Wanita Ni Jual POMADE Jer Sales Meroket 27k Sebulan

Assalammualaikum.

Saya Rafidah Binti Boing, berusia 29 tahun dan berasal dari kuching sarawak.

KEPAKARAN saya adalah meningkatkan keyakinan para lelaki dengan menggunakan pomade tonic keluaran kami bukan sahaja untuk pengayaan yang kemas malah mengutamakan kesihatan kulit kepala dan rambut.

1

 

Cabaran Mula-Mula Buat BISNES

Tarikh 25 januari 2016, Suami menyuarakan pendapat ajak buat bisnes pomade. Sebab bertahun2 kite buat bisnes pakaian ,produk semua tak berhasil. Jadi agent, jadi stokis semua hampeh. Bertahan sebulan 2 lepastu senyap..

Mula2 buat bisnes pomade ni sebab nak cuba2 je dan paling tepat sbnrnya sebab desakkan hidup. Dengan baru kahwin, ekonomi ntah kemana, kewangan sentiasa paras hidung je

Bermula dengan menjual 10 tin jer sebagai agent. Alhamdulillah percubaan pertama menjual melalui rakan2 suami. Semua habis licin. Lepas tu kita confident ambil stock 30 tin tapi malangnya 30 tin tu kita ambik masa yg sangat lama untuk dihabiskan.

 

KEDEKUT Nak Keluar Kos Marketing

Waktu tu kita takde ilmu lagi, kita jual je guna fb personal. Promot sana sini, masuk group sana sini. Lepas tu suami bgtau suruh bukak page, sebab dia follow najib asaddok. Dan bgtau yg najib asaddok penah cakap page ni merupakan kedai kepada peniaga online. So kita buat la page. Tapiiii krik krik krikk.. Takde sape pun like.

Dapat idea utk tarik like secara paksa. Sebab saya ni jenis ‘kedekut’ sikit kalau nak mengeluarkan duit, lagi2 la kalau takde ilmu. Memang taklah nak membazirkan kat situ je.. So kita buat fb acct 1 lagi dan add org ramai yg ada kaitan dengan pomade. Lepas tu kita invite diaorg utk like page kita. Hehehehe..

 

Bisnes Suam-Suam Jer Sebelum Masuk Kelas Sifu Najib Asaddok

Jualan kita tak melebihi RM4k. Kita buat la mcm mana pun jualan tetap bnyak tu jugak. Kita ambik dropship, kita ambik agent, kita supply pada barber tapi jualan tak pernah cecah 5k.

 

CABARAN Berbisnes Sampai Kena Maki Hamun

Cabaran paling hebat bila kita terpaksa tanggung kerugian sebab barber ambil secara kredit. Kalau ada pelanggan baru ada duit. Kalau takde berhabuk la pomade dudok terbaring dekat situ.

Pernah kena maki,kena marah pemilik barber kerana x antar stock pada mereka padahal diaorg ambk secara kredit,bukan bayar duit dulu pun. Alih2 kita ni pulak yang terpaksa gunakan duit peribadi untuk beli stock pomade dan hantar pada mereka.

Lepas tu kami bincang kami taknak supply lagi dah. Bila kami tak supply ketika tu la masalah kami mula timbul, stock tak jalan, ambik masa yang sangat lama untuk dijual. Pernah 1 bulan tu tak sampai 200 tin jualan. Masa tu sedih sangat dan saya seperti biasa dah mula giveup. Nak stop je buat bisnes ni.. waktu tu suami la yang bagi jalan untuk saya join kelas Sifu Najib Asaddok.

28 April 2016, detik permulaan perubahan hidup kami. Pagi tu suami tag nama saya dalam fb Sifu Najib Asaddok berkenaan Seminar Roket Emel di IDCC Shah Alam pada 1 Mei 2016. Time tu tanya suami, betul ke nak join? Berhasil ke? Sebab kite tak kenal Najib ni sape.

Ye ke idok. Hahaha.. Tapi suami bgtau, takpe,kita pergi je. So, on the spot kite booked flight dan hotel. Tak fikir panjang dah sebab time tu memang terdesak giler! Betul apa yang org cakap, kalau kita dah terdesak, apa pun kita sanggup buat.

 

Terbang Dari Sarawak Demi ILMU

1 Mei 2016, kami hadiri Seminar Roket Emel di IDCC Shah Alam. Itulah titik permulaan hidup kami berubah. Segala ilmu yang kami dapat sewaktu seminar kami buat terus. Tak tunggu lagi dah.. Saya bgtau husband, kita kene belajar dengan mamat ni. Sifu Najib ni cakap kunci utama adalah fokus!

So kita kena focus dengan pomade ni. Kita dah nekad, by hook or crook kita mesti join jugak kelas dia. Walaupun time tu kita tau kita takde duit langsung !

 

13112847_1839308832963273_5423003101297691726_o

 

 

Nak Sangat Pergi Kelas Tapi Takder DUIT! Akhirnya Suami Korek Simpanan ASB…

Balik je ke Kuching ( 2 Mei 2016 ), kita duduk bncg lagi, suami cakap, kalau nak pergi, pergila. Time tu bukan taknak, tp kita tahu tahap kewangan kita mcm mana. Kita memang takde duit. Duit bisnes pun dah bocor. Part plg sedih bila suami cakap ‘takpe, kita guna duit saham abg dan abg nak syg berhenti kerja, fokus dengan bisnes”

Ya Allah, time tu Allah je tahu hati ni mcm mana. Dengan takde duit, kene korek duit ASB suami lebihan duit simpanan perkahwinan sebab nak belajar. Saya janji pada suami saya akan buat sungguh2 ! Saya akan kembalikan duit saving dia tu dalam masa terdekat!  Syukur alhamdulillah, bila niat kita baik, Allah lorongkan kita pada jalan yang baik dan temukan kita pada orang yang baik2.

Dan pada waktu tu jugak. Saya sign up untuk jadi pelajar Platinum Sifu Najib Asaddok dan saya pecat bos saya dalam masa yang sama.  Dan saya berjanji akan buat yang terbaik, one day saya nak duduk atas stage, hotseat dan bagi inspirasi pada semua usahawan yg baru nak bermula.

 

Kepala Berasap Dalam Kelas Intensif

13886866_1882268512000638_6411898703875729973_n

Dalam kelas Intensif saya mula belajar cara yang betul berniaga memalui online (fbads) , dan yg paling best, saya tak takut nak keluarkan every single cents yg saya ada untuk kos marketing sebab saya yakin saya akan dapat balik pulangan yang memuaskan! Ini semua dengan ILMU yang saya pelajari dan ia beri saya KEPASTIAN yang kuat.

Bermula dari page like yg 600 krik krik secara paksa, kini page kami MR POMP Product HQ dah mengumpul 12,463 like. Like yg berkualiti, pelanggan yang tepat!

 

13872943_1882268565333966_2877880814553978953_n

 

Jualan Mula Meroket!

Alhamdulillah bulan pertama sale kami dari RM4k meningkat RM9k pada bulan Jun 2016 dan selepas raya pun sale kami naik sebanyak RM300 (almost RM10k).

Berita paling menggembirakan apabila founder kepada Mr Pomp Pomade berjumpa kami dan menawarkan kami sebagai share partner mereka dalam perniagaan! Syukur! Dan sekarang kami merupakan share partner (bukan agent lagi yeee) heheheehhe
Kerana kesungguhan kami, fokus kami yg nak menaikkan branding anak sarawak di mata rakyat malaysia menyebabkan mereka mengambil keputusan menjadikan kami sebagai rakan kongsi niaga.. Alhamdulillah..

 

Jualan TERUS Meroket Lagi…

Dan yang terbaru, yang kami tak jangka! Sale dari RM9k meroket naik kepada RM27k dalam sekelip mata pada bulan ogos 2016! Dan next target, kami nak capai 50k jualan dan seterusnya 100k sebulan dengan izin Allah..

 

Bisnes Kena Bantu Orang Supaya Jadi Baja Keberkatan.

Bila niat kita berniaga sebab nak bantu org, Allah permudahkan jalan kita. Dalam soal peribadi, alhamdulillah, kita dah mula bantu memberi sumbangan pada Yayasan Aman Palestin dan Syria Care. Bantu keluarga yg memerlukan sumbangan dan lain2.

Kalau cerita pasal perniagaan Pomade pulak, orang tahu pomade ni untuk kekemasan dan pengayaan. Tapi lain pula dengan matlamat kami

Selain kekemasan dan pengayaan, matlamat utama kami adalah MEMBERIKAN KESIHATAN KEPADA KULIT KEPALA SERTA RAMBUT PENGGUNA..

Ramai pelanggan kami yang mengalami masalah rambut rosak, gugur,kelemumur, botak tengah dan depan kami boleh atasi inshaAllah dengan izin Allah..

1 lagi kelebihan yang ada pada pomade MR POMP PREMIUM adalah ianya Homebrew dan bahan digunakan semuanya adalah halal dan tidak mengandungi apa2 bahan kimia dengan formula yang tersendiri..

Alhamdulillah dari agent aktiv 0, skrg ni kita dah mempunyai setiap negeri 1-2 agent untuk setiap kawasan. Alhamdulillah, sedikit masa lagi kami akan bukakan vacancy untuk stokis pulak. Doakan ye..

 

Boleh tengok pagi kita ni —-> www.facebook.com/mrpomppomadeOfficial

 

 

fb_img_1473231117847

 

Nak Bisnes Kena Cari MENTOR!

Sesiapa sahaja boleh buat bisnes, sesapa sahaja ada potensi untuk berbisnes, tapi satu nasihat saya ,CARI MENTOR yang tepat! Nak tanya pendpt saya? Dah semestinya sifu NAJIB ASADDOK!

Fokus dengan 1 bidang sahaja kalau nak berjaya dalam perniagaan. Buat sampai jadi. Kalau x jadi cuba lagi dan buat sampai jadi!

13227480_1845605222333634_6021877071913499224_o

 

 

Terima kasih…..

 

screenshot_20160907_150728

Terima kasih pada suami , BIG WHY saya selama ni, sebab beri peluang pada saya untuk timba ilmu, korbankan wang ringgit setiap sen yang dia ada untuk hantar saya belajar.  Dia tahu isteri dia ni ada potensi nak jadi jutawan ler tu. Hehehe.. Yg jadi tulang belakang saya selama ni, yg bnyak bagi nasihat dan pendapat.

fb_img_1473211166645

Bapak yg menjadi salah 1 BIG WHY saya juga. Terima kasih pak sebab bapaklah yg banyak membantu saya yg  kekadang menjadi posmen bergerak (hehe), yang tolong hantarkan saya ke airport bila tiba sesi coaching. Saya buat ni utk baiki kehidupan kita, impian saya nak beli rumh baru untuk kita, saya nak bapak tinggal dengan saya.beri saya kesempatan untuk jaga bapak.terima kasih jugak pada keluarga, mak dan ayah mertua yg banyak bagi sokongan, adik beradik semua yg selalu doakan saya.

Tak lupa juga, terima kasih pada share partner kami, tuan zamri idris dan tuan muliadi sebab bagi kami suami isteri peluang untuk jadi rakan kongsi perniagaan, dan inshaAllah sikit masa lagi produk kami ni akan memasuki kilang dan akan berdiri sama tinggi dengan produk2 yang lain. Aamiin.

Dan terakhir, terima kasih Allah kerana lorongkan jalan kami berjumpa dengan insan yang sangat hebat iaitu Sifu Najib Asaddok, yang bnyak sangat mencurahkan ilmu pada saya, walaupun sifu tak selalu ada tapi mulut2 jerung memang selalu nampak, agak takut disitu, tapi telah menjadikan saya seorang yang sangat komited dalam bisnes, fokus dengan apa yg sya buat.

fb_img_1473211229065

Terima kasih sifu. Jasa Sifu saya tak terbalas.. Hanya Allah yg boleh membalas segala kebaikkan Sifu pada kami pelajar2 platinum..

 

Terima kasih juga pada krew2 Momentum Internet. Korang sangat2 awesome!!!

 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !