fbpx
blog najib asaddok

5 Perangai Pelanggan Kita Kena Tahu Bila Buat Closing

5 Perangai Pelanggan Yang Kita Kena Tahu Bila Buat Closing

Korang pernah rasa tak bila dah layan pelanggan tiptop dah buat yang terbaik dah tapi mereka still lari juga? Apa punya perangai lah pelanggan ni..

Kekadang rasa stress juga, sampaikan rasa tak tahu apa pelanggan nak sebenarnya. Pernah rasa macam tu?

Hurmm… mereka ni tak yakin ke dengan kita?? Atau sebenarnya kita yang bermasalah??

Relax-relax, sebenarnya kita kena tahu pelanggan kita ni macam-macam perangai. Sebab tu penting untuk kita kenal pelanggan kita macam mana..

Mehh saya kongsikan antara perangai pelanggan yang biasa kita akan hadapi..

Nak cepat

Ini apa yang berlaku kepada kebanyakkan peniaga online. Dahlah dia ni bank-in lambat. So, dia expact hari ini bank in esok barang dah sampai.

Sedangkan kita ni ada waktu ada jadual untuk penghantaran barang. Takkan nak buat hari-hari nanti korang sendiri yang penat.

Yang penting bagitahu dulu pelanggan korang supaya lebih faham dan jelas. Bagi penerangan betul-betul tau..

Banyak tanya

Korang kena layan jer apa yang pelanggan korang tanya sebab sebenarnya dia nak kepastian.

Memang ada pattern pelanggan yang macam ni. Dia jenis suka bertanya untuk confirmation. Tapi kalau dia tanya tak beli pun harap bersabar.

Perangai Pelanggan Kita Kena Tahu Bila Buat Closing

Malas nak baca

Ni tak tahu lah nak cakap macam mana. Kita ni dah bagi details semua tapi dia still tanya. Lebih mudah korang call dia terangkan satu persatu.

Bawa bersabar ya. Bukan senang nak berurusan dengan pelanggan. Tak kiralah sama ada berniaga secara online mahupun offline.

Perangai Pelanggan Kita Kena Tahu

Nak diskaun

“Tak boleh dapat harga diskaun ke?”

“Harga promosi dah takda ke?”

“Saya beli banyak ni, takkan tak dapat harga murah?”

Memang ada pelanggan yang macam ni, harga dah murah dia nak lagi murah. Kalau macam ni korang pun boleh bankrup..

Korang boleh buat pakej untuk penjimatan pelanggan.

Perangai PelangganYang  Kita Kena Tahu

Tak mampu tapi nak

Bila kita bagi harga tapi dia still tak mampu. Kalau betul-betul dia nak korang bagilah pelanggan tu bayar ansuran. Bila habis bayar baru dapat barang ke.

Kalau betul-betul dia tak mampu suggestkan apa yang dia kena buat. Janganlah terus biarkan macam tu. Kesian orang tu..

Best ke best perkongsian ni?? Nak belajar lagi? Jom belajar dalam Kelas Roket Pemasaran Momentum pada 13 dan 14 Mac 2021 ini.

Jom pergi ke www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !