fbpx

Brader Ni Jual Ebook Jer Buat Sales RM300-500 Sehari

Assalamualaikum semua,

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah dan rahmat Nya dapat siapkan juga testimoni ini untuk sifu Najib Asaddok. Bagi Shamsul, sebenarnya Shamsul bukanlah insan yang layak menulis perkongsian ini kerana masih ramai lagi di luar sana yang jauh lebih hebat dari Shamsul.

Namun saya rasakan pengalaman saya ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi inspirasi buat rakan-rakan saya di luar sana, yang masih bekerja tetapi mempunyai impian untuk menceburi bidang perniagaan.

  1. Permulaan Terjebak Dalam Bisnes

Kisah Shamsul bermula sejak dari tahun 2009 lagi, masa tu zaman-zaman internet marketing. Macam – macam biz yang Shamsul buat antaranya biz kerongsang, tudung, pemanggang ajaib, jual baju melayu, dan banyak lagi. Tapi semuanya tak menjadi. Akhirnya Shamsul mengambil keputusan untuk membuat biz online melalui ebook. Ebook ini senang, sekali kerja sahaja tapi makan incomenya bertahun- tahun lamanya.

Untuk buat biz online ebook ni, ramai juga Shamsul berguru dengan sifu-sifu ebook antaranya Irfan Khairi, Sifufbads (Sifu Jamal yang dulu dikenali sebagai JaMaL Pakar Ebook dan Tuan Shuth (CEO Wang Cyber). Terima kasih kepada semua guru ni atas ilmu mereka.

Walaupun ebook pertama Shamsul beberapa tahun lepas tak menjadi & ambik masa  nak siapkan ebook tu hampir 5 bulan juga.

Nak tahu apa jadi dengan jualan ebook pertama tu.. Sedih…

Shamsul hanya dapat jual 40 ebook jer dalam setahun. Dah buat penat2, tapi hasil salesnya hampeh. Memang sedihkan..

Jadi Shamsul kata apa masalahnya… selidik punya selidik, rupa2nya masalahnya ebook ni kurang permintaan dan yang paling penting sekali Shamsul tak tahu nak buat marketing (pemasaran).

Tapi Shamsul tak putus asa. Dalam hati Shamsul, kalau orang lain boleh berjaya dalam menjual Ebook mereka puluhan ribu, mesti Shamsul boleh.

 

2. Muncul IDEA Bisnes Lepas 4 Tahun

Cari punya cari, lama jugaklah 4 tahun lamanya, Shamsul dapat satu idea masa tu kat FB tahun 2013. Ada satu calon muet bertanya kat fb bagaimana nak lulus muet sebab dah ambik 3 kali tapi tak lulus-lulus.

Ting … ini idea bagus ni kalau buat ebook. Mesti banyak demand ni. So shamsul carilah sumber sumber di internet dan dalam masa 1 bulan setengah ebook Shamsul siap untuk dipasarkan. Shamsul sungguh gembira. So, kita lancarkanlah kat internet.. Alhamdulillah ebook ni mendapat sambutan .. bolehlah… dapat 1 ribu sebulan.

Tapi lama kelamaan sales ebook ni makin hari makin menurun. Nak tahu, dekat FB, untuk marketing Shamsul guna boost RM 3 jer, sbb takut rugi. Sbb orang kata FB ni makan duit, tak boleh percaya, Dah tepu. Kalau labur RM3 tak rasa sangatkan. Aaalaaa macam tak biasa buat plak.

Sampailah bulan Nov tahun lepas 2015 jualannya hanya 2 ebook sahaja. Dalam masa yang sama, Shamsul ada masalah dengan pekerjaan sekarang. Jadi shamsul buat sembahyang istikarah mohon Allah tunjukkan jalan bagaimana untuk mengatasi masalah. Keesokan harinya, Shamsul mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan buat full time internet biz.

 

3.Fasa Berhenti Kerja Dengan NEKAD

Sebelum berhenti kerja, Shamsul minta restu dari mak. 2 hari jugaklah lamanya mak nak restu. Tapi, akhirnya mak restu juga. Biasalah orang tua mana nak anaknya susah. Shamsul kata pada mak berilah Shamsul peluang untuk buat biz dan buktikan pada mak yang Shamsul boleh berjaya seperti orang lain. Masa tu dah ada simpanan tabungan selama 1 tahun jadi bolehlah cover perbelanjaan kalau anything happen. Worse case, cari kerja lain nanti.

 

4.Mula Mencari MENTOR Online Marketing

Kisah saya mula belajar dengan sifu Najib ni, secara kebetulan. Masa tu Shamsul dah hantar surat berhenti kerja dalam bulan 12. So start bulan 1, 2016 dah jobless lah sbb nak tumpukan perhatian 100% dalam biz internet. Dalam hati Shamsul, ini tak boleh jadi. Kena cari seorang mentor yang boleh ajar Shamsul part marketing. Kalau x kena kerja balik macam orang lain (makan gaji)

Cari punya cari, Shamsul terbaca artikel Tuan Najib berkenaan ‘Makan duit Bini”. Lepas baca artikel terus terpikat dan LIKE terus page sifu Najib.

likeB

Masa tu kalau tak salah sifu Najib ada buat seminar Roket Emel, terus saya register seminar ambik pakej offer masa tu RM100. Seminar tu dalam bulan Dec 21, 2015. Dalam hati, rasanya ini mentor yang boleh boleh menolong Shamsul dalam bahagian marketing. Maklumlah produk ada, tapi tak pandai menjual. Asyik langgar dinding jer.. (bak kata Dr Azizan).

 

5.Giler! Dia Bongkar Semua!

Masa datang Seminar Roket Emel, tu macam tak percaya jer Sifu Najib bongkarkan semuanya pasal FB. Ini kelas basic ke advance … Mana ada cikgu yang ajar sebanyak ni. Dalam hati ni, inilah cikgu yang aku cari selama ni.. Bukan sikit yang dia share, tapi banyak. Masa seminar Roket Emel , Sifu ada offer kelas intensif selama 2 hari. Dalam hati shamsul, kalau yang harga RM100 pun dia share banyak pasal marketing, kalau kelas intensif mesti lagi banyak ilmu yang boleh kita belajar.

Gambar semasa roket Email

Nak dijadikan cerita, masa hari seminar tu dalam account Shamsul betul2 ada RM4K sahaja. Semasa sifu Najib offer, terus shamsul register pakej platinum tanpa berfikir panjang sebab Shamsul percaya kalau nak berjaya kena ada sifu. Jadi, nak tak nak, kena ada jugak.

Jadi bermulalah pembelajaran kelas intensif Shamsul dari 1 – 3 Januari 2016 untuk dijerung of sifu Najib. Orang sambut tahun baru dekat rumah, Shamsul sambut, dekat kelas Sifu Najib.

Memang x disangka-sangka kelas intensif sifu Najib selama 3 hari telah membuka pintu minda Shamsul untuk lebih berjaya. Banyak sungguh yang sifu share, yang selama ini kita tak tahu dari segi FB, Minisite dan Email Marketing sehinggakan kita orang kat dalam kelas, otak dah jadi keras , tak boleh masuk lagi ilmu yang diajar. Sapa yang masuk kelas intensif, tahulah macam maner banyaknya ilmu yang diajar. Tapi nak buat macam maner, dah bayar mahal – mahal takkan tak nak take action.

First action yang sifu ajar, kena bersihkan list fanpage. Banyak jugaklah list bangla yang kena buang dari list Shamsul. Bayangkan, dari 12k yang Shamsul ada masa tu, tinggal 9k sahaja. Lebih 4k yang dibuang oleh FB. Rupanya banyak jugak bangla yang suka dengan page MUET ni. Patutlah tak responsive langsung fan Shamsul.

Balik dari kelas intensif, Shamsul terus buat apa yang sifu ajar. Walaupun TAK FAHAM kenapa kena buat, tapi Shamsul buat sahaja. Macam sifu cakap dalam kelas, buat jer dulu, faham kemudian. Jadi Shamsul percaya dengan apa yang sifu katakan. Bayangkan nak buat LIKE ads jer, Shamsul ulang balik video yang sifu share, lebih 10 kali. Terukkan ..

Belum lagi nak buat brand awareness dan sales.

 

6. Buat Jer, Tak Yah Percaya Dulu

Shamsul ikut step by step apa yang diajar. Mula2 buat Like, brand awareness dan sales tanpa banyak soal. Bak kata sifu, buat jer dulu .. Jangan buat kerja tuhan. Sampai bila2 pun Shamsul akan ingat kata2 ini.

Gambar Homepage RLM

Alhamdulillah Fan Page makin bertambah setiap hari. Dulu ada 9000 fans, sekarang Shamsul ada 28,900 fans. Peningkatan lebih 19,000 potential customer dalam masa 1 bulan 20 hari sahaja. Shamsul pun tak tahu macam mana Shamsul boleh dapat 400 – 500 like setiap hari tanpa miss 1 hari pun, tapi memang berbaloi belajar dengan Sifu Najib. Tidak mustahil Shamsul katakan sebelum bulan 12 ni, list fans akan jadi 100K, dengan izinNYA.

Kalau dulu nak dapat 50 like sehari pun susah. Tapi sekarang dengan ilmu yang tuan Najib ajar senang2 jer dapat. Itulah penangan ilmu Sifu Najib..

 

7.Sales meningkat RM300-500 sehari

Bukan setakat dapat LIKE bertambah. Sales pun makin bertambah. Kalau dulu sebelum belajar dengan sifu Najib nak dapat 1.5K sebulan pun susah. Kene buat hard selling baru boleh dapat. Tapi sekarang, Alhamdulillah nak dapat 300 – 500 sehari, senang jer. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH. Target Shamsul dalam tahun ni , InshaaAllah akan capai RM1K sehari jika buat secara agresif. Shamsul percaya, rezeki Allah tu ada .. yang penting buat jer

Dalam masa tambah like tu, Shamsul terpandang satu Otai ni dalam group support. Namanya tuan Hambali. Masa tu dia ada buat campaign sempena Hari Raya Cina. Baru Shamsul teringat, dalam kelas Roket Emel dan Intensif masa tu, sifu ada bagi tau “Marketing kena buat secara Agresif”. Jadi kalau otai buat, Shamsul pun kena buatlah.

Gambar cabaran Sempena

Tanpa buang masa, Shamsul buat satu campaign sempena Hari Wilayah baru-baru ni. Alhamdulilah, tak disangka-sangka dengan bermodal ilmu sales marketing yang sifu Najib Ajar masa kelas, dengan kos marketing sebanyak RM30.00, Shamsul dapat total Sales sebanyak RM1780.00 nett. Maklumlah ebook stok terhad lah katakan. Masa nak handle tu, huru- hara jadinya, dengan nak jawab whatsapp, PM di page dan order di minister, macam dah blur, mana satu nak buat. Tapi Alhamdulillah, dapat juga akhirnya settelkan semuanya..

Gmabar semasa coaching

Dalam hati Shamsul, apa kata lepas ni buat pulak campaign untuk CNY untuk huru-harakan lagi biz. Alhamdulillah, syukur kepada Allah nikmat yang diberikan dengan kos marketing sebanyak RM60.00, Shamsul dapat total Sales sebanyak RM5000 ++ dalam masa 4 hari sahaja. Memang tak terlayan order masa tu, sampaikan sakit jari nak jawab whatsapp.

Sampai sekarang, Shamsul tak percaya yang Shamsul boleh buat sales sebanyak tu, dalam masa 4 hari sahaja.

Baru-baru ni, Shamsul gunakan teknik yang Sifu Najib ajar masa sesi coaching iaitu banyakkan sharing di blog + FB. Alhamdulillah, dalam masa tak sampai 2 hari, artikel yang Shamsul share mendapat Like sebanyak 1.4K. Banyak tu … yang tak masuk akal ialah, Like kita baru 28K tapi reach audience kat page dah lebih 80K ..  tak percaya .. Jangan percaya buat jer, then baru tahu…

InshaaAllah, dengan berkat ilmu yang sifu ajar, target shamsul untuk tahun ni akan tercapai hendaknya.

 

7. Huru Hara Bisnes

Buat Sifu Najib, terima kasih kerana hura-harakan biz ebook Rahsia Lulus MUET (Ini semua salah Najib). Tak tahu apa nak cakap, tanpa ilmu sifu, saya masih lagi buat sales “BOOST RM3” sebab orang kata, buat FB Ads nanti duit lebur.

Buat rakan2 di luar sana, bersangka baiklah dengan sifu atau mentor anda, supaya ilmu yang anda dapat berkat. Jangan masuk kelas sifu Roket Emel, jika anda nak biz anda suam-suam kuku sajer, kalau masuk jugak, huru-hara jadinya biz anda. Akhir sekali, carilah mentor yang boleh tunjukkan anda cara yang betul dan hasilnya, terbukti kePOWERANnya. Jangan terlalu kedekut untuk keluarkan kos iklan dan dalam marketing, anda perlu agresif jika tidak, anda tidak akan kemana mana ..

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !