fbpx
blog najib asaddok

Give Up? Ni Cara Cepat Tepis Rasa Give Up..

Siapa je yang tak pernah rasa give – up ? Ye lah, macam – macam cabaran dan tekanan yang kita perlu hadap dalam kehidupan seharian ni. Lagi – lagi korang yang berniaga ni, mesti sampai satu tahap korang rasa stuck, tak tahu nak buat apa – apa.

Saya faham mesti ramai yang rasa stress bila sales tak ada, stok melambak tapi tak ada orang nak beli langsung. Bertambah serabut kepala ni bila dah labur banyak duit buat marketing tapi semuanya kelaut.

Benda macam ni lah yang buatkan kita jadi give – up. Anda mungkin rasa hidup ni tak berguna, tak ada harapan. Tapi cuba anda muhasabah diri tu balik. Kenapa mulakan benda yang anda tengah buat ni? Tak kan nak berhenti sekerat jalan je. Ingat balik apa impian yang anda nak capai.

Meh saya sharekan 3 perkara yang korang boleh buat untuk nak naikkan semangat yang tengah give – up tu…

Give Up? Ni Cara Cepat Tepis Rasa Give Up..

  • Buat benda yang anda suka

Bila diri korang tu rasa stress, cuba ambil masa untuk buat benda yang anda suka. Contohnya, buat aktiviti di luar rumah bersama keluarga atau rakan – rakan.

Aktiviti macam ni dapat tenangkan fikiran, buatkan anda rasa gembira dan hilangkan stress.

Give Up? Ni Cara Cepat Tepis Rasa Give Up..
  • Jangan peduli kata – kata negatif

Kadang – kadang ada je orang yang tak puas hati dengan apa yang anda buat. Bila berjaya ada je benda yang nak di bawangkan. Bila anda jatuh lagi lah mereka suka.

Haa… Tak payah ambil kisah sangat apa yang orang lain cakap ni. Bangkit teruskan usaha tu. Tunjukkan kejayaan tu. Buktikan dekat mereka yang anda ni mampu buat.

  • Cari circle yang positif

Kalau orang keliling anda tu asyik nak jatuhkan anda je. Lebih baik cari circle yang lain. Bila asyik down je, lama – lama satu apa yang anda buat pun tak jadi.

Cuba cari rakan – rakan positif yang boleh berikan semangat dan inspirasi untuk berjaya.

Amacam dapat sesuatu ? Muhasabah dan perbaiki diri ni supaya anda dapat teruskan perjuangan untuk nak capai impian.

Saya dan Team Momentum serius nak bantu anda naikkan jualan dalam bisnes ni. Jom dapatkan info dan maklumat lanjut mengenai bisnes online serta cara yang betul untuk tarik ramai pelanggan di www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !