fbpx
blog najib asaddok

Kesihatan Terjejas Akibat Hinaan Yang Diterima

Kesihatan Terjejas Akibat Hinaan

Korang pernah tengok drama orang susah selalu kena hina dan caci? Tapi perkara macam tu bukan terjadi dalam drama je, malah kehidupan seharian manusia pon sama. Lumrah kehidupan sekarang, yang senang mudah sangat disanjung manakala yang susah sering mendapat hinaan. Hal ni sering kali terjadi dalam kehidupan orang disekeliling kita. Persoalannya, adakah semua orang mampu hadapi ujian yang macam tu?

Disebabkan bebanan hutang yang ditanggung buat Puan Aisyah Bt Ramli yang berasal dari Kelantan ni mendapat hinaan orang sekeliling. Bagi Founder kepada Alyaza.co ni, dulu dia hanya seorang suri rumah biasa. Tak pernah terfikir dan terlintas dalam fikiran untuk buat bisnes. 

Hinaan yang diterima betul betul perit sehingga menjejaskan kesihatan dia. Punya lah dahsyat kata-kata orang sekeliling sehingga boleh membuatkan orang yang terima tu sakit dan down. Atas desakan untuk keluar dan bebas hutang ni lah yang buat kan Aisyah nekad untuk buat bisnes. 

Dia bersyukur sangat bila dia diberi peluang untuk dapatkan bimbingan dalam kelas untuk tambah ilmu dan keluar dari masalah yang dia ada. Bermula dari berniaga secara sorang, dia buat jer satu persatu yang dia dapat. Perubahan tu juga mengambil masa. 

Alhamdulilah, usaha dan kerja keras dia berbaloi. Dia mula nampak perubahan satu persatu. Salah satunya ialah peningkatan sales. Sales dalam bisnes meningkat dari RM20,000 sebulan menjadi RM100,000 sebulan. 

Bila dah capai satu pencapaian yang bagus dalam bisnes, kita juga dapat upgrade banyak benda dalam hidup. Win terbaru yang dia dah capai ialah dapat buat rumah yang berharga RM200,000. Dan dia juga hampir bebas dari hutang yang ada. 

Seronok kan bila kita dapat keluar dari situasi susah yang kita hadapi? Korang pun boleh asalkan ada usaha dan tindakan yang betul tau. 

Dia bersyukur sangat dengan apa yang dia capai sekarang. Kalau kita susah, lebih ramai yang menghina dari yang membantu. Hanya diri kita yang mampu mengubah semua tu

Korang nak ke nak kalau saya bantu untuk grow kan lagi bisnes korang? Benda utama yang korang kena buat untuk improve bisnes korang adalah perbaiki copywriting. Jom hubungi Team Momentum untuk dapatkan 6 E-Book Copywriting Yang Buatkan Pelanggan Rebut, Bukan Cabut secara PERCUMA di www.NakBimbingan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !