fbpx
blog najib asaddok

Sanggup Jual Apa Sahaja Demi Selamatkan Bisnes

Pengorbanan Gadai Barang Kesayangan Untuk Selamatkan Bisnes Berbaloi

Tiada jalan lain nak survive dalam bisnes, Puan Siti Nor Atikah yang juga founder kepada Rizka Butik terpaksa jual motosikal dan van kesayangan untuk bayar keperluan staff. 

Tipu la kalau tak sedih bila harta yang kita sayang terpaksa kita gadai dan jual kan. Bayangkan apa perasaan Puan Atika ketika tu. Bukan tu sahaja, dia juga terpaksa guna simpanan masa depan anak untuk menampung keperluan hidup. Masa ni, itu sahaja yang boleh digunakan untuk bayar sewa kedai. Dalam masa yang sama berlaku perselisihan faham antara keluarga sehingga bisnes yang sedia ada hampir melingkup.

Sanggup Jual Apa Sahaja Demi Selamatkan Bisnes

”Siapa je yang boleh tolong”? Itu la persoalan yang bermain dalam fikiran Puan Atikah. Mula berniaga dengan jual kasut di pasar malam,banyak cabaran yang Puan Atikah hadapi. Dah la siang dia kerja sebagai kerani, penat belum hilang malam nak berniaga pula. Balik-balik kerja nak pasang khemah,nak susun kasut. Belum lagi kalau hujan silap-silap nak meniaga pun tak boleh. Kalau nak ikutkan penat, memang dah berhenti dah buat semua ni.

Pada asalnya, niat nak meniaga ni untuk kumpul duit kahwin. Akhirnya setahun meniaga, dia dan suami dapat kumpul duit kahwin pada tahun 2017. Lepas kahwin dia buat keputusan untuk berhenti kerja dan fokus untuk berniaga.

Alhamdulillah, ada juga peningkatan sales sikit demi sikit. Dalam masa yang sama tu lah dia cuba terjun ke bidang lain iaitu kosmetik. Orang kata baru nak menapak untuk bisnes kasut tapi dah tersasar ke bidang lain. Kita manusia ni kan mudah terpengaruh dan mudah hilang fokus. Tengok orang lain buat kita pun nak buat. Dengan melaburkan modal dalam bidang kosmetik ni lah dia rugi hampir RM50,000.

Pada Januari 2019 dia dah start nampak sinar apabila kembali on track. Dan pada masa tu juga dia buang ego dan minta restu mak ayah untuk buat bisnes. Semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar apabila kita dapat keberkatan dari mak ayah kita sebenarnya. Dan bermula di saat itu lah dia start jaga betul-betul keramat hidup, penuhi keperluan dan berikan keselesaan kepada mereka.

Sanggup Jual Apa Sahaja Demi Selamatkan Bisnes

Sebenarnya Puan Atikah start follow Najib Asaddok dari 2016 lagi, selalu join seminar kecil Najib Asaddok je pada masa tu dan sekarang rasa sangat bersyukur diberikan rezeki untuk berada dalam circle Ultimate pada April 2020! Siapa sangka kan rezeki Allah nak bagi cepat ke lambat dia tetap bagi. Baru je join kelas sifu beberapa bulan dah dapat peningkatan sales yg sangat mendadak! Tak pernah achieve sale yang sangat tinggi dalam bisnes ni dulu cuma belas-belas ribu sahaja dan paling tinggi pun waktu bazar raya tapi sekarang dalam masa 6 bulan dah capai 1juta pertama tahun 2020! Paling win terpaksa sewa lagi sebiji kedai untuk sediakan stok yg banyak untuk bantu anak team Rizka sama-sama tingkatkan sales mereka.

Kalau dulu dia putus asa tak mungkin dia akan berada di tahap sekarang. Dan dia juga sedar yang dia perlukan ilmu dan juga guru yang boleh mengajar dan tunjukkan jalan yang betul pada dia supaya dia tak lakukan kesilapan yang sama berulang kali. Dengan usaha yang konsisten dan dengan ilmu dan mentor yang betul tak susah untuk kita berjaya.

Anda nak berjaya macam Puan Atikah? Jom upgrade diri dan ilmu untuk dibantu. Daftar di www.naktarikpelanggan.com .

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !