fbpx
blog najib asaddok

7 Point Usahawan Kena Tahu Kenapa Jerung Langgar Kangaroo

Buat apa nak jumpa mentor setiap 2 bulan? Apsal plak sampai kena pergi Perth Australia? Buat kat KL tak boleh ke? Jap jap…meh saya explain apa point penting sehingga JERUNG saya melanggar bumi Kangaroo untuk menjerung dan buat otak kami mengembang berganda-ganda!

Point 1 :  Ada JERUNG Ke Dalam Bisnes Anda ?

Dalam bisnes kena ada orang yang monitor progress kita. Semua orang hebat businessman, ahli sukan, apa jugak professional career mesti ada coach yang akan perhatikan diorang. Ya memang kita ada MATLAMAT nak capai tapi tak cukup kuat untuk ‘tolak’ kita capai matlamat tu. Sebelum saya ada mentor pun memang benar saya boleh hidup selesa, tapi selesa yang biasa-biasa jer.

Jadi usahawan yang biasa-biasa, dapat pendapatan 5 angka sebulan, tapi hanya bergantung pada diri sendiri sahaja, kalau sebulan tak buat apa-apa bisnes memang confirm boleh tutup. Dari segi lega macam tax, GST pun tak jaga yang menyebabkan kita boleh didenda dan duit habis macam tu jer. Perjalanan bisnes yang sangat biasa-biasa. Sedangkan target hidup nak bebas masa dan kewangan. Macam mana nak bebas kalau bisnes tak dikawal dengan cara yang betul.

‘Jerung’ atau mentor lah mengawasi setiap langkah kita dalam bisnes. Peranan mentor memastikan kita ‘protect’ bisnes kita dengan ikut segala undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa. Setiap kali sesi ICM mentor akan check adakah kita dah buat atau belum.

Memang panaslah telinga kalau masih tak buat dan jadi tak senang duduk dibuatnya. Kan bagus ada ‘jerung’ tu! Negeri Kangaroo pun dilanggar jerung!

.

Point 2 : Kritikan lebih membina dari pujian yang membunuh

Ya! Saperlah yang tak suka dipuji. mestilah suka. Tapi pujian yang terlebih akan menyebabkan kita selesa dan jadi lembik. Lebih baik kritikan yang pedas yang akan buat kita sentiasa dalam keadaan bersedia dan sedia menyerang. Dalam Inner Circle Meeting ni mentor saya akan banyak mengkritik. Ia buatkan saya sentiasa bersedia dengan laporan bisnes yang lengkap setiap kali sesi ICM ni. Saya jadi tak selesa dan semangat nak buat improvement tu sentiasa tinggi. Dari 2 orang team sahaja dalam syarikat meningkat ke 11 orang dalam masa 2 tahun ni & insyaAllah akan tambah lagi beberapa orang dalam masa terdekat ni.

Dulu mana ada sesiapa yang nak beri kritikan ikhlas dan membina, memang ada kritikan di luar tapi banyaknya untuk menjatuhkan semangat sahaja. Kritikan ni memang menjadikan saya dapat mengelakkan diri dari ‘comfort zone’. Kalau ditanya adakah saya senang dengan kritikan ni? Gilerlah kalau senang2 macam tu jer. Mestilah ada rasa pedih ulu hati tapi bak kata orang2 berjaya ‘ No Pain, No Gain ‘ . Terpaksalah juga hadapi walau pedih di hati.

Ada tak kadang2 saya rasa malas nak masuk meeting ni? Ishhhh…mestilah ada. Dalam diri kita ada zon selesa yang tak senang kita bersusah payah. Sedaya upaya dia akan tarik kita berada dalam keadaan yang selesa. Nak tak nak, suka tak suka kena LAWAN beb! Itu yang saya alami sehinggalah sekarang. Agak2 korang ada perasaan yang sama? Adakan..kan..kan..kan…. 🙂

.

Point 3 Play BIG Not Small

Asalnya dulu pun saya mula bisnes hanya untuk ‘cari makan’, cukuplah dapat RM3000-RM5000 sebulan dengan buat bisnes online hanya dari rumah jer. Masa tu tak kisah & tak terbayang nak ada sales sampai juta-juta ni. Minda berfikir kecik jer, jadi hidup tu jadi selesa ala-ala jer. Tapi cabaran ekonomi takkan buatkan kita selesa, mana lah cukup kalau jualan sama tapi kuasa beli makin rendah.

Ditambah pula ramai orang di sekeliling kita yang perlu dibantu. Saya mula rasa tak cukup dan nak capai angka lebih besar. Kan sebaik-baik manusia adalah manusia yang beri manfaat pada orang lain. Dalam ICM ni tekanan untuk berjaya sangat kuat, mana taknya kawan-kawan yang lain semua ada peningkatan, bisnes perform gila-gila. Malulah nak bentang report depan diorang kalau setakat buat level biasa-biasa.

Mentor pulak setiap 2 bulan nak tau apa PROGRESS kita,memang lah ‘terpaksa’ buat dengan bagus.

Diri kita ni ada kemahuan yang kuat tapi takkan keluar tanpa ada yang memaksa ia keluar. Kan senang ada jerung yang paksa kita fikir besar!

Sesi kali ni pun saya terpaksa PUSH lagi diri saya untuk tulis apa yang bakal dicapai hujung 2017 dan hujung tahun 2020. Wah tiba-tiba otak saya selnya bersambung2 lepas set matlamat ni, saya boleh tahu apa patut dibuat, apa patut dielakkan… Saya rasa lebih YAKIN untuk capai apa yang saya nak capai. Bayangkan dalam Circle Titam Premier ni jumlah jualan tahunan dianggarkan lebih RM100juta.

