fbpx
blog najib asaddok

Pelanggan Online Kurang? Apa Nak Buat?

Pelanggan online kurang, Apa Nak Buat?

Korang dah lama buat bisnes tapi pelik kenapa pelanggan tak ramai? Pernah tak korang fikir kenapa bisnes lain boleh buat dengan lebih bagus tapi korang tak? Last-last korang sendiri yang give up. 

Ada kenal orang yang macam ni? Buat bisnes dah lama tapi untung tak pernah nak nampak !

Dah cuba macam-macam, dah labur duit banyak & buat macam-macam perkara, tapi sales masih krik-krik..

Kalau bisnes yang baru nak menapak tu boleh diterima lagi. Ni kalau dah bertahun takkan nak biar bisnes takat tu je. Takkan tiada usaha nak lakukan perubahan. 

Ramai yang bertanya soalan yang sama “Saya dah buat post hari-hari, tapi sales saya tetap sama… apa yang tak kena dengan bisnes saya”?

Setiap bisnes mesti akan ada cabaran yang tersendiri. Jadi apa sebenarnya sebab bisnes yang kita buat ni tak menjadi?

Pelanggan Online Kurang? Apa Nak Buat?

1. Orang tak nampak bisnes kita

Haaa, terkejut ke kalau saya cakap dah buat bisnes bertahun tapi produk kita takde orang kenal pon. Rasa nak hantuk kepala dekat dinding je kan. Tak rasa sia-sia ke dengan usaha kita nak jual produk tapi pelanggan pon taktahu yang produk ni wujud.

Cara macam mana nak buat bisnes kita orang kenal ialah, buat Facebook Ads untuk orang nampak kita. Bakal pelanggan akan nampak apa yang kita buat dan start untuk cari kita. 

Pelanggan Online Kurang? Apa Nak Buat?

2. Orang tak faham bisnes kita buat apa

Kebanyakkan usahawan diluar sana hanya fokus untuk menjual. Tak ramai yang fokus nak bantu selesaikan masalah pelanggan. Korang kena ingat, pelanggan ni suka kalau kita “caring” dengan dia. 

Dia akan rasa dihargai sebab kita sedaya upaya nak tolong dia. 

Kalau hari-hari asyik nak menjual je, pelanggan pon bosan dan tak berminat nak tahu apa produk atau servis yang kita jual. 

Pelanggan Online Kurang? Apa Nak Buat?

3. Orang taktahu apa beza bisnes kita dengan orang lain

Bercerita tentang produk, dekat Malaysia ni je dah ada berpuluh produk yang jual dan ada fungsi yang sama. Melainkan kalau produk kita ni unik dan memang lain daripada yang lain.

Tak kisah kalau kita ni ada banyak pesaing, yang penting kita fokus untuk bagi value dan nak bantu orang ramai. Lagi banyak value kita bagi, makin ramai pelanggan akan suka dengan bisnes kita. 

4. Orang tak yakin dengan bisnes kita

Keyakinan dan kepercayaan pelanggan kepada kita adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian. Buat pelanggan percaya dan yakin dengan kita. Tunjukkan result dan pengalaman yang kita ada dengan mereka. 

Kalau jual produk kecantikan, jangan overclaim produk anda sebaliknya bantu selesaikan masalah dia. Jangan buat pelanggan fikir ”boleh percaya ke dia ni ?”. 

5. Syok sendiri

Antara kesilapan terbesar yang selalu usahawan buat adalah buat bisnes main redah je. Konon macam pandai sangat. Padahal hampehh. Bahayanya bisnes syok sendiri ni, kita akan confident yang kita akan berjaya. Tapi bila gagal dan banyak duit yang dah lebur, memang ke gaung la jawabnya.

Silap-silap terus lingkup. Buat bisnes ni kena ada panduan. Belajar dan terus belajar untuk elakkan bisnes kita jatuh. 

Haa, nampak ke nampak kalau takde panduan yang betul bisnes yang kita buat ni boleh lingkup.

Cuba cari jalan penyelesaian untuk bebaskan bisnes kita dari terus berada pada tahap biasa-biasa je. Saya percaya semua usahawan mesti nak tengok bisnes yang kita usahakan maju dan membanggakan. 

Best kan ilmu ni? Korang nak lagi? Saya nak bagi korang kelas serendah RM10 dalam Strategi Online Rocket Marketing (STORM). Daftar di www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !