fbpx
blog najib asaddok

Kenapa Facebook Ads ni Penting Untuk Bisnes?

kenapa FB Ads penting untuk bisnes

Korang rasa Facebook Ads ni penting tak? Dah lah kena keluarkan kos. Entah dapat pulangan ke tak..

Mesti ramai yang fikir macam statement kat atas ni kan? Ker sebenarnya korang ada alasan atau sebab lain yang buat korang rasa ragu nak mula buat Facebook Ads. Mungkin korang pilih untuk zero kos marketing, lebih selamat orang kata.

Tapi kan, nak tahu tak kenapa Facebook Ads ni penting untuk korang onlinekan bisnes?

Ready ke ready ni? Please, korang baca sampai habis tau..

Kenapa Facebook Ads ni Penting Untuk Bisnes?

1. Buat pelanggan nampak

Korang kena buat pelanggan nampak dan tahu yang bisnes kita ni wujud dalam pasaran. Bahasa lainnya adalah marketing.

Setiap bisnes WAJIB buat marketing. Posting setiap hari adalah marketing. Share info dan cari customer adalah marketing. Marketing ibarat jantung dalam bisnes. Bila jantung stop berdenyut, bisnes kita akan mati.

Sebab tu, fungsinya Facebook Ads adalah untuk bantu peniaga berbisnes dan buat orang nampak. Tak kira orang tu ada di mana, kita boleh tarik perhatian pelanggan.

Kenapa Facebook Ads ni Penting Untuk Bisnes?

2. Kos marketing yang lebih murah

Marketing secara tradisional seperti televisyen, radio, billboard, template dan sebagainya.. Kosnya sangat mahal. Lebih ribuan ringgit kalau nak di belanjakan. Dan mungkin dari segi template, sangat tidak berbaloi. Kebanyakannya orang jadikan sebagai pembungkus nasi lemak ataupun akhirnya ke tong sampah..


Sedangkan dengan Facebook Ads, korang perlu keluarkan modal RM15 sehari untuk tarik ratusan pelanggan datang ke kedai online (Facebook page). Amacam… Best ke best?

Tapi korang kena tahu cara yang betul macam mana nak tarik orang untuk jadi followers.. Saya akan sharekan nanti.

Kenapa Facebook Ads ni Penting Untuk Bisnes?

3. Sampaikan info kepada semua orang

Mudah untuk sampaikan info atau produk kepada ramai orang. Korang boleh sampaikan dengan mudah dan tak perlu keliling satu dunia untuk beritahu. Tak perlu start moto.. Tak perlu!

Korang perlu sediakan internet dan tahu kepada siapa kita nak bagitahu.. Takkan nak target semua orang dalam dunia ni pelanggan kita? Sebab tu, korang kena kenal siapa pelanggan kita… Ni saya akan share dalam next point. Dapat ke dapat point yang saya sampaikan ni? Haa,, Teruskan baca tau!

4. Dapat tarik pelanggan yang kita nak

Haa… Siapa pulak pelanggan yang kita nak ni? Korang kena ingat dan tahu yang bukan semua orang adalah pelanggan kita. Kena terima hakikat tu. Sedangkan vaksin free pun ada golongan anti-vaksin sebab diorang bukan pelanggan sebenar,, Inikan pulak produk yang orang perlu dapatkan dengan bayaran.

Setiap produk, ada pilihannya.. Korang kena tahu perempuan atau lelaki yang akan beli produk korang. Umur pun penting. Sebab minat setiap orang, berbeza melalui umurnya.. Lokasi atau tempat juga penting untuk tahu jika produk kita mungkin tak boleh di hantar jauh. Mungkin jual produk yang mudah rosak seperti makanan.

Bila korang tahu semua ni, korang boleh pilih siapa pelanggan atau potential pelanggan dengan Facebook Ads je.. Mudah untuk tukar diorang jadi pelanggan. Kena guna Like Marketing untuk tarik followers datang dekat.

5. Bina brand secara online

Brand, satu perkara yang susah dan mungkin di abaikan bagi sesetengah ejen, stokis, dropship yang menjual produk orang (HQ). Sebenarnya korang silap! Ejen, stokis dan dropship perlu tahu cara nak bina brand. Sebab mereka perlu bersaing dengan orang lain. Kena tarik perhatian pelanggan untuk beli dengan korang, bukan pesaing.

Dengan Facebook Ads, korang boleh bina brand dan buat orang kenal jenama korang. Buat orang nampak berkali-kali..

Dan korang kena tahu macam mana cara yang betul untuk onlinekan bisnes ni.

Saya nak bantu korang fahami cara online yang sebenar. Korang boleh dapatkan info kelas PERCUMA dan banyak lagi dalam channel telegram kami.

Join channel telegram di www.TelegramNajib.com

Banyak yang saya akan kongsikan dalam tu.. Semoga bisnes korang lebih grow lepas ni..

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !