fbpx
blog najib asaddok

Akibat Tak Jaga Ejen Dengan Betul

Akibat Tak Jaga Ejen Dengan Betul

Korang Founder / Stokis atau Ejen? Tak kisah la kan mana-mana asalkan tergolong dalam antara tiga ni, korang mesti ada team atau ejen kan? Nak tanya sikit ni, korang jaga tak ejen korang tu dengan betul? 

Ejen ni ibarat team yang kita perlu jaga dan guide dengan betul tau. Sebab diorang ni lah yang akan sama-sama bantu kita untuk naikkan sales dalam bisnes. Kalau setakat pandai rekrut tapi tak tahu nak guide baik tak payah la kan. Nanti diorang ni punya lah harap Founder atau Ejen atas diorang bantu tapi hampehh.

Ada yang lebih teruk tu, asyik paksa Ejen dia buat sales je. Bila Ejen tu tak perform sikit mula naik hangin satu badan kan. Sebab tu nak cakap ni kalau korang tak jaga Ejen tu dengan betul, bisnes korang tu akan dapat effect yang tak bagus. Nak tahu apa tu?

Akibat Tak Jaga Ejen Dengan Betul
  1. Ejen Diam Dalam Group

Rasa seronok kan bila ada ejen yang ramai. Tapi korang seronok ke tengok diorang diam je dalam group tu? Apa-apa yang korang tanya dia tak respond pun. Ala  macam orang cakap “diam seribu bahasa”. Sedih kan bila kita beria tanya tapi sorang pon tak jawab. Tapi korang pernah fikir tak, sebab dan kenapa diorang jadi macam tu. Cuba sesekali tu korang care dan ambil berat tentang Ejen korang. 

Akibat Tak Jaga Ejen Dengan Betul
  1. Ejen Lemau

Kalau kita sebagai Founder atau Stokis tak guide betul-betul, Ejen kita akan jadi lemau. Diorang tak bersemangat nak buat sesuatu dengan lebih baik. Sebab tu lah pentingnya ada kan training dan kelas untuk mereka. Nanti mereka bukan sahaja mahir buat closing tapi mahir dalam marketing juga. 

Akibat Tak Jaga Ejen Dengan Betul
  1. Ejen Tak Tahu Buat Jualan

Jangan salahkan Ejen kalau kita sendiri tak beri tunjuk ajar. Kebanyakan yang join sebagai Ejen ni mereka tak tahu pon apa itu marketing. Kita lah yang kena bantu satu persatu dan tunjukkan jalan buat mereka. Boleh ke boleh?

Jangan tinggalkan diorang buat semua nya sendiri tau!

  1. Ejen Lari Ke Produk Orang Lain

Ni masalah yang selalu sangat berlaku. Ejen asyik lompat ke produk orang lain je. Jangan salahkan diorang sepenuhnya. Cuba tanya apa yang kita bagi untuk hargai diorang. Mungkin dari segi penghargaan dan reward. 

Tak best kan bila dah perform dan buat kerja dengan betul tapi kita pulak tak hargai dan buat mereka kecewa. 

  1. Bisnes dan sales slow

Bila kita tak jaga Ejen dengan baik, secara langsung sales bisnes akan jadi sangat slow. Ejen tak restock, produk tak jalan dan tak laku. Korang nak ke jadi macam tu? Mesti tak nak kan. Penting untuk korang ubah balik sikap dan buat tindakan segera. 

Bukan senang tau nak rekrut ejen ni. Tak senang juga nak retain dan buat mereka bertahan dengan kita. Sebab tu pentingya Founder / Stokis / Ejen cari ilmu untuk guide dan rekrut Ejen dengan baik dan betul. 

Saya nak bagi peluang dekat korang untuk sedut ilmu dalam kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) Capai RM10,000 Pertama Edisi Khas Ejen. Korang boleh mendaftar di www.naktarikpelanggan.com 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !