Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home Libur

Kangaroo Nak Bagi Anda Tips Ni

Mohd Najib by Mohd Najib
May 13, 2016
in Libur, Motivasi Diri
0 0
0
Kangaroo Nak Bagi Anda Tips Ni
Share on FacebookShare on Twitter

Salam

Alhamdulillah pada 20-24 September yang lepas saya sekeluarga bersama keluarga abang ipar selamat melancong ke negara kangarooo iaitu Perth, Australia. Memang banyak pengalaman manis berada di negara orang ni serta banyak perkara dapat saya pelajari. Saya nak rangkumkan dan share kepada sahabat2 online saya ni. Semoga ia bermanfaat.

5MKL3936
Semasa tiba di Perth Airport..Besar lagi KLIA 2 sebenarnya

Nak ke Perth ni tak boleh suka-suka nak bawak makanan dari Malaysia. Kena declare apa yang kita bawak terutamanya makanan dan ubat-ubatan. Kat pintu masuk Imigresen Australia diorang akan check. Semua ni kena isi dalam form yang akan dibekalkan masa dalam flight menuju Perth

Bawak baju sejuk secukupnya sebab cuaca sangat sejuk menjelang waktu malam kadang-kadang mencecah 9°C . Hari siang memadai pakai baju lengan panjang sahaja. Best woo jalan-jalan tapi badan tak berpeluh dan berbau walaupun melawat zoo bersama anak-anak

Kalau nak bawa makanan dari Malaysia, sebaiknya bawak makanan macam mee segera, kekacang dan makanan ringan yang tak berbau sebab ada kes beg kena jilat dengan anjing masa di imigresen airport. Jangan risau barang dapur boleh dibeli di pasaraya di bandar Perth. Kalau nak senang pergi ke Masjid Perth untuk mendapatkan bahan mentah yang Halal.

5MKL3985
Mountway Holiday Apartment

Kami menyewa apartment sederhana jer masa di Perth namanya Mountway Holiday Apartment. Lokasinya sangat strategik di tengah-tengah bandar Perth dan dekat dengan kemudahan awam. Ada sebuah taman yang sangat cantik di sebelah Apartment tu dan berusia lebih 100 tahun. Namanya Kingspark. Kos apartment ni tempah di Agoda untuk 5 hari 4 malam adalah RM2000.

Apartment memang sangat biasa kemudahannya tapi untuk stay takder masalah. Boleh gunakan dapur untuk memasak sebab kebanyakan kedai mula ditutup jam 5 petang. Untuk memudahkan mencari lokasi restoran halal anda boleh install apps yang berkaitan halal & ia akan membantu anda mudah mencari restoran berdekatan. Tapi yang banyak biasanya kedai kebab.

Air mineral agak tinggi kosnya di sini kebiasaannya untuk 600ml adalah AUD3.50. Fresh orange pun baru AUD2. Memang agak tinggi lah kalo dibandingkan ngan Malaysia. Tapi kalo nak kali 3 memang apa pun tak beli dan makan. Anggap jerlah macam duit Malaysia.

Undang-undang di Perth agak ketat terutamanya berkaitan pengangkutan. Sebuah kereta hanya boleh membawa 5 orang penumpang sahaja termasuk driver. Kalau anda bergerak dalam satu kumpulan 4 orang tiada masalah. Kalau lebih kena guna 2 teksi atau kereta. Untuk kereta sewa jika anda membawa kanak-kanak anda WAJIB guna child seat. Boleh disewa sekali masa sewa kereta tu.

5MKL3983
Perkhidmatan Maxi Van untuk bawa penumpang 10-12 orang dari Perth Airport ke bandar Perth

Tips saya jika anda tak nak gunakan teksi anda guna perkhidmatan UBER. Boleh install dalam phone anda. Sebab ada tempat yang agak jauh kalau nak jalan kaki. Ya bas memang percuma di bandar Perth cuma kena tahu samada nak naik Green Cat atau Red Cat. Diorang panggil bas tu CAT. Kena tengok ke mana anda nak pergi. Perkhidmatan diorang sangat efisyen.

5MKL4086
Bandar Perth sekitar jam 9 malam. Dah lengang takder orang
5MKL4260
Masing-masing tak sabar nak Perth Zoo
5MKL4266
Naik bas free sekitar bandar Perth
DCIM100GOPROGOPR0961.
Dah lah free, selesa plak tu…Malaysia plak..hrmmmmm..

Untuk zoo ada 2 cara, pertama naik bas dan kedua boleh naik feri dari bandar Perth. Jarak nak ke ferry station dengan Perth Station tak jauh. Dekat jer. Tambang feri pun sangat ekonomi. Tak silap dalam AUD1 jer. Cuma kos nak masuk ke zoo tu agak tinggi. Saya ambil pakej family untuk 2 dewasa & 2 kanak-kanak. Kos lebih kurang AUD80. Yang bongsu tak kena sebab bawah 4 tahun. Zoo ni buka jam 9pagi dan akan tutup jam 5 petang.

DCIM100GOPROGOPR0981.
Naik feri dari bandar untuk ke Perth Zoo

Tapi kat Perth ni tak perlu pun nak bawak cash banyak. Setiap kedai pasti boleh bayar guna kad kredit/debit. Mesin jual air tu pun walaupun anda nak beli cuma sebotol masih boleh gunakan kad. Setiap kedai makan pun sama. Sangat efisyen!

5MKL4302
Kat depan pintu masuk Perth Zoo..
DCIM100GOPROGOPR0991.
Anak-anak & sepupu diorang seronok dalam Zoo..terpaksa bawak Pakcik diorang utk jadi ‘baby sitter’ kat sana..

Selain tu juga anda boleh gunakan train untuk ke bandar-bandar luar dari Perth. Naik bas dari bandar dan turun di Perth station untuk ke lokasi menarik seperti Freemantle atau taman hidupan liar Caversham.

5MKL4415

Train ni kami naik semasa nak ke tempat shopping iaitu Freemantle. Kat sana tu banyak kedai dan ala2 pasar. Yang meriah sebenarnya adalah pada hari cuti sabtu dan ahad. Lebih banyak kedai bukak masa tu. Jadi kalau nak beli souvenir kat sana memang murahlah..

5MKL4501
kat area Freemantle
5MKL4712
Freemantle Railway Station

Kat Freemantle ni pun ada beberapa restoran Halal. Kami memilih untuk makan di restoran milik orang turki. Menu nasi atau kebab. Tu jer lah. Masa ni dah mula rindu nasi campur asam pedas kat Malaysia..huhuhuuu..

Untuk makluman toilet kat Australia ni memang tiada paip dalam bilik air. Paip kat sinki luar tu adalah. Jadi pandai-pandailah bawak satu botol air mineral untuk bersuci nanti. Ok kita teruskan lagi celoteh saya ni..

5MKL4869
Anak-anak suka bermesra dengan kangaroo..maklumlah kat Malaysia takder

Nak bermesra dengan Kangaroo, boleh manja-manja dan gesel-gesel anda wajib ke Caversham Wildlife Park. Tiket sekeluarga boleh tahan gak dalam AUD100. Pakai kad lah apalagi.. Kat Australia ni jarang guna cash. Kat sini anda boleh bermesra dengan banyak haiwan. Tapi yang tak best kangaroo ni sumer dah kenyang, takder yang nak makan sangat…

5MKL4933
Abam bermesra dan bermanja dengan kangaroo…nampak tu betapa kenyangnya dia..
DCIM100GOPROGOPR1126.
Jom bermesra dengan Koala plak..
DCIM100GOPROGOPR1211.
Masa balik dari Caversham Wildlife Park, kami menaiki UBER ke pekan Bassedean.. Kat pekan ni ada train station ke Perth. Pekan ni memang superb n awesome!
DCIM100GOPROGOPR1222.
Nak beli tiket Train, cash boleh card lagilah boleh..Tambang ke Perth dalam AUD4.50 seorang.

Pemandangan kat area ni memang sangat-sangat cantik..ala ala macam dalam citer mat salleh lah pulok.. Bagusnya diorang ni mengamalkan apa yang Islam ajar sebenarnya. Jaga kebersihan dan disiplin. Orang kat Perth ni bawak kereta pun ala ala pengantin. Perlahan dan ikut hadlaju jer. Respek!

5MKL5027
Pemandangan indah di Caversham

5MKL5489

Akhirnya hari terakhir di Perth 24 Sept 2015 masa tu. Raya beb! Wahhh tak dapat beraya kat Malaysia. Untuk menghilangkan frust maka terpaksa melawat Apple Store yang besar giler & tengah menunggu pelancaran iPhone 6s esoknya. Rugi balik awal. Sempatlah menyambar Apple Watch sebagai reward diri sendiri.

DCIM100GOPROGOPR1380.
Jalan-jalan shopping sebelum balik Malaysia

Kesimpulannya memang best dok Perth ni.. Cuma kena sediakan fulusnya lebih sket. Pada saya sediakan RM10,000 untuk perbelanjaan satu keluarga dah mencukupi. Kalau lebih lagi bagus.. Isi tabung untuk melancong anda dari sekarang, beli tiket AirAsia masa promosi lagi jimat.

Ok sekian perkongsian saya ya…semoga bermanfaat dan memberi ada idea baru.

Facebook Comments
Mohd Najib

Mohd Najib

Next Post
NI SEMUA SALAH EN NAJIB ASADDOK !!! AJAR LAIN..RESULT KELUAR LAIN

NI SEMUA SALAH EN NAJIB ASADDOK !!! AJAR LAIN..RESULT KELUAR LAIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended For You

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

June 14, 2022
Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

June 8, 2022
Impian Vellfire bukan angan angan kosong

WOW!! IMPIAN KERETA VELLFIRE 2023, DAH CAPAI TAHUN NI?!

May 24, 2022
Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In