fbpx
blog najib asaddok

Jom manfaatkan bisnes kita sepanjang Ramadhan dengan 5 perkara ni..

Jom Manfaatkan Bisnes Kita Sepanjang Ramadhan Dengan 5 Perkara Ni

Alhamdulillah dah beberapa hari kita berpuasa di bulan Ramadhan ni, bulan yang penuh dengan keberkatan. Setiap perbuatan kita lakukan dalam bulan Ramadhan akan diganjari dengan berpuluh lipat kali ganda.

Sama juga dalam bisnes, kita tak boleh pisahkan bisnes dengan agama sebab kita semua berbisnes, berniaga untuk mencari redha Allah melalui beri manfaat dan nilai pada orang ramai. Faham ni?

Jadi, apa amalan yang kita boleh buat dengan bisnes kita dalam bulan Ramadhan? Jangan kita fikir bisnes pun tak boleh beramal tau..

Jom kita buat 5 perkara ni sempena Ramadhan ni..

Jom manfaatkan bisnes kita sepanjang Ramadhan dengan 5 perkara ni..

FREE GIFT

Jadikan bisnes kita istimewa dalam bulan Ramadhan dengan lebihkan memberi. Beri tak semestinya dalam bentuk duit, boleh jadi dalam bentuk freegift. Kita boleh beri freegift yang berkait dengan produk kita.

Contoh paling sesuai kita hadiahkan inner untuk setiap pembelian tudung,

Kita berikan beberapa buah kurma untuk setiap pemebli produk makanan kita. Kita boleh kreatif dalam pemberian freegift ini. Niatkan ia sebagai sedekah atau beri lebih dengan ikhlas. 

Jom manfaatkan bisnes kita sepanjang Ramadhan dengan 5 perkara ni..

BERI MAKAN

Kita juga boleh anjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari organisasi yang kurang dapat perhatian. Majlis yang simple, tanpa ada kerusi VIP sangat bagus untuk mendidik kita dan bisnes kita bukan sekadar diri sendiri tapi manfaat dan kelebihan itu dapat dikongsikan bersama.

Beri makan pada golongan fakir, miskin sangat dituntut dalam Islam lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan. InsyaAllah, bila ikhlas Allah akan berikan ganjaran yang berlipat kali ganda. Kadang-kadang boleh jadi dalam bentuk rezeki dalam bisnes kita.

Jom manfaatkan bisnes kita sepanjang Ramadhan dengan 5 perkara ni..

SUMBANGAN

Lagi satu cara untuk kita boleh memberikan sedikit sumbangan pada orang-orang fakir dari setiap pembelian pelanggan kita. Kita boleh war-war pada pelanggan kita supaya tanda untuk menyokong sumbangan. 

Bagi kita, ia merupakan sumbangan yang dan bagi pelanggan anda, dia juga boleh anggap membeli sambil menyumbang.

z

DISKAUN

Salah satu bentuk lain amal yang kita boleh buat dengan bisnes kita adalah dengan berikan diskaun yang berpatutan. Tujuannya adalah untuk memudahkan pelanggan kita dapatkan dengan harga yang mereka lagi suka. Pastikan diskaun yang diberikan win-win untuk kita (kita mampu) dan buatkan orang lain juga mampu memilikinya.

Diskaun yang diberikan ibarat sedekah dan kita sebenarnya memudahkan orang semua mampu dapatkan produk kita. Bila kita memudahkan urusan orang, insyaAllah Allah akan balas dengan urusan kita akan dipermudahkan.

MAJLIS ILMU

Antara bentuk lain yang kita boleh buat melalui bisnes kita adalah dengan menganjurkan majlis ilmu untuk orang ramai. Mungkin untuk peringkat permulaan kita boleh jemput ustaz atau penceramah yang boleh berikan talk untuk team atau staff di office. 

Kita boleh pilih hari Jumaat pagi, akan ada satu sesi semua duduk bersama dan dengar ceramah ataupun tazkirah supaya kita, team kita dan juga bisnes sentiasa grow.

Amalan sebegini jarang diadakan tapi kalau kita buat insyaAllah kita akan nampak perubahan pada team bisnes kita. Hidup ini bukan sekadar dunia, tapi juga Akhirat. InsyaAllah dalam Ramadhan majlis ilmu lebih diberkati dan ganjaran pahalanya sangat menggunung tinggi.

Banyak benda yang kita boleh buat sepanjang Ramadhan ni. Korang nak belajar lagi? Nak dapatkan ilmu macam mana nak naikkan sales untuk raya nanti? Jom join Kelas Strategi Online Rocket Marketing (STORM) di www.naktarikpelanggan.com 

Bukan itu jer, saya ada hadiah nak berikan lagi ni sempena Ramadhan, jom dapatkan 6 E-Book Copywriting Yang Buatkan Orang Rebut, Bukannya Cabut di www.naktarikpelanggan.com/copywriting

User Feedback Blog

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !