saying”. Semua orang mesti bercakap dengan apa yang dia sedang rasa ketika itu. Apa perasaan dia, apa yang dia rasa, apa yang dia nak cakap, nak tegur, nak marahkan, nak luahkan, tak kisah apa sahaja yang dia nak cakap, dia mesti luahkan.

 

 

Malam ni sesi yang agak berat dan agak serius bagi saya. Kalau ikutkan ‘biawak’ dalam minda ni kata, “Ala tak payahlah cakap, buat Huddle Meeting biasa-biasa jer”. Yerlah, kan masing-masing sedang penat, masing-masing sedang musafir nak tuntut ILMU, tak payahlah nak cakap.

Tapi apa yang membuatkan saya rasa saya terpaksa cakap adalah sebab saya nak saya dan Team Momentum grow sama-sama, bukan hanya sekitar pada saya sahaja.

Malam ni, memang malam yang agak panas. Saya luahkan perasaan terpendam saya terhadap performance kerja setiap Managers dan key leader saya. Saya beritahu dengan jelas apa expectation saya dan apa yang sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka. Saya berterus terang dengan mereka apa yang terbuku dalam hati.

Bila tiba bahagian Manager saya bercakap, mereka masing-masing meluahkan apa yang terbuku dalam hati mereka. Saya dengar dan saya terima apa yang mereka kata. Ada juga beberapa teguran sesama mereka yang mereka rasakan perlu dicakap. Masing-masing meluahkan apa sebenarnya cabaran mereka sebab masing-masing ada cabaran yang berbeza.

Malam ni rasanya berlalu lebih dari 5 jam.

Alhamdulillah, saya rasa gembira, saya rasa sangat berpuas hati dan saya sangat teruja dengan respon Managers dan key leader saya. Saya tak sangka mereka sangat terbuka menerima kritikan dan teguran saya dan lain-lain.

Sebab itu saya rasa, malam ni adalah terapi paling best bagi saya sebagai owner bisnes saya. Saya rasa sedikit kurang bebanan.

 

 

Saya rasakan meeting kali ini, semua Leaders termasuk saya bersetuju untuk buat satu Resolusi Meeting Momentum Silicon Valley sempena musafir kami semua ke tempat paling istimewa iaitu Silicon Valley.

Huddle Meeting begini sangat penting untuk Momentum Internet Sdn Bhd. Kita buat apa yang kita buat bukan kerana ‘Dollar & Cents’, tapi apa yang kita buat atas dasar kita memang benar-benar nak bantu bina usahawan-usahawan yang boleh capai sales jutaan ringgit setahun. Bukan sekadar angka sales, tapi sebenarnya kita nak student-student yang komited dengan kami semuanya dapat berikan kebahagiaan pada orang yang mereka sayang, berikan kemudahan pada orang terdekat mereka dan paling penting, berbakti pada masyarakat kita.

Akhirnya sebelum meeting berakhir, kami fokus pada program yang terdekat, ada banyak lagi visi dan misi yang perlu kami selesaikan untuk Momentum Internet Sdn Bhd bagi tahun 2018.

Akhirnya masing-masing tidur lewat..

To be continue

Facebook Comments
Mohd Najib

Mohd Najib

Next Post
Trip Digital Marketing Momentum ke US (Part 3)

Trip Digital Marketing Momentum ke US (Part 3)

Recommended For You

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

June 14, 2022
Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

June 8, 2022
Impian Vellfire bukan angan angan kosong

WOW!! IMPIAN KERETA VELLFIRE 2023, DAH CAPAI TAHUN NI?!

May 24, 2022
Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In