fbpx
blog najib asaddok

Cadangan Raya 2020 Bulan Syawal Cara PKPB

Tak lama lagi kita nak menyambut bulan Syawal dimana bulan kembalinya umat Islam kepada fitrah setelah sebulan berpuasa.


Bulan kemenangan bagi umat Islam hasil dari “peperangan” menentang musuh dalam jiwa yang terbesar iaitu hawa nafsu.


Sekejap jer masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak raya..


Alhamdulillah kita semua diberi peluang tahun ni dapat menyambut bulan Ramadhan dan insyaAllah dapat juga menyambut bulan Syawal yang tinggal beberapa hari jer lagi..


Raya tahu ni lain sikit.. Semua orang tahu kita boleh sehari jer tu pun tak boleh keluar negeri..


So, apa kata kita buat lain sikit. Nak tahu apa dia?? Jom kita baca..

  • Jaga penjarakkan bersama warga emas.

    Kalau boleh kita elak untuk bawa ahli keluarga kita yang berumur pergi beraya..

    Sebab potensi mereka sangat tinggi untuk terkena jangkitan kerana antibodi mereka lemah tak seperti seorang remaja.

    Kita tak tahu dekat luar ni selamat atau tak. Virus memang ada dimana-mana tapi kita tak nampak.

    Apa kata kita cegah sebelum terkena jangkitan..
  • Eratkan silaturahim melalui video call

    Jangan bersedih kalau tak dapat berjumpa atau balik beraya..

    Sekarang teknologi canggih, so kita gunakan ya. Kalau tak tahu boleh belajar.. Nanti apa-apa senang, kita dah boleh bersedia awal.

    Kita boleh gunakan aplikasi whatapps untuk video call. Dulu 4 orang jer limit, sekarang dah boleh untuk 8 orang.

    Tapi yang penting update dulu aplikasi tu. Baru boleh guna untuk 8 orang..
  • Rumah Terbuka Raya 2020

    Tahun ni tiada rumah terbuka. Jangan mengada nak buat. Jangan ambil risiko!

    Anda nak ker diasbabkan anda virus merebak lagi?? Taknak kan?? Please tolong patuhi arahan kerajaan..

    Kalau anda nak sangat beri makan pada orang. Kita buat cara lain dengan berikan juadah raya kepada jiran-jiran terdekat jer.. Cara macam ni mereka dapat juga merasa juadah raya anda..
  • Baca Yaasin di rumah bersama keluarga sebagai pengganti ziarah kubur.


    Bukan tak boleh pergi ziarah. Tapikan lebih selamat bila berada dalam rumah.

    Kita boleh baca Yaasin bersama keluarga untuk sedekahkan kepada orang-orang yang dah kembali keramatullah.

    Lepas habis PKP ni boleh ziarah bila-bila masa. Tiada siapa yang nak halang..
  • Duit raya boleh transfer atau bank in


    Haa, siapa kata tak boleh bagi duit raya?? Onlinekan boleh, anda boleh jer transfer duit raya tu.

    PKP bukan penghalang anda untuk bagi duit raya kepada orang lain 😅Tak jumpa tak semestinya selamat duit anda. Hehehe gurau gurau..

    Tapi betul juga budak-budak sekarang ni lagi pandai, panjang akal dia.. 😉 .

    Anda faham apa yang cuba disampaikan??


Jom sama-sama kita jaga kita. Cegah sebelum terlambat..Sebab nak menyesal pun tiada guna kalau dah terjadi.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !