fbpx
blog najib asaddok

Alamak! 3 Sebab Sales Jatuh Punca Dari Facebook Page

Alamak! 3 Sebab Sales Jatuh Punca Dari Facebook Page

“Haih, kenapalah sales makin drop ni. Apa masalah yang jadi sebenarnya? Produk aku ni tak ada kualiti ke? Atau terlalu mahal?”

Pernah rasa macam tu tak? Tapi sebenarnya kalau korang sendiri tak buat 3 benda ni dalam Facebook Page korang ia akan buatkan bisnes boleh drop dengan cepat.

Korang pernah tengok Facebook Page bisnes yang lalu di News Feed korang tu krik-krik tak ada respon?

Ramai jer peniaga dan usahawan dekat luar sana mengadu reach makin kurang, engagement macam tak ada. Nak tanya ni masa korang guna Facebook Page, apa strategi yang korang gunakan untuk tarik pelanggan?

Okay, dekat sini saya just nak kongsi dengan korang 3 kesilapan yang peniaga dan usahawan buat sampai Facebook Page dia sunyi hingga orang mula bosan dan tak percayakan lagi bisnes dia.

Kadang-kadang bukan sebab produk, tapi cara kita tu selalu sangat salah, tak ikut step, tak follow rules dan macam-macam lagi.

3 Sebab Sales Jatuh Punca Dari Facebook Page
  1. Tak tarik follower

Benda basic bila kita nak jadikan Facebook Page kita tak sunyi dengan kita bina followers untuk bisnes kita sendiri.

Sebab kalau korang sekadar nak target luar, nak target secara umum, korang akan bazir masa dan kos.

Bina followers untuk Facebook Page korang akan jadikan bisnes korang lebih meriah. Bila ada follower baru ada engagement.

3 Sebab Sales Jatuh Punca Dari Facebook Page
  1. Lambat respon

Bila korang lambat respon pada pm atau komen dekat Facebook Page korang ia sebenarnya buatkan bakal pelanggan kita tu lari pada pesaing.

Seolah-olah bakal pelanggan ketuk pintu kedai, tapi owner kedai tak menyahut. Padahal dia ni nak tanya soalan sebelum nak beli.

Poket dia penuh duit nak beli tapi lambat respon. Hilang selera orang tu nak beli.

Faham ke faham? Sakit hati ni memang sakit.

3. Tak ada sharing menarik

Ni tak sudah-sudah asyik nak menjual jer, tak habis-habis nak promote produk. 

Sebenarnya korang bukan buat orang makin dekat dengan korang. Tapi buat orang cabut sebab orang suka kita share value. 

Bukan promote tak habis-habis. Korang boleh sharing content tips dalam bentuk video ke atau multiple image. 

So, kalau korang tak tahu nak atasi dan nak selesai masalah ni macam mana, jom belajar dalam Kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) Tarik 10X Lebih Ramai Pelanggan pada 13 dan 14 Mac 2021 ini. 

InsyaAllah jawapan ada dalam kelas RPM. Daftar di website www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !