fbpx
blog najib asaddok

Ejen/Stokis Nak Buat Branding Sendiri? Ni Tips Anda Perlu Tahu..

Ejen Stokis Nak Buat Branding Sendiri.. Ni Tips Anda Perlu Tahu

Penting ke Ejen atau Stokis produk buat personal branding sendiri ni? Saya faham mesti ada ramai dalam kalangan Ejen di luar sana yang ada persoalan yang sama dalam kepala mereka. 

Tapi sebelum tu,anda tahu ke apa personal branding tu? Bila anda gunakan Facebook sebagai platform untuk kembangkan bisnes, personal branding memang sangat sesuai. 

Penting ke? Ya, memang penting untuk yang baru memulakan bisnes di Facebook dan ia adalah salah satu cara untuk bina kepercayaan prospek pada kita. Contohnya, jika anda sendiri ingin membeli secara online, mesti anda nak kenal dengan siapa anda berurusan kan? Begitu jugak la dengan orang lain yang ingin membeli dekat anda.

Apabila orang lain nampak posting yang kita post, ataupun membaca ayat-ayat yang kita tulis, mereka dah ada persepsi berkenaan ‘siapa’ kita. Persepsi orang itu mungkin tepat, mungkin tidak tepat, mungkin positif, mungkin negatif.

Jadi, ni lima tips yang anda patut tahu sebelum mulakan personal branding..

Ejen/Stokis Nak Buat Branding Sendiri? Ni Tips Anda Perlu Tahu..

1. Pemilihan Nama

Nama ni memainkan peranan yang sangat penting. Perlu tahu, brand dan produk adalah dua perkara yang berbeza. Ramai orang tersilap, nama produk dijadikan sebagai nama brand. Macam Starbucks, mereka listkan lebih dari 100 pilihan nama. Anda berapa pilihan nama yang ada?

Ejen/Stokis Nak Buat Branding Sendiri? Ni Tips Anda Perlu Tahu..

2. Kenali Brand Anda

Kenal pasti keunikan dan kekuatan brand anda. Anda perlu tahu apa yang membezakan brand anda dengan pesaing lain .Dah kenal, baru boleh fokus pada kekuatan dan keunikan brand anda. Kalau boleh cari nama yang unik dan sesuai untuk dijenamakan. Letakkan di setiap tempat dan media sosial yang anda ada. Letakkan logo di bahagian Profile Picture dan Timeline Facebook.

Ejen/Stokis Nak Buat Branding Sendiri? Ni Tips Anda Perlu Tahu..

3. Content Yang Menarik

Content marketing yang nak disampaikan pada followers anda haruslah relevan dengan produk/servis anda. Sebab? Anda dapat menghasilkan followers yang berkualiti. Content anda yang menggambarkan siapa bakal pelanggan anda. Jika lemah dan tiada kaitan maka makin susah untuk convert jadi pelanggan.

4. Cari Followers

Bila dah ada jenama semua, next step anda perlu cari followers untuk Facebook anda.. Jangan sesekali pernah berhenti mencari followers baru. Anda harus sentiasa tarik followers yang baru kemudian berikan content marketing. Ini salah satu cara nak bina engagement dengan followers anda. Sekarang ni banyak orang tak suka posting yang menjual atau yang berbentuk iklan. Jadi, cara nak approach mereka kena guna content marketing. Misalnya, tips, idea dan sebagainya.

5. Bina Karakter

Bina karakter anda sendiri dan jangan pernah tiru orang lain. Karakter yang unik dan berbeza akan membuatkan followers ingat dan kenal anda. 

Saya harap anda belajar sesuatu dan sharing bermanfaat ni. Semoga anda semua berjaya mencipta personal branding masing-masing dan buat ramai pelanggan kenal produk anda. 

Nak lagi tips dan info yang menarik? Jom dapatkan di www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !