fbpx

Berniaga dah 25 tahun. Meh Saya Cerita Tentang Mereka.

Berniaga dah 25 tahun Meh Saya Cerita Tentang Mereka

Saya nak cerita baru-baru ni saya pergi ke Angsana Mall di Johor Bahru dan seingat saya Angsana ni ditubuhkan pada tahun 1997. Lama kan dah 24 tahun.

Ramai dekat situ peniaga-peniaga lama, jadi saya pergi salah satu kedai yang wajib saya singgah iaitu Danial Collection di tingkat 3. Ini milik sahabat kami. 

Sahabat saya ni jual kain songket, samping dan banyak lagi. Dia pun dah berniaga lebih 24 tahun. Memang saya salute!

Apa yang saya kaji, berniaga ni ada pasang surut. Apa yang buat saya respect pada peniaga-peniaga lama ni dia berniaga dalam keadaan tenang, tak ada emosi, bijak dan sabar. 

Saya juga nampak orang yang dah lama berniaga ni, dia akan buat sehabis baik daripada awal sampai akhir. 

Kebanyakan orang kita sekarang ni berniaga dan kerja asal boleh, nak laju tu memang bagus tapi jangan asal boleh sebab nak cepat untung. Korang kena fikirkan jangka masa panjang, buat pelanggan keluar kedai dengan perasaan puas hati dan gembira. 

Banyak lagi saya nak share dengan korang. Saya akan share semua dalam video ni. Jom tonton sampai habis boleh?

Jom join group telegram untuk dapatkan info terbaru di www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !