fbpx
blog najib asaddok

8 Point Dr Azizan Hentam Teruk Otak Saya Di Dubai

Sesi Inner Circle Titanium Premier yang diadakan di Dubai kali ni betul-betul membuatkan otak saya ‘dihentam’ teruk oleh Mentor. Nak pecah kepala bila memikirkan tips, strategi dan nasihat dari beliau.

Sedikit coretan dari saya untuk memberikan anda sedikit ILMU yang mudah mudahan memudahkan hidup dan bisnes anda.

IMG_5799

Sebelum tu,

Apa MASALAH bisnes yang mula GROW?

Tahu masalah ni maka senang untuk dapatkan nasihat & tunjuk ajar mentor sebab saya pun menghadapi situasi sama.

  1. Banyak sangat peningkatan menyebabkan saya kadang-kadang bisnes stagnant pada satu titik & tak tahu boleh meningkat lagi atau tidak.
  2. Masalah untuk GROW business team. Peningkatan dalam bisnes memerlukan jumlah team yang besar dan kukuh. Leader perlu dilahirkan, tapi tanpa ILMU team akan bertukar ganti dan bisnes takkan berkembang. Mungkin boleh berkembang tapi segala komitmen akan terletak di bahu kita sendiri yang akan menyebabkan kepala otak menanggung semuanya sendiri.
  3. Pengurusan syarikat seperti Cukai, GST, Socso & EPF mungkin akan menyebabkan bisnes tu hilang tiba-tiba disebabkan pemilik bisnes tak ambil berat. Ia akan mengundang masalah dari segi undang-undang & masalah berat akan timbul.
  4. Cash Management pun penting, jika tidak sales besar tapi syarikat tak berduit.

Semua ni masalah ni sentiasa bermain di minda saya, dan saya YAKIN mentor saya yang memiliki lebih 30 syarikat telah menghadapi semua ni & beliau pasti ada jawapannya.

Saya membawa diri beribu kilometer ke DUBAI dengan misi untuk belajar sesuatu & saya YAKIN pasti ada jawapan akan saya temui di sana.

IMG_5815



YUP! Hari pertama Inner Circle bermula. Jam 8:30 pagi saya tiba bersama sahabat saya saudara Leo Adi Putra, Owner Gel Amani & Saudara Norhafiz Sulaiman pakar hartanah. Sesi inner Circle ni lebih santai tapi padat dengan ILMU berharga dari Mentor.

Apa yang saya belajar benar-benar membuka MINDA dan mengoncang urat saraf otak saya.

IMG_5814

# Pelajaran 1 Emosi

========

Manusia bergerak disebabkan EMOSI. Sangat penting untuk emosi kita berada dalam keadaan POSITIF & energetik. Sesi dimulakan dengan mentor meminta kami nyatakan apakah perasaan kami pada masa tersebut.

Apakah halangan-halangan yang kita rasa, apakah masalah yang kita sedang hadapi samada peribadi atau bisnes. Ia penting sebab bisnes takkan bergerak kalau EMOSI kita trak stabil.

Setiap Titans berkongsi perasaan masing-masing & sesi ni saya dapat rasakan kadang-kadang saya ingat masalah sendiri besar  sedangkan orang lain pun mempunyai cabaran lebih besar dari saya.

IMG_5824

# Pelajaran 2 ____ akan Menadah Lebih Banyak REZEKI

=================

Hahhh..agak2 apa dia perkara yang kita buat akan menadah lebih banyak Rezeki? Ya sangat penting walau apapun telah kita capai sentiasa bersikap merendah diri, STAY HUMBLE !

Sikap rendah diri akan mendah lebih banyak rezeki dari Allah SWT!

Sikap lupa diri plak adalah musuh utama yang perlu dielakkan supaya bisnes kita sentiasa konsisten. Ingat asal usul kita. Kita bermula dari susah dan beribu cabaran,

Kata mentor ‘’ Treat People With RESPECT ! “

IMG_5888

# Pelajaran 3 Kita Perlu TENTERA untuk MENANG!

=====================

Oittt sabar.. ini bukan rampasan kuasa Tentera tau!  Baca ni…. Sehebat mana kita sehingga jadi JENERAL dalam sesuatu peperangan kita takkan menang tanpa ada bala tentera. Samalah dalam bisnes, nak bisnes biasa-biasa boleh kita sorang, tapi nak mengembangkan bisnes sampai jadi satu empayar perlu bina team.

Ambil masa untuk melatih team kita dengan sabar & penghormatan. Kena tahu pilih team yang betul & beri mereka peluang untuk belajar. Lama kelamaan mereka akan jadi LEADER & ia akan memudahkan kita sebab mereka pula akan melatih ahli team yang lain. Kuncinya kat sini adalah SABAR!

IMG_5889

# Pelajaran 4 Elakkan Sumpahan 3 Tahun Bisnes

==============

Banyak kes bisnes tak dapat bertahan dalam masa 3 tahun dan bungkus dalam tempoh tu. Orang bisnes panggil ‘sumpahan 3 tahun bisnes’. Ya! Memang kena banyak handle segala cabaran & ujian dalam tempoh ni sebab tu kena manage bisnes dengan betul. Kena tahu urus kewangan syarikat, kena ada ‘back up’ plan untuk pastikan kita terus bertapak kukuh dalam pasaran.

IMG_5858

# Pelajaran 5 Back Up Bisnes dengan HARTANAH

==============

Bisnes mentor saya sangat kukuh disebabkan back up hartanah dalam syarikat beliau dan ini dilakukan oleh kebanyakan billionaire dunia. Mereka back up bisnes mereka dengan pemilikan hartanah yang akan memberikan pendapatan pasif dalam bisnes mereka.

Sebab tu mentor saya menekankan untuk urus profiling kewangan dengan baik supaya kita mudah untuk dapat loan dari bank bagi tujuan pelaburan hartanah. Alhamdulillah ini saya sangat fokuskan sejak tahun lepas dan hasilnya tahun ni bank telah berikan ‘blanket approval loan’ sebanyak RM2.6juta kepada saya.

Ya banyak lagi ilmu berkaitan pelaburan hartanah perlu saya pelajari & mentor saya pun selalu menekankan perkara ni dan kami akan diupdate setiap kali sesin Inner Circle.

IMG_5907

# Pelajaran 6 BERSYUKUR

===============

“Barang siapa yang bersyukur atas nikmatKu maka akan Ku tambah nikmat baginya berlipat ganda dan barang siapa yang ingkar terhadap nikmatKu maka sesungguhnya azabKu sangatlah pedih”

(Al Qur’an : Ibrahim ayat 7)

Ya rasanya ini bukanlah kali pertama sesi untuk saya dan sahabat2 titanium menyenaraikan apakah rezeki-rezeki dan nikmat yang Allah telah berikan kepada kami dalam masa beberapa tahun ni.

Sikit atau banyak tak penting, yang penting adalah sentiasa ambil sikap untuk bersyukur dengan apa yang telah diberikan pada kita. Lebih banyak bersyukur lebih banyak lagi Allah akan berikan.

Saya ambil contoh, tahun 2010 saya iaitu 6 tahun lepas saya masih memandu kereta kancil 850 dan ketika itu bayaran ansuran pun sering tertunggak disebabkan bisnes yang tak stabil.

Alhamdulillah jika dibandingkan dengan sekarang saya mampu memiliki 4 buah kereta yang berharga hampir RM1juta. Ya! Semua adalah rezeki dari Allah dan saya kena bersikap sentiasa meraikannya dengan BERSYUKUR! Ini pesanan yang mentor saya sentiasa ulang dan ulang setiap kali sesi Inner Circle.

IMG_5916

# Pelajaran 7 Tahsinus Solah

==========

“Apa kunci utama dalam hidup ni yang Allah akan kira dulu sebelum ambil kira amalan lain? “ soal Dr Azizan pada pagi hari kedua Inner Circle.

Jawapannya ialah solat! Semua perkara akan jadi sia-sia jika kita tak solat atau solat dengan cara yang tidak menepati kehendak syarak. Adakah kita betul-betul menjaga takbir kita, Al Fatihah yang kita baca? Rukun WAJIB tu sendiri perlu diperbaiki supaya ia menjadikan amalan-amalan kita yang lain mudah diterima oleh Allah SWT. Barulah hidup betul-betul dapat rahmat & hidayah dari Allah.

Apatah lagilah dengan bisnes jika dapat pertolongan Allah sepanjang masa.

Wahhhh banyak rupanya teguran dan nasihat dari Mentor yang saya lihat beliau bukan hanya mengira kejayaan dunia semata-mata tapi Akhirat yang jauh lebih penting.

Dalam bisnes banyak risiko & mungkin ada orang yang irihati. Apakah amalan yang perlu kita amalkan? Mentor saya sarankan doa2 dalam Ratib Al Attas, mulakan pagi hari dengan istighfar dan selawat ke atas baginda Rasulullah SAW.

IMG_5917

# Pelajaran 8 Pelbagaikan Strategi Pemasaran

=======

Pelbagaikan channel pemasaran sebagai STRATEGI yang dasyat dalam PEMASARAN. Saya betul2 rasa terhantuk bila Mentor mengutarakan satu lagi kempen yang sekurang-kurangnya akan meningkatkan lagi bisnes saya.

Ya dalam masa terdekat saya akan gunakan strategi ni dan anda nantikan ya apa yang saya akan buat nanti. Ni len kali saya share tau. Buat masa ni biarlah RAHSIA! Heheheee…

……..

IMG_5818

IMG_5901

Syukur kami dapat menamatkan 2 hari perjalanan Inner Circle Titanium Premier dengan lancar, penuh dengan ilmu, padat dengan teguran dari Mentor kami. Ya ! Perjalanan masih jauh dan saya rasa sangat beruntung sebab

(i) Kunci Supaya Diri Tak Sejuk – Kena ada CIRCLE orang-orang POSITIF yang bukan sahaja beri kita galakan tapi membakar semangat kita untuk capai KEJAYAAN macam mereka. Anda kena tahu macam mana nak tempatkan diri dalam CIRCLE macam ni.. Ssshhh saya beritahu sekarang. Jangan bagitau orang tau! Selalu dekatkan diri dan hadir majlis ilmu. Orang2 berjaya ni suka dengan majlis dan program ILMU ni, terutamanya mereka yang dah capai status MultiMilllionaire.

(ii) Nak berguru  MAHAL ?  – Ramai yang cakap kat saya kenapa perlu bayar mahal2 untuk berguru? Jawab saya kalau saya tak berguru sebelum ni pun banyak dah KEBOCORAN saya alami. Apalagi nak buat peningkatan, macam mana kalau bocor pun tak boleh repair?

Boleh tak payah berguru tapi saya tak nak habiskan masa terlalu panjang untuk berjaya. Lebih baik saya beri komitmen untuk belajar dari guru yang dah pun berjaya dan boleh tau kat mana ‘tembok’ yang nak dielakkan dan mana satu jalan PINTAS untuk berjaya.

Ok ke ok dengan kos saya keluarkan, jika tahun lepas sales 6 bulan cuma RM400,000 tetapi sales 6 bulan tahun 2016 syukur telah capai RM2.25 juta. Berapa banyak peningkatan yang saya alami lepas berguru? Hampir 6 kali ganda!

Guru/Mentor lah orang yang bukan sekadar mengajar malah akan memberi TEGURAN untuk kita sentiasa beringat.

Saya ucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan buat mentor yang membimbing saya untuk tahun kedua ni, Dr Hj Azizan Osman, Tuan Jerry Rizal, Pn Hasdiana Ahmad, Team Richworks dan sahabat-sahabat Titanium Premier saya.

Mudah mudahan Allah SWT memberkati dan merahmati mereka semua!

Amacam? Anda belajar sesuatu?

Like & Share kan artikel ni ya!

Ikhlas,

Najib Asaddok

Titanium Premier

No Ahli: TP001

www.najibasaddok.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !