fbpx
blog najib asaddok

Facebook Penyelamat Bisnes Paduu Ketika Pandemik Covid-19

Facebook Penyelamat Bisnes Paduu Ketika Pandemik Covid-19

Jatuh bangun dalam bisnes sudah menjadi lumrah. Ramai peniaga terkesan dek pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sama dengan nasib yang berlaku pada Muhammad Zulfiqry bin Zakaria, Founder Paduu.

Anak muda berusia 28 tahun ini terkesan apabila bisnes sewaan kanopi di Sarawak tidak dapat diteruskan ekoran berlakunya PKP. Bayangkan hampir dua bulan dia tak ada pendapatan yang tetap. 

“Saya pernah alami situasi tak ada income langsung, duit kereta tertunggak dan tak ada duit nak bayar hutang”, ujarnya sedih.

Siapa jer tak sedih bila bisnes yang diusahakan selama ni tak dapat beroperasi seperti biasa. Kalau korang berada di tempat Fiqry ni mesti faham apa yang dia rasa kan?

“Saya tak ada pengalaman dalam bisnes makanan ni, totally benda baru.. Logo pun tak ada masa tu dan cuba beli 15 kilo kambing tapi supplier salah potong”, ujarnya berkongsi cerita. 

Tak nak biarkan pengorbanan dan usaha keras menjadi sia-sia, dia terus buat tindakan untuk onlinekan bisnes di Facebook, agresif buat Like Marketing dan share banyak content di Facebook. 

Alhamdulillah, bulan pertama dia fokus untuk tarik fans sehingga dapat 3,000 follower dan sekarang ni dah capai 36,000 follower di Facebook. 

Padu kan? Kalau korang nak tahu sales dia juga meningkat daripada kosong terus naik ke RM10,000 dan sekarang dah boleh buat jualan 6 angka sebulan. Syukur Alhamdulillah. 

“Sekarang dah ada 4 orang Ejen yang buat jualan RM30,000 sebulan dan win paling besar dalam hidup saya bila dapat bagi keselesaan pada mak ayah. Terima kasih banyak-banyak pada Sifu sebab kalau tak ada Sifu mungkin saya tak boleh survive masa PKP ni” ujarnya syukur. 

Korang yang baca mesti terinspirasi dengan kisah Fiqry ni kan? Nampak ke nampak Facebook ni boleh bantu korang naikkan jualan dalam bisnes. Siapa cakap Facebook tak berkesan?

Fiqry ni dah buktikan bisnes dia boleh di onlinekan dan tarik ramai pelanggan guna Facebook. Amacam? Nak ke nak kami daripada Team Momentum bantu korang berjaya macam Fiqry?

Kami yakin korang boleh sekiranya ada keinginan yang tinggi untuk cari ilmu dan guru yang boleh bimbing dalam bisnes. 

Apa kata korang get ready dengan pelancaran kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) Strategi Facebook Ads Capai RM10,000 Pertama. 

Dapatkan info dan maklumat lanjut di —> www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !