fbpx
blog najib asaddok

STUCK NAK TULIS COPYWRITING? 5 TIPS MUDAH ANDA NAK TULIS COPYWRITING MEMUKAU

Anda kenal usahawan yang hari-hari duduk depan laptop pening kepala sebab STUCK dan pening nak tulis copywriting?

Anda ada kenalan yang ada bisnes selalu STUCK untuk cari point untuk copywriting?

Sebenarnya itulah masalah utama yang kritikal usahawan bila dia selalu pening dan stress gila sebab stuck pada copywriting.

Asalkan setiap kali menulis, langsung tak convert jadi sales. PM banyak tapi bila reply krik-krik.

Stress dan akhirnya bisnes dia suam-suam kuku sales macam nak tak nak jer masuk. Itu perkara malang sekali untuk usahawan yang onlinekan bisnes dia.

Sepatutnya bila onlinekan bisnes ni, sales lagi mudah nak masuk, tapi yang berlaku sebaliknya.

Jangan risau, kat sini ada 5 TIPS MUDAH UNTUK ANDA NAK TULIS COPYWRITING MEMUKAU

Bila anda berbisnes, ada jenama sendiri, perkara paling penting anda kena dengar sendiri apa yang pelanggan nak, apa yang pelanggan expect dia nak dari anda.

Perkara ni sangat penting untuk senang anda nak cari pelanggan betul.

Bila anda menulis nanti berdasarkan pelanggan anda yang sedia ada, anda akan dapat tarik lagi 100 pelanggan seperti yang sedia ada.

Maksudnya tulisan copywriting anda tu dah kena pada orang yang sedang mencari solusi, dan anda pula tulis tawaran yang boleh selesai masalah dia.

Nampak ke nampak? Anda kena tanya untuk tahu apa sebenarnya yang dia nak.

Anda kena tanya lagi, kenapa dia nak/ Apa isu dia yang kritikal. Apa isu yang sampai dia sanggup beli dari anda.

Semua ini melibatkan emosi. Korek emosi pelanggan supaya anda dapat idea emosi apa yang anda nak letak.

Jawapan pelanggan tak pernah menipu. Barulah anda ada idea emosi apa nak letak dalam copywriting.

Nanti orang baca, akan ada orang serupa pelanggan tadi yang tersangkut beli dari anda.

Nampak ke nampak kepowerannya?

Satu lagi yang anda perlu tahu adalah apakah impian dia bila dia gunakan produk atau servis anda.

Bagus andai anda tahu apa impian pelanggan anda sebab dengan impian ini kita berikan harapan yang baik pada bakal pelanggan yang mereka juga boleh berubah menjadi baik.

Anda dapat tulis impian dalam copywriting, anda sebenarnya berikan harapan dan bantu pelanggan anda berubah kearah lebih baik.

Anda mesti bertanggungjawab dengan tidak memberi impian yang palsu. Bisnes anda tak berkat dan haram hukumnya.

Copywriting tidak akan menjadi kalau anda tak buat latihan berulang kali.

Copywriting akan jadi semakin baik kalau kita sentiasa konsisten menulis dan cuba tengok yang mana lebih mudah buat sales masuk.

Lama-kelamaan anda akan jadi semakin expert tentang emosi, impian dan anda boleh kenal pelanggan anda siapa.

Satu lagi cara paling efektif untuk anda mahir dan kuasai copywriting adalah dalam Roket Pemasaran Momentum yang akan berlangsung.

Dalam RPM terkini, anda akan dapat tahu tips yang lebih power macamana nak tarik pelanggan dengan mudah.

Anda juga akan faham apa proses yang perlu dibuat supaya copywriting yang anda tulis dapat mempengaruhi pelanggan untuk beli dari anda, bukan dari orang lain.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !