fbpx
blog najib asaddok

Perkara Wajib Untuk Lindungi Keluarga

Sekarang semua negara diuji dengan virus Covid 19. Kita kena buat sesuatu untuk keselamatan diri dan orang tersayang.

Kita cegah sebelum terlambat. Pastikan keluarga kita sentiasa berada di rumah. So, apa kita perlu buat untuk tangani virus Covid 19?

Haa, jom baca apa yang kita WAJIB buat untuk cegah daripada virus Covid 19.

Point 1

Jaga Kebersihan Pakaian, Rumah & Badan

Pastikan anda sentiasa jaga kebersihan, sentiasa basuh tangan dan pakai hand sanitizer. Banyakkan minum air mineral.. Kurangkan manisan dalam minuman anda.

Point 2

Solat Berjemaah Bersama

Anda manfaatkan masa yang ada bersama dengan solat berjemaah bersama ahli keluarga.

Dapat dekatkan diri dengan Allah bersama-sama keluarga.

Point 3

Luangkan masa berkualiti bersama keluarga

Masa yang ada anda dapat mengeratkan silaturahim bersama keluarga.

Contoh makan bersama, tengok tv bersama. Kita kena ingat Allah datangkan sesuatu ujian tu pasti ada kebaikannya.

Point 4

Lakukan Aktiviti Kerja Di Rumah Secara Online

Anda boleh juga buat kerja secara online, macam kami buat meeting dari rumah menggunakan aplikasi Zoom secara online.

Yang pasti mesti bertanggungjawab, jujur dan amanah dalam melakukan tugas yang diberikan.

Point 5

Kurangkan Aktiviti Di Kawasan Ramai Orang

Anda perlu elakkan keluar rumah jika tiada urusan penting.

Anda boleh gunakan kemudahan yang ada untuk hubungi orang secara online menggunakan aplikasi whatsapp atau call.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !