fbpx
blog najib asaddok

PERANGAI YANG BIASA ADA DALAM USAHAWAN LOSER HINGGA SUSAH NAK BERUBAH

Kenapa sesetengah usahawan yang kalau kita tengok berniaga dah bertahun lama tapi masih lagi pada tahap yang sama.


Kadang-kadang kita terjumpa usahawan yang baru bermula, tapi buat bisnes ala kadar jer. Kadang-kadang terasa lebih baik tak payah berniaga, makan gaji lagi senang.


Kesian pada usahawan sebegini sebab kebanyakan mereka ini full time buat bisnes. Mereka ini perlu dapatkan sales untuk tanggung family, tanggung makan minum sekolah anak-anak.


Tapi realiti usahawan hari ini, ramai yang tak berjaya dari yang berjaya. Tak perlu nak salahkan takdir, tak perlu nak salahkan orang lain. Diri sendiri tu terlalu sengal dan terlalu pemalas.


Dalam keadaan sebegini, apa lagi yang perlu kita harapkan pada usahawan ini?


Pokok pangkalnya, anda sebenarnya ada ciri-ciri seorang usahawan yang loser yang kalau anda berterusan kekal macam ini, bisnes anda pasti akan melingkup.


Cuba anda skroll satu persatu gambar ini dan cuba check kalau-kalau anda ada kesemua ciri ini, ataupun salah satu ciri, maksudnya anda dah kena muhasabah diri dan ubah keadaan anda.


Anda kena cepat berubah, cepat ubah sikap anda, ubah mentaliti anda. Kalau tak sampai bila anda nak family anda merana?


Adakah anda suka keadaan anda sekarang?

Ramai usahawan suka beri alasan tak ada masa, tak cukup masa, selalu busy dengan macam-macam perkara yang tak masuk akal.

Bila disuruh download video PERCUMA di www.50kusahawan.com pun kata tak ada masa nak click, tak ada masa nak isi nama dan emel padahal percuma jer.

Nampak ke nampak kritikal usahawan kita hari ni?

Disuruh fokus perbaiki marketing untuk buatkan usahawan nampak dan tertarik, dia pergi buat benda lain.

Disuruhnya perbaiki branding supaya bina trust pelanggan, dia pergi buat perkara tak ada hasil.

Kadang-kadang kebanaykan usahawan dia tak tahu apa dia buat, dia tak tahu nak letak mana satu yang patut dia buat dulu dalam bisnes.

Ini semua bersangkut paut dengan ILMU yang dia ada dalam diri.

SAtu lagi ramai usawahan gagal nak kawal adalah emosi sendiri. 

Emosi ni bagus kalau kita gunakan dengan baik untuk tarik pelanggan melekat dengan bisnes anda.

Tapi apa yang berlaku ramai usahawan beremosi dengan benda yang tak sepatutnya.

Dia emosi tengok pesaing dia buat sales gila-gila, dia emosi dengan keadaan ekonomi, dia emosi sebab tak puas hati hal-hal politik, dia emosi dengan staf sebab tak ikut cakap dia.

Senang cerita ramai usahawan kurang bijak atau bodoh nak kawal emosi. 

Banyak perkara dalam bisnes, dalam hidup kita boleh kawal sekiranya kita fokus pada penyelesaian berbanding masalah tu sendiri.

Kita boleh kawal apa yang benda yang kita boleh kawal. Janganlah sibuk nak kawal perkara yang kita tak boleh nak kawal.

Nak ubah keadaan ini anda perlukan ILMU dan juga Mentor yang dapat berikan peringatan, nasihat dan juga teguran.

Kalau tidak, bisnes anda makin dibenci orang.

Tak nak belajar ini adalah salah satu sifat orang yang tak berjaya. 

Perkara ni ini memang susah nak dirawat susah nak diberi nasihat melainkan individu itu sendiri jatuh terduduk baru tersentap dan sedar.

Nak melawan kebodohan adalah dengan belajar ILMU yang bantu hilangkan kejahilan, ambil tahu apa yang selama ini kita tak tahu.

Dalam bisnes, ILMU itu sangat penting supaya bisnes boleh konsisten grow. 

Kelas Roket Pemasaran Momentum antara kelas yang boleh bantu usahawan grow bisnes dari kecil-kecilan sehingga boleh cecah sales RM1 juta.

Anda boleh dapatkan info lanjut sekiranya anda nak ubah keadaan dari jahil kepada pandai di www.naktarikpelanggan.com

Ini peluang yang sangat rare dan jarang anda temui.

Sombong & Ego adalah punca kenapa Iblis dihalau keluar dari syurga, punca kenapa iblis sangat dengki dengan orang beriman.

Apa yang anda rasa sekiranya anda sombong & ego untuk pergi upgrade & update diri dengan latest trend pemasaran yang boleh bantu bisnes anda meroket?

Apa anda rasa sekiranya anda sombong & ego pergi berguru untuk naikkan taraf hidup anda?

Pentingkan diri adalah salah satu akibat dari hati yang tidak berapa baik.

Dia tak mampu nak berfikir untuk orang lain, tak fikir bagaimana keadaan orang lain berbanding asyik berfikir untuk diri sendiri sahaja.

Dalam bisnes, kalau anda pentingkan diri sendiri, cukuplah sekadar dapat sales sehari satu sales, sebulan cukup untuk lepaskan hiburan diri sendiri.

Tapi apa yang dia tak fikir adalah kebahagiaan orang keliling dia.

Usahawan yang pentingkan diri, dia tak akan bertindak lebih, berusaha lebih untuk naikkan bisnes dia untuk berikan yang terbaik untuk keluarganya sendiri.

Dia hanya nak senangkan diri, tak nak susah-susah travel jauh untuk tuntut ILMU padahal musafir itu antara ibadah yang dituntut dan doa yang dilafazkan ketika musafir itulah antara doa yang dimakbulkan Allah.

Perangai pentingkan diri memang sangat merugikan dan boleh menyebabkan ramai usahawan tersungkur.

Belajarlah untuk berfikir untuk orang lain. Belajarlah untuk berikan the best pada orang lain. 

Stop berfikir hanya untuk diri sahaja. Cuba kita buat sesuatu untuk gembirakan orang lain.

Hati anda takkan gembira selagi anda tak mampu nak gembirakan orang lain.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !