Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home Kisah Inspirasi

Bisnes Online Dari Hutan, Biar Betul ! Kisah Inspirasi Student Momentum Internet

Mohd Najib by Mohd Najib
May 13, 2016
in Kisah Inspirasi, Motivasi Diri
0 0
0
Bisnes Online Dari Hutan, Biar Betul ! Kisah Inspirasi Student Momentum Internet
Share on FacebookShare on Twitter

” BUDAK KAMPUNG DAN ANAK SUNGAI JUGA MAMPU BERJAYA!..”

10897970_923924547618806_5891176885729331443_n

Memang agak keberatan untuk aku berkongsi kisah ini kerna pada mulanya aku rasa agak kerdil berbanding dengan peniaga diluar sana yang jauh lebih ke hadapan dariku! Namun iannya tidak mematahkan semangatku untuk turut berkongsi cerita demi memartabatkan bangsaku dalam dunia perniagaan internet! Lebih-lebih lagi aku yakin dan percaya bahawa ramai diluar sana juga perlukan inspirasi serta dorongan terutamanya ‘anak kampung’ dan ‘budak sungai’ seperti aku untuk terus berjaya dalam hidup dan bebaskan diri dari dibelenggu kesusahan sepertiku!

Sebagai anak yang ke-15 dalam keluarga dari 18 orang adik beradik, aku juga punyai misi tersendiri dalam mengejar cita-cita! 11 orang dari adik beradikku menjadikan Bisnes tourism di Taman Negara Pahang sebagai punca rezeki kami seisi keluarga walau diusaha secara kecilan. Ada yang berniaga servis bot, chalet, hostel, restoren terapung, kedai makan, guide, travel agency dan macam-macam lagi la.. semua kat Taman Negara Pahang… lain owner dan lain nama… Alhamdulillah.. berkat didikan emak dan arwah ayah, kami adik beradik mampu bekerjasama antara satu sama lain dan sentiasa bantu-membantu…

Bisnes aku sendiri??? hmmm..Terus terang aku katakan…Takde punn…! Aku ni jenis MALAS! nak tunggu bisnes ‘tercatuk’ macam tu.. Maklumlaa jiwa muda!.. kalau buka kedai makan, kena tunggu pelanggan laa..kena masak laa.. kalau buka chalet, kena tunggu guest check in laa..check outlaa.. dan kalau ada restaurant terapung atau bot, time banjir dan air naik, alamak kekadang sampai tak tidur malam kena berjaga!

Habis pengajianku di Uitm Shah Alam, bermula laa kisah hidupku dalam mencari arah dan haluan. Ibarat katak melompat! Lompat sana… lompat sini… Sekejap duduk dengan kakak kat restaurant terapung.. Dari mengelap meja, ambil oder sampailahh menebar roti canai, basuh pinggan mangkuk, semua aku penah buat.. Rasa bosan, bawa bot pelancong plak! Habis pelusuk hutan diredah! Kemudian, lompat plak ke  chalet, kemas bilik, jadi tukang kebun, kemudian jaga kedai runcit dan boleh kata semua kerja yang melibatkan tourism di Taman Negara Pahang aku dah merasa! Maklumlaa adik beradik punya.. sukahati jeklaaa… hehehehe..

Alhamdulillah, berkat ‘lompat sana.. lompat sini.. keluarlahhh idea nak kombinasikan semua biz family ni di bawah satu bumbung! Tak pasal-pasal bab marketing aku kena handle! Mak aiii gelap dunia ketika tu! Besar job tu beb!

 


11986957_1119890141373826_2715977435194869251_n

DULU…

Memang 100% harapkan agen di luar sana hantar ‘guest’ untuk kami.. Bila harapkan agen ni maklumlaa.. Di pendekkan cerita.. faham-faham sudahlahhh… Kekadang, nak dapat balik payment..hmmm.. terpaksa jadi macam ALONG pun ada…..

Nak buat sendiri konon! Baru laaa tauuu..

Nak dapatkan satu sales pun susah!

Bayangkan agensi pelancongan kecik ciput macam kami ni, sapa nak pandang!

Sewa Booth kat memana event pun dah telan beribu-ribu! Belum masuk kos pekerja, sewa hotel, makan minum n duit poket staff lagi! Kalau sale ada pun, suam-suam kuku dan lepaslaa kos.. Mana nak datang untungnyerrr… Silap Langkah LEBURRRRR….

————————————————

Tak dinafikan, langkah pertama aku di FB bermula dengan SIFU JAMAL (SIFU FB ADS)

Terima kasih tak terhingga buat Tn Jamal atas Seminar Missing Chapter F! Mantopp!!!

Telah merubah Misi Marketing ku 360 darjah!

Balik dari Seminar Terus Buat!

LIKE bertambah ke 10k (termasuk LIKE beli…hehehehe..)

Sale juga berjaya dijana!

————————————————

Terpikat dengan sale yang dijana, MISI seterusnya mencari jalan untuk mendapatkan sale yang konsistan disamping perlu kukuhkan kedudukan! Kalau nak belajar mesti ada guru!

Waktu yang sama, bertali arus email dari Momentum Perniagaan Internet, Tn Guru Najib Asaddok ni! Tanpa Jemu folow.. baca.. dan cuba praktikkan apa yang ditulis di emailnya! Dengan gaya penulisanya yang bersahaja, seolah-olah seorang yang friendly, terjebak untuk daftar seminarnya pulak! Memang sahlaa.. jangkaanku tepat! Tak sia-sia daftar!

11870638_1029943433683583_6532384315376089323_n

Balik dari seminar, terus buat! Buat dan buat!!!!

Sehinggalah ke suatu hari, aku terima email supaya turut serta ke kelas Platinum! Mula-mula buat tak peduli juga… Tapi, hati ketika itu tidak keruan sehinggalah ke pagi seminar akan berlangsung! Terjaga jam 4.00 pagi dan selepas solat sunat, buka laptop dan email itu masih menghantuiku.. Lebih kurang Jam 5.00 pagi, hatiku nekad untuk daftar masuk ke seminar tu pagi tu juga.. Macam tak percaya laa pulak dah terjebak! Bayaran secara online sejumlah RMxxxx  di transfer ke akaun Momentum Perniagaan Internet pagi tu! (p/s : Tn. Syakirin team Momentum taulaaa cerita ni.. hehehe…)

Dalam sesi intensif

Bermula lah Cabaran sebenar Dunia Perniagaan Internet!

Bak Bukit dipanjati! Gunung didaki! Lurah dituruni! Lautan direnangi!

Segala macam ilmu dicurahi!

Pelbagai teknik marketing perlu dihadami!

Kepakaran Tn Guru Najib Asaddok terserlah !

Buat pelajar yang disayangi!

Dalam sesi coaching,

Bermulalah MISI Jerung mengejar mangsanya!

Segala macam result perlu ditunjukkan!

Pembentangan demi pembentangan!

Teknik demi teknik! Bakar demi bakar perlu didengari! Perlu dihadapi!

Demi mengejar apa dihajati!

IMG_0190

Hasilnya…

Sale terus menampakkan peningkatan!

4 Angka… hmmmm mainan!

5 ANGKA Biasa dan sudah konsistan! Alhamdulillah…

6 ANGKA sedikit Tercapai

7 ANGKA… Insyaallah sikit lagi.. Meletup cepat sangat kang korang kata jual DADAH lak!

(ps – Bukan takbur.. tapi ILMU Allah bagi kenalah SHARE..)

Kini, Paling BEST dalam hidupku…

Marketing hanya dihujung jari.. Tak perlu lagi nak ke hulu ke hilir..

Punyai banyak Masa untuk anak-anak yang semakin membesar..

Punyai masa dan wang ringgit mengejar hobiku…Travel…travel…dan travel…

BUAT PENIAGA DI LUAR SANA….

Takde guru…Carilahhh guru.. Buat sampi Jadi! Never give up!

Paling penting…FOKUS! FOKUS dan FOKUS!

Anda Pasti Teruja dengan FOKUS!

Pasti tersenyum bila Teringat pesan Tn Guru Najib Asaddok…

“.. Fokus Melahirkan Pemilik Minyak Yu Yi Cap Limau Bergelar Jutawan!…”

Buat ‘Budak Kampung’ dan ‘Anak Sungai’…Percayalah..

Kita juga mampu mencapai kejayaan selagi ada usaha berterusan!

Usah lagak ‘BESAR’! Usah malu…

Yakin pada diri! Usaha sampai berjaya!

Sekian saja coretan ikhlas dari ku..” Saya Doakan Anda Semua Kaya Dan Berjaya! Aminnn..

Ikhlas

HAMBALI MOHD KHONOPIAH

CEO LIA GROUP

Fanpage : Taman Negara Pahang Malaysia

Website : www.tamannegara4u.com

Facebook Comments
Tags: pemasaran onlineperniagaan internet
Mohd Najib

Mohd Najib

Next Post
Kangaroo Nak Bagi Anda Tips Ni

Kangaroo Nak Bagi Anda Tips Ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended For You

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

June 14, 2022
Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

June 8, 2022
Impian Vellfire bukan angan angan kosong

WOW!! IMPIAN KERETA VELLFIRE 2023, DAH CAPAI TAHUN NI?!

May 24, 2022
Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In