fbpx
blog najib asaddok

[TERKINI] Digital Marketing 2022 Trend Bisnes Sekarang

[TERKINI] Digital Marketing 2022 Trend Bisnes Sekarang

Penat bila buat marketing tapi kurang berhasil? Atau mungkin anda sendiri tak faham tentang digital marketing tu sendiri?

Sini, Abang Jib share pada anda yang nak kuasai digital marketing tahun ni..

Type Of Digital Marketing:

1. Content Marketing

Abang Jib explain serba sedikit tentang content marketing

Mengikut Content Marketing Institue yang merupakan antara Consultation Education terbesar di UK, content marketing adalah satu strategi pemasaran yang fokus kepada penghasilan dan pengedaran konten yang ada value, relevan dan konsisten untuk menarik audiens, kemudian mereka akan terus buat tindakan yang menguntungkan pada bisnes.

Bagi yang tak berapa clear pada maksud tarik audiens, Abang Jib explain lagi..

Maksud tarik audiens ialah kita kumpulkan golongan orang yang suka membaca,melihat content anda. Dan mereka juga akan buat interaksi kepada kita punya content.. Mereka ini adalah bakal pelanggan yang berpotensi tinggi untuk membeli produk atau melanggan servis anda di kemudian hari.

Jadi untuk kesimpulan pada bahagian ni, bila kita nak menarik audien nampak pada brand kita dan mula suka brand kita… Kita kena pastikan content yang kita bina perlu berkualiti dan ada value.

Boleh dapatkan tips untuk content marketing di sini -> Buat Content

2. Personalized Marketing

Personalized marketing ni memang awesome kalau anda sebagai peniaga, owner bisnes nak dapatkan pelanggan yang setia

Sebab apa? Dengan gunakan strategi personalized marketing, customer kita akan dapat satu jenis kelebihan iaitu ‘customized’.

Dah nama pun custom, jadi experience dia pun berbeza. Kita lihat sebagai contoh, suits custom yang ikut cutting badan ataupun suits yang ready made lebih mahal?

Tepat sekali, semestinya yang custom itu lebih mahal berbanding ready made. Kita boleh pilih kualiti pada pakaian, boleh tetapkan sendiri gaya yang kita inginkan.

Kebanyakkan owner bisnes yang menggunakan strategi personalized marketing ni, fokus utama mereka adalah untuk :
i. Customer experience
ii. Tingkatkan keuntungan pada bisnes
iii. Buat customer setia pada bisnes

3. Influencer Marketing

Semakin lama, semakin ramai influencer yang muncul di social media.. Followers berpuluh, beratus ribu semua.

Penting ke untuk peniaga atau owner bisnes gunakan strategi influencer marketing ni pada bisnes? Mampu ke untuk gandakan jualan kita?

Abang Jib explain pada anda ya, sabar ya tuan puan.. hehehe

Maksud Influencer marketing adalah salah satu strategi Digital Marketing di mana peniaga atau owner bisnes mengajak seorang influencer bekerja sama untuk tingkatkan brand awareness dan tingkatkan jualan mengikut dengan target pasaran yang ditentukan.

Selain daripada advertising yang dijalankan, penggunaan influencer juga penting untuk sesuatu bisens bagi orang nampak brand/kempen yang kita sedang jalankan.

4. Video Marketing

Fuhh sana sini penuh video!!! Ada dekat bahagian Reels ada dekat Youtube ada juga dekat TikTok

Yes exactly video marketing memang jadi semakin dasyat, semakin berleluasa. Paling menjadi keutamaan dan kegilaan ramai sekarang adalah short video marketing.

Tapi sebelum tu, jangan la anda ingat long video marketing ni dah tak diperlukan. Masing-masing ada kelebihannya sendiri.

Jadi apa yang Abang Jib nak kongsikan pada part ni adalah mengenai video marketing.. Kenapa power & penting untuk sesuatu bisnes?

Antara kelebihan video marketing :
i. Dapat bagi gambaran yang lebih detail dan terperinci
ii. Lebih 57% keyakinaan meningkat untuk beli sesuatu produk selepas lihat video
iii. Dapat menghidupkan produk dengan gerakan dalam video.
iv. Lebih tuju pada emosi manusia.

Bagi anda yang belum buat tindakan untuk gunakan strategi video marketing pada bisnes anda, segera action! Buat yang simple-simple pun tak apa, yang penting ada action.

5. Search Engine Marketing

Search Engine Marketing.. Yang ini agak berat sikit bagi dikalangan peniaga yang baru mendalami tentang Digital Marketing..

Tapi Abang Jib tetap kongsikan ilmu penting ni supaya anda boleh buat pada hari akan datang.

Search Engine Marketing atau lebih dikenali sebagai SEM. Satu method di mana anda dapat mengiklankan website di mesin pencari antara contohnya Google, Bing.

Pada bahagian pencarian ini akan ada dua hasil yang anda akan jumpa iaitu secara organik dan secara berbayar (iklan). Pada bahagian iklan yang muncul di hasil pencarian melalui keyword inilah yang disebut dengan Search Engine Marketing.

Apa manfaat atau kelebihan bila peniaga gunakan strategi SEM ni? Brand atau bisnes anda akan orang tahu wujud!

Takda lah bisnes yang anda buat tu “Founder Not Found” sebab bila search dekat google nama brand atau nama Founder tu sendiri tak jumpa beb!

Ni antara manfaat SEM :
i. Buat orang lebih trust pada brand
ii. Tingkatkan conversion pada bisnes
iii. Menarik trafik dan ranking pada Google

Fuhh panjang juga ya Abang Jib type untuk explain pada anda mengenai 5 Strategi Digital Marketing tahun 2022 ni. Abang Jib harap content kalini bermanfaat untuk anda sebagai peniaga, usahawan ataupun owner bisnes supaya boleh digunakan pada strategi dalam bisnes anda.

-> www.MomentumBisnes.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !