fbpx
blog najib asaddok

Strategi Kepoweran FB Profile Anda

Salam

Terima kasih kerana masih follow perkongsian saya dalam blog ni.. Ingat nak citer tentang jalan-jalan cari makan..hehehee.. Releks.. Blog ni memang saya buat untuk berkongsi secara santai-santai. Jangan serius sangat.. 🙂

Baik saya nak fokus pada topik kita.

Bagaimana anda boleh gunakan facebook profile anda sebagai satu medium mendapatkan trafik & buat sales atau kumpul database emel. Walaupun profile agak terhad sebab anda cuma boleh add 5000 orang friends dan selebihnya akan jadi followers macam saya ni tetapi ia membantu juga dalam pemasaran. Dah lah FREE.. tapi masih tak boleh lah nak lawan fesbuk ads.

Takper yang penting kita manfaatkan segala channel pemasaran yang ada ni

facebookprofilenajibasaddok

Daripada fb profil saya ni pun saya sudah mempunyai 5000 friends + 7417 followers. Maknanya sumber trafik saya ada seramai 12,417. Kalau ikut rule conversion rule 2% maka saya boleh tukarkan 12,417 x 2% = 248 orang menjadi pelanggan saya. Amacam? Best?

Tapi tak cukup dengan friends yang ramai sahaja tapi tak berkualiti.

Kita kena tahu 5 perkara lagi yang penting. Dah sedia?

PERKARA 1 – Add Friends dulu

Ramai yang tak manfaatkan fb profile yang mereka ada. Tengok pada bilangan friends dah tahu. Maksimumkan penggunaan dengan add sehingga 5000 friends. Tapi jangan gopoh silap langkah kena ‘gantung sekolah’ oleh fb.

Siapa yang anda nak add? Ni pun satu hal lagi..Jangan main add secara random jer sebab anda nak TRAFIK yang berkualiti kan, bukannya pada kuantiti semata-mata.

Tentukan apakah jenis perniagaan/niche anda

Saya bagi contoh katalah anda berniaga tudung. Sudah tentu sasaran anda adalah mereka yang minat dengan tudung. Kat mana nak cari mereka ni.

Ada 2 pilihan. Yang pertama cari dalam group

Screenshot 2015-03-17 08.53.47

Lepas tu masuk/join group tu untuk add ahli-ahli yang AKTIF terutamanya yang memang gila beli tudung..ni sebagai contoh ya. Untuk jenis bisnes lain pun buat perkara sama. Yang AKTIF tu confirm potential buyer orang jawa kata..gurau jer…heheheee

PERHATIAN: Tujuan anda masuk group hanya untuk add sahaja bukan buat promosi dan SPAM dalam group tersebut. Ingat nak menjual syaratnya jangan jual dulu sebaliknya kena guna teknik softselling. Biar bakal pelanggan yang mula bertanya bukan kita yang mula promote hardselling. Nanti bakal pelanggan lari.

Yang kedua, masuk ke FANPAGE berkaitan tudung..contohnya macam ni

strategi facebook perniagaan internet

Tu dia..ada lebih sejuta fans.

Add mereka yang aktif sebab mereka bakal pelanggan berpotensi. Add sahaja tau jangan promote apa2 plak dalam komen tu

strategi facebook pemasaran internet

Dapat ke apa saya bagitau ni…

Add maksimum 5 orang sahaja sehari ya..Kalau lebih nanti FB akan  ‘gantung sekolah’ tak boleh add friend untuk satu tempoh. Nanti saya akan share plak cara macam mana nak bagi ramai orang yang add kita..Nak tau?

Teruskan bacaan anda..

PERKARA 2 – Dapatkan KEPERCAYAAN

Pelanggan akan membeli kerana PERCAYA. Mereka membeli dari individu yang mereka rasa wujud depan mereka. Bagaimana mereka nak percaya kalau profile picture dan nama anda gunakan yang nampak main-main.

Jadi sila ubah kepada identiti anda yang sebenar jika anda serius untuk buat pemasaran facebook ya.

Jangan malu untuk guna gambar/nama sebenar sebab ia akan membantu meningkatkan bisnes anda, anda jugak yang untung. Yakin pada diri sendiri!

PERKARA 3 – Engagement Dengan Friends Untuk Suka & Kenal

Walau ramai mana pun friends anda mereka hanya akan nampak anda update sebarang status jika anda selalu engage dengan mereka. Maksud engage ni adalah anda like, komen atau share post2 mereka.

Kuncinya di sini adalah lebih banyak LIKE anda dapat maka lebih condong mereka suka dan kenal kepada anda. Untuk dapatkan engagement dari mereka anda yang kena mulakan untuk LIKE/Komen post mereka.

Setiap hari peruntukkan masa untuk buat engagement ni ya..

pemasaran internet facebook marketing

Jadi segala apa yang anda update/post lepas ni akan keluar dalam Newsfeed FB mereka. Bilangan like dan komen dalam wall anda sendiri akan meningkat lepas ni disebabkan mereka dah kenal dan suka dengan anda.

PERKARA 4 – Anda Perlu Muncul Dalam NewsFeed Friends

Biasanya semua orang akan buka newsfeed fb mereka untuk melihat post2 dari friend mereka. Sudah tentu post pertama di atas sekali akan dilihat oleh mereka. Macam mana nak buat post anda berada dalam ranking teratas?

fbnewsfeed

Post yang akan muncul ranking teratas dalam newsfeed friend anda adalah post yang

  • Baru dipost tapi tak lama akan berada di rank
  • Post yang banyak LIKE
  • Post yang banyak KOMEN
  • Post yang banyak SHARE

Jadi pastikan anda gunakan teknik copywriting atau ayat yang arahkan mereka LIKE/Komen/Share post anda..Sebab tu anda yang kena mulakan dulu engagement dengan mereka. Jadi lebih mudah anda akan dapat kerjasama dari friends anda bila mereka dah mula suka dengan anda.

Contoh post yang dapat banyak engagement

Screenshot 2015-03-17 10.58.23

Screenshot 2015-03-17 11.21.48

Gunakan teknik komen/LIKE untuk dapat engagement dari friends. Ia akan membantu menaikkan post anda dalam newsfeed mereka.

PERKARA 5 – Berapa Jumlah Post Terbaik

Biasanya berdasarkan pengalaman saya, sehari biasanya saya akan post 5 kali. Post lebih banyak kepada sharing & story telling. Manusia ni membeli kerana EMOSI. Jadi anda update terlalu banyak fakta atau teknikal mereka akan bosan.

Anda boleh post apakah aktiviti anda, atau anda boleh post sesuatu yang memberi manfaat pada mereka dan mereka sendiri akan share post tu pada friends mereka. Lebih kerap anda post perkara bermanfaat ramai yang akan request untuk friend dengan anda. Kat sini yang ramai student saya sebelum ni dapat 5000 friends dalam masa yang singkat.

Gunakan google untuk cari idea share perkara bermanfaat lebih-lebih lagi yang ada kaitan dengan bakal pelanggan anda. Kalau mereka wanita banyakkan share tips kewanitaan.

Post 1 – Sharing/Tips

Post 2 – Sharing/Tips

Post 3 – Sharing/Tips

Post 4 – Sharing/Tips

Post 5 – Softselling/Promosi

Lebih banyak sharing diutamakan berbanding post berbentuk promosi

Screenshot 2015-03-17 11.39.49

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !