fbpx
blog najib asaddok

Nak naikkan SALES? Betulkan COPYWRITING Ayat Power dengan betulkan dulu M_____

Nak naikkan SALES? Betulkan COPYWRITING Ayat Power dengan betulkan dulu M_____

Ada satu perkara yang menarik yang saya nak share hari ni, korang ready ke ready ni? 

Kalau korang adalah orang yang nak berjaya, korang kena komited dengan ilmu dahulu insyaAllah. Pada saya halangan manusia ni bila nak berniaga adalah disebabkan dia punya emosi, kadang-kadang dalam keadaan kita tengah down atau “tak boleh nak buat, alaaaa macam tak jadi je”.

Bisikan-bisikan ini lah yang mengganggu ramai orang. Bila mood dia down, sales dia pun akan jadi slow sebab tindakan yang dia lakukan semakin perlahan.

Jadi ini lah yang saya nak cakap macam mana kita nak lajukan kita punya tindakan, that’s why la setiap pagi, kita berikan korang dulu Sarapan Minda Momentum (SMM). 

Di musim PKP ni kalau orang nampak peluang dan pintu rezeki, masyaAllah mereka akan dapat rezeki yang mencurah-curah tetapi kalau kita nampak PKP ni sebagai halangan untuk tak nak berniaga atau kita mencari sebab “Tak boleh la berniaga ni susah la, PKP dan Lockdown ni orang tak keluar”. Sedangkan apa yang kita fikir ni tidak pun..

Sekarang ni orang dah start order guna Telegram, Facebook, Whatsapp, dan apa yang lagi best adalah mereka yang berniaga seperti roti canai, nasi lemak.. Dia tak ada risiko jualan tak boleh habis. 

Ini yang bagus, kenapa saya cakap benda ni bagus? Sebab biasanya mereka akan ambil order ni semalam. Contoh berniaga hari ni tapi dia ambil order tu semalam. 

Ada saya beli nasi lemak RM.60 siap dengan daun pisang, kacang, sambal dan telur rebus. Dia akan ambil order semalam dan tutup order pukul 8 malam. Mereka akan buat based on orang order.

Jadi mereka akan buat cukup-cukup, tidak ada lebihan. Tapi korang kena ingat, kalau kita berniaga sebelum Covid-19 ni berlaku, sebelum lockdown.. Ramai peniaga ni dia buat dulu, tak tahu berapa ramai orang yang nak, berapa ramai orang minta order tu kan…

Tetapi kali ni, kita dah boleh agak.. Kalau kita tengok di sebalik ujian dan musibah ini, Allah swt turunkan juga hikmah kepada berlakunya benda ni.. Peniaga-peniaga dapat berniaga dengan lebih baik dan tersusun..

Tiada lagi berlaku pembaziran dan sales juga meningkat. Orang bila PKP dan lockdow ni memang lapar manjang.

Ingat ya, bila kita berusaha dan buat sesuatu Pasti insyaAllah Allah swt akan hadirkan rezeki tetapi jika kita give up dan rasa tak ada harapan. Kita rasa tak boleh berniaga, apa yang berlaku memang musibah dan tak ada hikmah. Korang betul. Dua-dua benda sebenarnya betul. 

Tidak ada paksaan untuk saya paksa korang percaya benda ni dan bukan saya yang memberi rezeki. Saya memang tak ada kuasa untuk beri rezeki

Hari ni sekali lagi dalam Sarapan Minda Momentum (SMM), saya nak mengambil kesempatan untuk betulkan dan repair apakah benda ataupun perkara yang boleh kita perkuatkan lagi bila dalam keadaan PKP. 

Jadi bila dalam keadaan PKP ni, semua orang berada dalam keadaan dia nak capai sales dan sesuatu perlu dilakukan untuk kita capai sales. Korang nak ke nak saya bagi lebih lagi? Jom tonton video ni sampai habis..

Korang dapat sesuatu daripada perkongsian Sarapan Minda Momentum (SMM)? Saya tahu ada di kalangan korang yang struggle nak naikkan sales masa lockdown dan PKP ni. Apa kata buat tindakan sekarang dengan dapatkan 6 E-Book Copywriting Yang Buatkan Pelanggan Rebut, Bukan Cabut secara PERCUMA di https://naktarikpelanggan.com/copywriting

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !