fbpx
blog najib asaddok

Kekalkan Momentum & Capai Minimum Jualan RM10,000 sebulan. Penting beb anda kena tahu!

Momentum

Ramai usahawan yang memilih untuk menceburi bisnes online tapi berapa ramai yang berjaya kekalkan momentum sehingga bisnes bertambah maju, kaya dan berjaya? Lebih teruk belum bermula apa apa lagi usahawan dah kibarkan bendera putih.

Dengar macam mudah tapi ramai usahawan yang masih tertanya tanya bagaimana untuk kita kekalkan momentum dalam bisnes. Anda kenal usahawan macam ni?

Sebenarnya bukanlah masalah bisnes tak maju. Paling jelas adalah masalah usahawan yang onlinekan bisnes yang tak faham cara nak kekalkan momentum sebenar dan tak nak berubah.

Nak mengekalkan momentum dengan semangat yang tinggi akan memudahkan kita untuk tarik lebih banyak pelanggan, memahami lebih banyak ilmu dan bila bisnes founder kuasai ilmu maka mudah lah mereka nak kuasai pelanggan, faham ker faham ni?

Jadi jangan tangguhkan kejayaan anda sebab kejayaan anda penting untuk orang tersayang dan orang yang anda cintai. Sampai bila anda nak terus tersungkur dalam bisnes dan taknak bangun. Anda WAJIB baca kalau anda komited nak kekalkan momentum dalam bisnes.

Okay ke okay?

1.Bangun Awal

Rahsia orang berjaya adalah mereka bangun awal pagi dan mula bekerja di saat orang lain masih dibuai mimpi di atas katil. Rugi besar kalau founder bisnes tak manfaatkan masa yang ada dengan bangun awal sebab sampai bila mereka nak tertinggal di belakang dan tak maju?

Masalah usahawan adalah merancang je lebih tapi tidak mengambil apa apa tindakan lebih awal. Merancang bagai nak rak tapi kelam kabut bila berlaku kecelakaan pada bisnes.

Usahawan berjaya akan bangun awal untuk kekalkan momentum dan high energy sepanjang hari sebab 80% kejayaan datang daripada persediaan diri kita. Tanpa sedar, semangat kita akan terus konsisten dan tidak mudah untuk rasa down bila kita bangun lebih awal. Baru lah boleh elakkan kecelakaan pada bisnes.

2.Lihat Result Orang Yang Berjaya

Salah satu nak kekalkan semangat adalah banyakkan tengok result orang yang dah berjaya. Tengok, lihat, tonton dan dengar sebab paling penting bila melihat kisah kejayaan ni jangan hanya lihat kejayaan tu je sebenarnya tetapi benda paling penting ni lihat bagaimana mereka jatuh dan bagaimana mereka ni bangkit semula.

Ramai di kalangan usahawan yang banyak challenge jatuh dalam bisnes tetapi paling penting adalah bagaimana nak bangkit semula? Sampai bila usahawan nak terus bengang dan cemburu dengan kejayaan orang lain? Cakap kosong dan tidak ada apa apa tindakan.

Jangan cemburu dengan kejayaan orang lain sebab kita kena percaya kejayaan kita akan tiba juga nanti. Terus menjadi orang yang positif dan “trust the process”.

3.Capai Kejayaan Kecil Yang Pertama

Bila kita capai sesuatu kejayaan kecil, satu kejayaan akan jadi magnet kepada kejayaan yang lain. Dia macam ibarat bila pecahkan yang pertama yang lain akan datang, pecahkan kejayaan yang pertama kejayaan lebih besar akan start untuk datang dan terus kejar anda. Amacam?

Masalah ramai orang adalah dia tak boleh nak capai RM 10,000 pertama. Itu challenge ramai orang sebenarnya. Mereka stuck dan tak tahu bagaimana untuk nak buat RM10,000 pertama.

Kalau betul betul serious dalam binses, taknak ke pecahkan RM10,000 pertama hingga capai RM1 juta pertama korang? Jangan biarkan diri kaku dan terus berdiri di tempat yang sama, sampai bila pun takkan dapat capai apa apa kejayaan.

Never give up! Walaupun banyak cabaran dan rintangan datang. Anda kena ingat setiap kesakitan adalah nak datangkan keindahan atau pun something yang besar dalam bisnes. Setiap kesakitan sebenarnya menghasilkan banyak benda-benda yang berjaya. Faham ker faham ni?

Ramai dah usahawan yang saya bantu hanya dari kelas RPM je, tapi mampu buat sales berpuluh ribu.  Nak ke nak saya bantu untuk capai jualan dari sebelum ni empat angka kepada lima angka pertama?

Apa kata luangkan masa untuk upgrade ilmu dalam Kelas Roket Pemasaran Momentum Edisi Khas Merdeka.  Kelas selama dua hari pada 29-30 Ogos. Daftar di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !