Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home Pemasaran Internet

Antara Keris & Pistol Dalam Pemasaran Online ?

Mohd Najib by Mohd Najib
May 15, 2016
in Pemasaran Internet
0 0
0
Antara Keris & Pistol Dalam Pemasaran Online ?
Share on FacebookShare on Twitter

Salam

Alhamdulillah dapat menulis satu lagi post setelah saya baru sahaja pulang dari bercuti di Sepang Gold Coast. Merehatkan minda sambil mencari idea-idea baru dalam strategi perniagaan. InsyaAllah saya harap artikel ini dapat membantu anda dalam membina perniagaan di internet tak kisahlah apa pun bentuk perniagaan yang anda ada. Ia memang sesuai!

IMG_0395

Kenapa saya berkata begitu?

Oklah, dalam perniagaan ni yang paling-paling PENTING adalah cara PEMASARAN. Ramai GAGAL disebabkan tak tahu strategi pemasaran yang berkesan. Main hentam jer! Sampai habis modal perniagaan. Lepas tu tukar lagi bisnes lain, hasilnya sama jugak iaitu masih GAGAL!

Jadi apa kaitannya tajuk post saya ni keris & pistol?

perniagaan_internet_online_kerispistol

KERIS

Pemasaran ni ada trend dia, dari tradisional sampai ke cara yang moden atau terkini. Sama juga dalam peperangan. Zaman dulu kalau kita nak pergi berperang cukuplah dengan bawak keris atau pedang. Kita ada potensi nak melawan musuh & memenangi peperangan. Tapi zaman sekarang kalau bawak keris pergi berperang confim lah tumbang dulu… Maknanya keris/pedang dah tak sesuai pada zaman sekarang.

Samalah dengan cara pemasaran.

Jika dulu mungkin sesuai untuk gunakan flyers atau sebarang risalah untuk promosi produk kita, tapi sekarang ni trend yang ada tak berminat dengan pemasaran cara flyers. Ramai orang yang rimas dengan cara ni. Anda sendiri selesa tak dengan cara ni? Ramai yang dapat flyers terus ronyok dan buang.

imgleafletsflyers

Dah lah kos nak cetak dan edar memakan kos yang agak tinggi. Cuba anda kira kalau anda nak sebarkan flyers di taman perumahan anda sahaja, agak-agak berapa ribu yang perlu anda keluarkan? Kesannya pula tak seberapa.. Jadi rugi kalau masih guna teknik macam ni. Nak iklan dalam suratkhabar? Lagilah ribu-ribu kosnya..Mungkin mencecah 4-5 angka sekali iklan keluar. Fuhhhhh….Memang mencabar!

Pistol

Jadi anda perlu FOKUS sekarang ini kepada cara yang terkini. Kalau perang zaman sekarang anda perlu gunakan PISTOL & senjata moden yang lain. Barulah kena tepat pada sasaran & anda pula dapat menawan pelanggan anda dalam konteks perniagaan. Kan semua jenis bisnes mempunyai matlamat yang sama, iaitu mendapatkan pelanggan. Malah pelanggan yang setia supaya mereka mendapatkan produk anda bukan sekali tetapi berkali-kali!

Jadi dalam pemasaran sekarang ni, zaman ini trendnya manusia dah mula berubah kepada ONLINE/Internet. Malam nak tidur dengan fesbuk, bangun tidur pun fesbuk sampailah ke tempat kerja masih berfesbuk. Baca berita & cari maklumat semuanya gunakan internet. Jadi anda sebagai usahawan perlu nampak peluang ini.

Bila semua dah mula berkumpul di platform online maka di situlah anda perlu pasang pukat atau senang cerita buat promosi. TAPI, hahhh..pastikan buat dengan cara yang BETUL & Efektif! Kalau perang zaman sekarang ni, anda guna pistol untuk tembak sasaran yang jaraknya lebih 1km, pasti takkan kena. Malahan anda sebenarnya membazirkan peluru anda. Peluru tu lah ibarat kos promosi anda.

Bila nak tembak jauh kena guna senjata yang betul contohnya SNIPER, barulah kena tepat pada sasaran & tak membazir kos promosi!

Ramai yang terperangkap di sini. Nak main tembak jer dalam melakukan pemasaran. Kos habis, hasil pun tiada.

Ramai juga yang membuang masa berjam-jam depan komputer kononnya buat promosi. Ada yang beritahu saya, dia ambil masa 5 jam sehari lepas balik kerja untuk buat promosi di fesbuk. Saya tanya buat macam mana? Dia jawab buat post banyak-banyaklah En Najib! Saya tanya semula, ada yang Like ke? Dia jawab takder. Ada sales? Takder jugak, adalah yang kadang-kadang sangkut sikit. Itu pun tak berbaloi sebab dia habiskan masa 5 jam sehari sampai terpaksa abaikan keluarga terutamanya anak-anak dan suami.

Nasihat saya jika anda masih buat promosi yang tidak berkesan, tidak ada sales maka berhentilah sekejap! Belajar cara yang tepat dan berkesan. Jangan takut keluarkan sedikit kos untuk promosi. Sebab ia akan menjimatkan masa anda & mendatangkan hasil yang pantas tanpa membuang masa & mengorbankan keluarga. Kan berbaloi kalau sehari anda keluarkan kos RM50 untuk promosi dan boleh menghasilkan untung lebih RM100 ke Rm300 sehari!

Apa yang perlu anda FOKUS sebenarnya dalam pemasaran atau perniagaan online ni?

Anda perlu fokuskan kepada cara yang BETUL & Berkesan dalam pemasaran online ni. Pastikan teknik tu membantu anda menarik trafik atau pelawat ke website anda. Lebih ramai maka lebih tinggi jualan anda akan dapat. Teknik fesbuk ads membantu untuk menarik trafik pantas. Sehari jika anda boleh hasilkan keuntungan minima RM100, maka dalam sebulan pasti anda akan mendapat keutungan RM3000. Tapi perlu tahu berapa ramai trafik yang perlu anda bawa.

online_traffic

Nasihat saya, pelajari cara tarik trafik menggunakan fesbuk ads. Pastikan anda bukan buat hentam sahaja, tetapi dengan cara yang tepat supaya anda dapat menjimatkan kos dan meningkatkan jualan.

Pastikan jualan bukan sekali jer!

Kelemahan ketara pera usahawan baru, bukan baru sangat pun..hehehee… Mereka tak fokus untuk simpan database. Apa yang terjadi adalah mereka cuma buat jualan sekali jer pada seorang pelanggan. Lepas tu cari pelanggan baru dan terus mencari… Kos pemasaran semakin naik dan lama kelamaan jualan makin menurun.

email-marketing-header

Apa yang anda perlu buat sebenarnya? Simpan database pelanggan melalui cara / teknik Email Marketing! Pemasaran emel ni fungsinya untuk :

  • Follow up prospek/Pujuk Prospek untuk beli produk
  • Database yang akan anda gunakan untuk offer produk lain masa akan datang
  • Buat jualan berkali-kali bukan sekali!

Kan best bila dapat buat jualan tanpa mendesak/memaksa prospek anda. Teknik ni walaupun agak tradisional tetapi ia sangat efektif dan meningkatkan kepercayaan prospek. Anda WAJIB menguasai cara pemasaran emel ni jika nak bisnes anda bertahan lama.

Ok lah next post saya perincikan lagi ya! Harap anda sentiasa mengikuti update dari saya…

Jangan lupa jumpa saya di seminar yang akan mendetailskan semua cara pemasaran internet yang saya sebutkan di dalam post ini. Anda bukan sahaja menjimatkan masa, tenaga, wang ringgit malah anda akan cepat berjaya menghasilkan jualan yang konsisten setiap bulan..InsyaAllah…

Daftar di —->> www.momentumperniagaaninternet.com/seminar 

Najib Asaddok

www.momentumperniagaaninternet.com

banner180x150

Facebook Comments
Mohd Najib

Mohd Najib

Next Post
pemasaran affiliate malaysia

Peluang Bisnes Kerajaan Dengan Cara BERSIH ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended For You

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

June 14, 2022
Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

June 8, 2022
Impian Vellfire bukan angan angan kosong

WOW!! IMPIAN KERETA VELLFIRE 2023, DAH CAPAI TAHUN NI?!

May 24, 2022
Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In