fbpx
blog najib asaddok

“Orang Hanya Ingat Saya Duduk Goyang Kaki Di Rumah”

Bisnes Goyang Kaki

Walaupun zaman dah serba moden dan semakin canggih sekarang, masih ada lagi tanggapan dan pandangan negatif terhadap orang yang buat bisnes di rumah, bisnes “Goyang Kaki”.

Tanggapan orang sekeliling, bila kita hanya duduk dirumah dikata nya kita tak kerja, tak cuba cari duit hanya duduk goyang kaki di rumah. Sedangkan kalau nak diikutkan sekarang, banyak owner bisnes yang memang bermula dari rumah. 

 

Bagi pemilik Oh Kek Bakery, Nur Shakirah Bt Shukri dia diperlekehkan sebab bekerja dari rumah. “Orang duk cakap kalau nak berniaga lebih baik tak payah ambil degree”. Jelasnya dia kecewa dengan statement ni. 

Dia bertekad nak buktikan dengan orang ramai yang mengatakan dia bisnes “goyang kaki”. Baru je menceburkan diri dalam bidang bisnes, tapi nasib tak menyebelahi dia. Dengan tak ada ilmu, asyik buat hard sell (menjual), dan sales pulak asyik naik turun tak menentu. Sebelum ni, hasil jualan yang berjaya dia buat hanya RM6000 sahaja. 

Masalah dia dulu, dia rasa sales yang ada sudah cukup, tak perlu nak ada sales yang banyak lagi. Ada satu hari tu dia terfikir sampai bila nak macam ni. Buat bisnes bukan untuk suka suka. Tak kan tak ada matlamat dan hala tuju yang nak dicapai. Tipulah kan kalau tak ada impian nak capai sesuatu. 

Mula berguru dan dapatkan bimbingan, dia teruja dengan ilmu baru yang dia belajar. Bisnes ni bukan sekadar tahu marketing dan sales. Tapi pentingnya ilmu untuk bagi pelanggan kekal dengan produk atau servis kita. 

Mula perbetulkan balik bisnes, Shakirah bersyukur dengan pencapaian yang dia terima. Sales mula melonjak ke RM70,000. Sebelum ni dia berfikir kalau pelanggan tak membeli tu sebab produk kita mahal. Rupanya, orang tak beli sebab tak yakin dengan nilai dan brand produk tu sendiri. Selain tu, sebagai seller jangan terlalu menjual. 

Alhamdulillah, hasil pencapaian dalam bisnes, dia mampu bawa mak dan ayahnya pergi bercuti di hotel 5 bintang. Seronok dapat berkongsi rezeki dengan adik beradik. Selain tu ada simpanan yang tetap. 

Berniaga ni memang akan ada naik dan turunnya. Kadang- kadang kita tak tahu apa punca kita susah nak dapat pelanggan, susah nak raih sales. Sebab tu tak salah kalau kita rendahkan ego untuk cari apa punca tu dengan berguru dengan orang yang betul.

 

www.MomentumBisnes.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !