fbpx
blog najib asaddok

Patutlah Kedai MR DIY ‘Berhantu’ Ini Sebab Yang Ramai Tak Tahu

Patutlah Kedai Mr DIY 'Berhantu' Ini Sebab Yang Ramai Tak Tahu

MR DIY sememangnya dah jadi tempat favourite untuk shopping tak kira usia. Sesiapa yang masuk mesti akan keluar dengan beg plastik. Kalau tak pernah beli tu, paling kurang pun mesti pernah nampak atau dengar nama MR DIY ni kan?

 

Mana taknya, barang murah, harga berpatutan dan barang pun banyak pilihan, dari perkakas rumah, peralatan sukan, kosmetik sehingga ke barang kereta. Semua serba ada!

 

 

Perasan ke perasan, bila kita masuk kedai MR DIY automatik jadi rambang mata, ingat nak beli satu barang je, end up keluar kedai kita beli macam-macam barang. Jadi tak pelik lah kalau orang cakap MR DIY ni ‘berhantu’, kalau dah masuk berejam baru nak keluar. 

 

MR DIY disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada Oktober tahun lalu yang juga tawaran awam permulaan (IPO) terbesar sejak 2017 dengan modal pasaran RM10 bilion. Mesti korang baru tahu kan? Selama ni shopping je tapi tak tahu pun kisah disebaliknya.

 

Untuk pengetahuan korang, MR DIY ni diasaskan oleh adik beradik, Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei dengan masing-masing dianggarkan memiliki harta bernilai AS$1.8 bilion (RM7.43 bilion) dan AS$1.1 bilion (RM4.54 bilion). Mereka tersenarai sebagai hartawan yang terkaya tahun ini oleh majalah antarabangsa Forbes. 

 

Korang okay ke okay setakat ni?

 

Dulu mereka mula dengan menjual barangan perkakasan rumah pada tahun 2005 di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Masa ni kedai biasa-biasa je macam tipikal kedai hardware.

 

Cer tengok sekarang dah berkembang menjadi kedai kelengkapan rumah terbesar di Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia, Filipina dan Cambodia dengan membawa slogan “Always Low Price”.

 

Jadi lepas ni walaupun korang berniaga nasi lemak, pakaian, kecantikan dan sebagainya jangan lupa buat trademark supaya pelanggan kenal bisnes korang. All the best!

 

Ni peluang untuk korang.. Saya dah pun lancarkan Kelas Strategi Online Rocket Marketing (STORM) yang akan diadakan pada 24 & 25 April 2021 ni.. Saya nak tunjuk strategi dan teknik Onlinekan Bisnes dengan Mudah, ajar untuk tarik pelanggan dengan Cepat dan bantu korang Roketkan sales dengan Pantas.

 

Daftar di www.NakTarikPelanggan.com

 

Jumpa dalam kelas STORM nanti

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !