fbpx
blog najib asaddok

Bisnes Wanita Ini Hampir Bungkus Sehingga Najib Bantu Untuk…

Assalamualaikum,

Nama saya Nor Hayati Nadzli berumur 30 tahun dari Shah Alam Selangor.Kepakaran saya adalah membantu para wanita untuk turun berat badan melalui pemakanan yang sihat dan seimbang. Saya menggunakan produk pengurusan berat badan no 1 dunia iaitu Herbalife sebagai gantian makanan kepada pelanggan saya.

 

Untitled-1

 

Bisnes dah bermula sejak 2012 dengan cara biasa-biasa

Sejak tahun 2012 saya telah mengiklankan bisnes secara offline dan online melalui facebook personal dan instagram. Pada tahun 2015 bisnes saya di uji apabila saya sangat sukar mendapat pelanggan baru setiap bulan. Pendapatan hanya cukup2 untuk membayar sewa kedai sahaja dan rolling sedikit untukmodal bulanan. Sangat menyedihkan kerana saya terpaksa menggunakan wang simpanan peribadi utk survive membayar kereta, dan bil2 lain.

 

 

Kedai terpaksa ditutup dan sekadar bertahan

Bulan July 2015 iaitu bulan puasa saya terpaksa menutup kedai kerana jumlah pelanggan yg datang sangat sedikit. Untuk menampung perbelanjaan bulan itu saya berniaga di bazar Ramadhan dan mendapat hasil jualan RM 700-800.Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana dengan duit itu saya mampu bayar sewa kedai dan bertahan untuk bulan tersebut.

 

Screen Shot 2016-07-27 at 1.32.01 PM

 

 

Mula kenal mamat nama Najib ni…

Saya mengenali Sifu Najib ketika menghadiri seminar Dr Azizan Osman iaitu MMM pada bulan june 2015. Pada masa itu saya telah mula belajar menggunakan facebook page untuk memasarkan bisnes saya. Selepas melihat video percuma Sifu Najib saya buat keputusan utk belajar lebih lagi dan menghadiri Seminar Roket Emel pertama saya di Wisma MCA pada bulan Oktober 2015.

 

Screen Shot 2016-07-27 at 1.33.52 PM

 

Mula tahu kena tambah followers

Pada ketika itu LIKE facebook page saya adalah 400++LIKE. Bagi saya 400 like dalam masa 4 bulan adalah banyak kerana saya pernah mempunyai fb page utk bisnes pakaian, dan mendapat 200 like dalam 3tahun. Dengan hanya sedikit ilmu saja saya boleh mendapat LIKE dalam masa yang singkat. Berbezanya bila ada ilmu dengan tiada ilmu.

 

 

Followers bertambah dari 400 ke 10,000 LIKE, Mula Huru Hara!

Selepas menghadiri Seminar Roket Emel pada bulan oktober itu LIKE FB page saya meningkat dari 400 LIKE ke 10,000 LIKE dalam masa hanya 3bulan. MasyaAllah bisnes saya yg dulu krik2 terus menjadi huru hara.

 

Sebelum ni saya pernah rasa yg dah tiada org mahu turun berat badan kerana semua orang yg saya jumpa dan tawarkan perkhidmatan ini rejek saya. Tapi selepas fokus pada teknik pemasaran Facebook Pages seperti yang Sifu Najib ajar baru saya tahu rupanya ramai orang di luar sana yg perlukan bantuan saya untuk turun berat badan.

 

Sales RM2000 meningkat ke RM16,000 ! Wowww!

Sales sebelum ini hanya Rm 2000 sebulan meningkat menjadi Rm 16,000 dalam masa 3 bulan sahaja. Pada bulan Febuari 2016 saya menghadiri Seminar Roket Emel yg kedua utk menambah lagi ilmu saya dan refresh balik. Perubahan yang saya alami ini telah membuat rakan2 seperjuangan saya turut berminat untuk hadir Seminar Roket Emel untuk belajar dengan Sifu Najib.

 

Screen Shot 2016-07-27 at 1.37.16 PM

 

Selepas pulang dari seminar itu saya buat keputusan utk menghadiri Program Intensif lagi bersama Sifu Najib kerana saya mendapat terlampau banyak respon tapi tiada sistem pengumpulan data based yg betul. Saya perlu belajar sistem email marketing dan teknik FB ads dengan lebih terperinci.

 

Pelaburan yang tidak sia-sia, Sales Meroket Ke RM55,000 sebulan!

Pelaburan untuk ilmu memang tidak pernah sia2 kerana selepas pulang dari IMPI jumlah LIKE page saya meningkat dari 10k kepada 20k dalam masa 2bulan sahaja. Total Sales dari RM 16,000 meninggkat kepada Rm 55,000 sebulan.

 

MasyaAllah! Segala puji bagi Allah. Ini adalah perkara yg tak pernah saya jangka boleh berlaku pada saya selepas mengalami kejatuhan dalam bisnes. Setiap hari saya mendapat banyak respon dari fb yg perlukan bantuan coaching saya.

 

Impian tercapai satu demi satu

Pencapaian terbesar yg saya dapat apa bila berjaya Qualify Exclusive Party di Universal Studios Singapore, dan Percutian Percuma di Club Med Bintan Indonesia dari Syarikat Herbalife. kualifikasi utk percutian percuma itu adalah 6 bulan tapi saya berjaya utk kualify dalam masa 2bulan setengah sahaja. Alhamdulillah.

 

Screen Shot 2016-07-27 at 1.38.33 PM

 

Sebelum ini saya melalukan banyak teknik marketing dan tidak fokus. Apabila saya fokus melakukan marketing melalui FB page mengikut Tips dan Ilmu yang di ajar oleh Sifu Najib bisnes saya terus melonjak! Saya sangat bersyukur kerana di pertemukan dgn Dr Azizan Osman dan Sifu Najib kerana mereka banyak mengubah hidup saya dalam masa 1 tahun ini.

 

Banyak impian saya pada tahun ini telah tercapai, antaranya kembali memberikan wang belanja pada ibu bapa saya, menghadiahkan penapis air coway pada ibu bapa mertua, membayar PTPTN, membayar hutang wang simpanan yg saya telah gunakan, mendapat percutian percuma dari Herbalife dan banyak lagi.

 

Penghargaan buat GURU

Terima Kasih pada Sifu Najib yang tidak jemu meningkatkan martabat ekonomi bisnes orang melayu. Kata2 sifu sentiasa saya ingat “Buat je kerja kita, jangan buat kerja Tuhan” Dr Azizan pernah berkata “ Jika kita hendak berniaga kerana menjadi kaya, kita tidak akan kaya. Tetapi jika perniaggaan kita memberi manfaat pada ramai orang kita terpaksa menjadi kaya.”

 

Screen Shot 2016-07-27 at 1.39.31 PM

 

 

Saya percaya bisnes yang saya lakukan ini memberi manfaat pada ramai orang. Sebelum ini saya hanya menjaga 5orang pelanggan sebulan kini saya mempunyai lebih 80 pelanggan sebulan. Syukur pada Allah atas nikmat ini. Saya sentiasa mencadangkan rakan seperjuangan saya utk menghadiri Seminar Roket Email dan melakukan apa yg Sifu Najib ajar. Jika saya boleh lakukan semua orang pasti boleh lakukan.

 

Screen Shot 2016-07-27 at 1.40.34 PM

 

 

Screen Shot 2016-07-27 at 1.42.03 PM

 

Yang masih belajar,

Coach Yatie Nadzli.

Online Weight Loss Coaching

FB : https://www.facebook.com/coachkurus/

 

Disclaimer : Pendapatan dan gaya hidup individu adalah tidak tipikal dan bukan purata.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !