fbpx
blog najib asaddok

Putus Asa Dalam Bisnes? Ni Pengorbanan Peniaga Yang Patut Korang Tahu!

Putus Asa Dalam Bisnes? Ni Pengorbanan Peniaga Yang Patut Korang Tahu!

Kental nya hati seorang peniaga ni. Buat bisnes memang tak semudah yang orang lain sangka. Ingat senang ke nak kena tengok pekerja, produk dan dalam masa yang sama kena uruskan keluarga lagi. 

Buat bisnes ni bukan untuk waktu yang singkat atau setahun dua je. Setiap usahawan dan peniaga mesti mengharapkan bisnes yang dilakukan kekal lama dan bertahan sampai bila-bila. 

Peniaga perlu ada sifat yang sabar dan sentiasa berlapang dada untuk terima apa-apa kemungkinan yang akan berlaku. Korang nak tahu apa pengorbanan seorang peniaga yang buatkan ramai orang hormat dekat mereka? Jom baca sampai habis..

  1. Masa 

Walaupun ramai yang kata usahawan ni ada masa yang fleksibel, tetapi kebanyakan daripadanya terpaksa berkorban masa berharga demi membangunkan bisnes mereka. Tiada istilah hanya duduk diam goyang kaki dan terima duit sahaja.

 Sebenarnya lebih ramai team lebih besar lah tanggungjawab tu. sebab tu pentingnya ada planning yang betul dan tenaga kerja yang mahir dalam sesebuah company. 

  1. Wang Ringgit

Tipu lah kalau saya cakap usahawan ni tak pernah rugi kan. Sedikit sebanyak mesti ada walaupun sedikit jumlah nya. Sebagai usahawan, mereka sanggup untuk mengeluarkan wang ringgit akan mencapai kehendak yang mereka inginkan dalam bisnes mereka. 

  1. Emosi

Ramai orang pandai bercakap bahawa untuk menjadi seorang usahawan, hati kena kental’. Tetapi sejauh manakah tu? Rata-rata usahawan akan sentiasa menghadapi tekanan di dalam perjalanan perniagaan mereka untuk melangkah dari tahap ke tahap yang lain.

Emosi seorang usahawan mudah terganggu andaikata terlalu mengikut apa yang orang katakan. Mulut orang negatif penuh dengan pembunuh motivasi. 

  1. Kasih Sayang

Namun, majoriti usahawan yang saya kenali pernah mengorbankan perasaan sayang mereka terhadap anak-anak, isteri, ibu bapa dan sebagainya.

Bayangkan, ada rakan usahawan saya yang terpaksa meninggalkan anak isteri berminggu-minggu lamanya untuk keluar bekerja atau outstation. Sebab tu penting semuanya bertolak ansur.

Tips ni sebagai peringatan kepada peniaga diluar sana yang bersemangat untuk memulakan perniagaan sendiri.

Jangan lah terlalu risau, kehidupan ini akan lebih bermakna apabila kita mampu berkorban untuk kebaikan orang lain. 

Nak lagi info yang menarik? Jom join channel telegram untuk info terkini di www.TelegramNajib.com 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !