fbpx

Pemuda 23 Tahun Kerja Keras Kumpul RM30,000 Demi Perubatan Ayah..

Pemuda 23 Tahun Kerja Keras Kumpul RM30000 Demi Perubatan Ayah

Bah Bul Jallal Bin Yusup ni merupakan pemuda yang berusia 23 tahun. Lebih dikenali sebagai Abul, baru-baru ni  cerita yang dikongsikan di dalam Facebook Live betul betul buat ramai yang mengalirkan air mata. 

Di usia yang muda, dia cari rezeki di Kuala Lumpur. Umur 18 tahun dia dah berhijrah untuk sambung belajar. Lepas tamat belajar, dia bekerja di salah sebuah hotel di ibu negara. Baru tiga bulan bekerja, dia dibuang dengan alasan tak ada kemahiran. 

Sedih tu memang sedih. Tapi kalau tak bekerja, siapa yang akan membantu untuk beri duit belanja di kampung. Dia mula cari kerja lain. Dia bekerja sebagai pembantu servis aircond dengan gaji RM20 setiap hari. Pada waktu malam dia ambil upah sebagai pembakar sate.

Dia akui kehidupan dia dan keluarga memang susah. Dia dan adik beradik yang lain dah terbiasa makan nasi kosong dengan kicap. Kalau tak ada nasi, maggi la menjadi makanan mereka sekeluarga. 

Lepas ayahnya jatuh sakit, ni titik permulaan untuk dia ubah nasib keluarga. Sebagai anak sulung, menjadi tanggungjawab nya untuk membantu keluarga. 

Sekarang, dia pemilik kedai basikal “Jass Cycles” di Kemaman, Terengganu. Bisnes ni pada mulanya diusahakan oleh bapanya. Tapi, disebabkan masalah kesihatan ayahnya, dia mula mengambil alih.

Dengan duit pinjaman dari pakcik, dia pergi belajar dalam Roket Pemasaran Momentum (RPM) di Shah Alam. Sedih dan tabahnya dia bila hanya mampu tidur di koridor hotel. Duit yang ada hanya untuk tambang bas dan duit makan Dia tidur di koridor sebab tak mampu nak sewa bilik.

Dengan ilmu yang dia dapat dalam RPM, dia mula bina branding kedai basikal nya. Mula buat Facebook Live dan Like Marketing untuk tarik ramai pelanggan.

Usaha dan tindakan nya berhasil bila banyak perubahan berlaku dalam diri, keluarga dan bisnes. Alhamdulillah, dia dapat bantu keluarga untuk bayar hutang. Dapat beli apa yang keluarga dan adik nya nak, sebab sejak kecil diorang hanya mampu pendam jika teringin nak beli sesuatu. Sales bisnes naik ke RM13,000 dan kini dan mencecah RM60,000.

Bangga tengok semangat yang kuat dalam diri anak muda ni. Semoga kejayaan demi kejayaan dapat Abul capai pada masa akan datang Kalau kita rasa susah, ingatlah ada lagi yang lebih susah dari kita. Jangan mudah mengalah ya. 

Kepada peniaga dan owner bisnes di luar sana, ni peluang untuk anda. Ready untuk pelancaran RPM FB Ads pada 1 Ogos dan dapatkan info di www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !