fbpx
blog najib asaddok

Najib Asaddok Seorang “Mat Rempit”

Ya ini buktinya! Yamaha 125Z yang Mak saya belikan pada tahun 2003 & alhamdulilah hilang sehari lepas gambar ni diambil. Jap jap..sabar relax dulu! 


Saya bukan merempit berlumba motor, tapi saya merempit dalam bisnes. Ini lah saat mula-mula saya mula bisnes part time zaman kampus UTM Skudai dulu. Motor banyak jasa.


Ke hulu ke hilir guna untuk jumpa pelanggan, ambil stok, pergi belajar di kampus. Memang sayang sangat, tapi nak buat macam mana hilang sehari lepas amik gambar ni. Hilang masa balik ke UTM Skudai & masa tu acah-acah rajin konon nak exam gi library 


Balik-balik tengok tinggal tapak tayar jer beb 


Siapa tak sedih, yerlah takder kenderaan lagi nak belajar dan nak buat bisnes. Seharian juga termenung apa nak buat 


Rupanya bila Allah hilangkan sesuatu dia nak ganti dengan sesuatu lebih baik. Tak lama lepas tu rezeki saya dapat beli Kancil 850 pada 2004, itulah kereta pertama saya 


Tak perlu merempit lagi, tak perlu basah kuyup bila hujan. Nampak ke nampak Allah uji kita & beri yang lebih baik.


K harap korang dapat sesuatu tau dalam story pendek saya ni 


P.S Jangan gelakkan gambar saya tu. Maklum lah muda remaja ketika tu.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !