fbpx
blog najib asaddok

Semua Ni Bermula Sebab Terbakar Tengok Kawan Update

Semua ni bermula sebab terbakar tengok kawan update..

“Kalau kita nak berjaya kita kena duduk dengan mereka yang dah berjaya”.. Terbakar beb!

Pernah dengar tak ayat ni? Petang ni saya nak cerita sikit tentang salah seorang peniaga yang dah saya bantu, Tuan Azmi Dhinan.

Dia ni penjual kain yang diberi nama Wafiy Collection. Ingat lagi dulu dia pernah rasa tercabar dan terbakar bila rakan-rakan yang lain update pencapaian masing-masing. Masa tu dia dan isteri sedang mencuba untuk naikkan bisnes kain ni.

“Tercabar bila rakan buat perkara baik tapi kita belum lagi.. Alhamdulillah saya lihat saya buat” ujarnya..

Baru je saya terima mesej dari dia, Tuan Azmi update pencapaian terbaru yang dia tak pernah sangka dan rasa mustahil untuk dia buat

Alhamdulilah syukur rezeki yang Allah bagi dia dapat:

  1. Pasang signboard baru lebih besar .
  2. Dari 1 lot sekarang dah 2 lot kedai ..
  3. Dari stock sikit sekarang dah banyak stok..
  4. Dari sales bawah 50,000 sekarang atas 100,000 sebulan.
  5. Dari 3 staff skrg dah 10 org .
  6. Dapat keluarkan kereta idaman

Percayalah bila kita rasa tercabar, kita akan buat sesuatu perkara tu dengan lebih baik lagi.

Tuan Azmi dah buktikan. Walaupun dia rasa brand nya belum cukup besar tapi dia ada impian besar yang dia nak capai.

Saya doakan semoga Tuan Azmi dapat fly lebih tinggi dan bawa bisnes ni pergi lebih jauh. Aamin ya Rabbal Alamin.

www.MomentumBisnes.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !