Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home Kisah Inspirasi

Mulakan Bisnes Secara Senyap Sebab Terima Tentangan Hebat Dari Suami

Syahme Hadi by Syahme Hadi
June 25, 2021
in Kisah Inspirasi, UltimateHero
0 0
0
Mulakan Bisnes Secara Senyap Sebab Terima Tentangan Hebat Dari Suami
Share on FacebookShare on Twitter

Korang pernah ada pengalaman yang sama macam ni? Nak buat bisnes ni memang tak semudah yang disangka. Sebagai isteri untuk buat bisnes semestinya perlukan restu daripada seorang suami. 

Selepas berhenti kerja, Nurul Shafikah menjadi suri rumah sepenuh masa. Menceritakan saat pertama kali nak mulakan bisnes dulu, Founder kepada Soulmates Lab ni memberitahu dia mulakan bisnes secara senyap senyap tanpa pengetahuan suami. 

Bila bisnes yang bermula pada tahun 2013 ni sampai ke pengetahuan suami, dia mendapat tentangan hebat. Tapi dia tetap nak teruskan dengan apa yang dia buat. Disebabkan nak buktikan yang dia memang serius nak berniaga, dia beranikan diri untuk menyewa kedai. 

Mulakan Bisnes Secara Senyap Sebab Terima Tentangan Hebat Dari Suami

Dia sangka selepas menyewa kedai, bisnes yang dia buat akan terus maju. Sangkaan dia meleset apabila tak ada pelanggan yang datang bila dia dah menyewa kedai. Sedih dan kecewa nya dia pada waktu tu hanya Allah sahaja yang tahu. 

Bila bukak bisnes ni, dia ingat dia tahu semua benda. Dia akui dulu dia sangat ego dan tak percaya kan orang lain. Semuanya dia buat sendiri

Mulakan Bisnes Secara Senyap Sebab Terima Tentangan Hebat Dari Suami

Lama kelamaan, dia mula rasa dia perlukan guru untuk dirujuk dan bagi bimbingan . Nurul start join kelas Seminar Roket Bisnes (SRB) pada tahun 2017. Suami nya terpaksa jual kereta sebab tak mampu nak bayar yuran untuk pergi belajar masa tu.  

Ni yang buat Nurul betul betul bersungguh sungguh untuk balas jasa.

Dia teruskan berguru dan pergi belajar dalam kelas ARB dan seterusnya ke Platinum. Antara tiga benda yang dia belajar. Betulkan niat berniaga untuk BANTU orang. Buat bisnes ni bukan semata – mata untuk jadi KAYA. Selain tu, buat orang nampak dan kenal bisnes kita dan yang ketiga, teknik tarik pelanggan yang sentuh emosi pelanggan 

Tak nak terus buat silap, dia mula buat tindakan satu persatu. Hasilnya, sekarang..

Dia mula ubah jenama dari Chocolate Lab kepada Soulmate Lab. Sales meningkat ke RM7000, RM10,000 dan seterusnya melonjak ke RM100,000. Dia dapat gantikan kereta dan hadiahkan Vellfire untuk suami. Sekarang, dia berani untuk ambil team dan dah ada penambahan team seramai 14 orang. 

Bisnes nya mula dikenali dan sekarang dah ada stokis dan Ejen yang ramai. Pesan Nurul buat peniaga di luar sana, walaupun rasa struggle, pasti ada jalan dan peluang di hadapan. Buka minda dan bertindak untuk berjaya kerana kajayaan tak menunggu kita. 

Korang dapat sesuatu? Saya dan Team Momentum sedia nak bantu anda untuk ubah nasib hidup, bisnes dan keluarga. Boleh dapatkan bimbingan di www.naktarikpelanggan.com.

Facebook Comments
Syahme Hadi

Syahme Hadi

Next Post
6 Tip Menjadi Pasangan Jutawan

6 Tip Menjadi Pasangan Jutawan

Recommended For You

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

June 14, 2022
Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

June 8, 2022
Impian Vellfire bukan angan angan kosong

WOW!! IMPIAN KERETA VELLFIRE 2023, DAH CAPAI TAHUN NI?!

May 24, 2022
Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In