.

Point 4 Sentiasa Tulis Apa Kita Nak Capai

Ya itu memang benda WAJIB kami dipaksa untuk buat setiap kali sesi bersama Mentor.

Menulis..menulis…dan menulis…

Kalau tak tulis apa kita nak macam mana otak nak kenalpasti apa TINDAKAN nak dibuat?

Sesi ICM sentiasa dan memang kerapkali dimulakan dengan menulis apa KESYUKURAN kita. Lebih banyak kita bersyukur maka lebih banyak REZEKI Allah akan bagi pada kita. Pesan mentor ‘ Sentiasa Humble ! ‘ . Rendah diri tu akan menadah lebih banyak rezeki!

Meh saya kongsikan apa selalu kami tulis

  1. Tulis 10 kesyukuran nikmat yang Allah dah berikan pada kita
  2. Apa yang kita rasa sekarang, ekspersikan supaya mentor tahu level kita
  3. Tulis Good News ( Kegembiraan dari sudut personal kita )
  4. Tulis WINS ( Kejayaan kita dalam bisnes )
  5. Tulis kenapa saya buat apa yang saya buat dari sudut EMOSI.

Cer korang pun ambil kertas, buat exercise untuk diri sendiri dan team/staff jika ada… Penangan dan kesan dia sangat2 dasyat bebbb !!

.

Point 5 Susun Hidup Dengan Jadual Kalau Tak Nak MATI

Ada banyak perkara dalam hidup ni yang kadang2 kita rasa macam hari yang kita lalui takder apa…macam kosong. Pagi ke malam berlalu tanpa sebarang manfaat dan makna. Kadang2 mungkin saat ni pun kita masih termenung depan laptop atau smartphone tanpa tau apa nak buat. Betul ke betul ?

Ya! Itu yang berlaku bila hidup tak ikut jadual..nak ikut macam mana jadual pun takder? ( Sentapkan! )

Hidup kita tak lama, kalau ikut umur Rasulullah setiap orang ada 63 tahun sahaja.

Kebanyakan orang berjaya ni menyusun hidup diorang dengan jadual, bermula jadual tahunan dan harian.

Pada sesi kali ni kami diminta menyiapkan jadual tahunan dan jadual harian mengikut keutamaan masing-masing. Dah lama takder saper arah dan mintak jadual hidup ni…. heheheee…. punya serius jerung saya nak pastikan hidup kami semua teratur dan bermanfaat.

Jadual tu mesti memenuhi keperluan diri dan keluarga. Jika tidak maka kita berisiko hilang keluarga dan bisnes. Mula jadualkan hidup dan langkah seterusnya ikut dan hormati jadual yang kita dah tetapkan. Mulakan rutin hidup seawal 5 pagi dengan tahajjud, solat sunat dan solat Subuh. Istighfar dan selawatlah kepada Rasulullah SAW dan baca Al-Quran sekurang-kurangnya 1 muka surat.

Dalam jadual utamakan keluarga, hubungan dengan Allah, ambil kesempatan menambah ilmu dengan kelas2 dan bacaan untuk self improvement

Tanpa jadual hidup samalah macam manusia yang tak hidup tapi dah mati! Apalagi anda yang baca ni cepat2 pergi start atur jadual anda. Its Now or never !

.

Point 6 Bisnes Patut Online 18 Tahun Lepas

Hidup kita sekarang ni sentiasa berurusan menggunakan online, dan sangat bodoh kalau bisnes yang kita ada tak guna ONLINE! Manusia hari ni dah boleh YAKIN dengan bisnes kita hanya dengan online sahaja, tapi ada cara, ada strategi bukan main belasah jer. So anda nak tau?

Meh saya explain apa yang saya belajar!

Trend pemasaran tahun ni 2017 bukan sekadar online tetapi apa bahan yang kita guna dalam online tu, dalam facebook.

Kena ada bahan atau mat salleh panggil content marketing dalam bentuk post, gambar dan video. Lebih banyak content kita share akan meningkatkan KREDIBILITI & KEPAKARAN kita.

Facebook dah sediakan platform LIVE yang anda boleh connect dengan followers bila-bila masa. Cuba senaraikan apa perkara yang kita boleh ajar, didik dan kongsi dengan followers kita dalam sesi LIVE ni. Atau rakam video2 testimoni, inspirasi dan perkara yang boleh buatkan followers kita suka nak follow kita. Faham ke faham ni ?

.

Point 7 Kena BERANI Invest Dalam Pemasaran

Pemasaran ni mentor saya pesan ada 2. Pertama Science of marketing, kedua Art Of Marketing.

Apa beza dan maksud kedua2 ni ?

Science Of Marketing – Orang lain dah buat dan kita follow jer cara dia sebijik2. Peluang untuk berjaya agak tinggi di sini namun masih ada kemungkinan berjaya atau gagal.

Art Of Marketing – Dalam pemasaran tu masih ada ‘seni’ yang kita kenalpasti. Cara menulis dengan gaya tersendiri, cara kita melayan pelanggan itu semua menentukan kejayaan sesuatu bisnes. Kenalpasti apakah ‘seni’ yang boleh bantu bisnes anda tau!

Selain tu pesan mentor saya, kita mesti BERANI melabur dalam pemasaran. Sebelum dapat sesuatu kena laburkan sesuatu. Selagi tak cuba mana nak tau hasilnya. Nak dapat hasil lebih besar kena sediakan kos marketing yang besar, yang best ada Mentor boleh tengokkan dulu samada plan kita nak capai sales tu boleh dicapai atau tidak.

Mentor dah melalui jatuh bangun dalam pemasaran jadi dia dah tau apa langkah yang berkesan, mana yang tak berkesan. Sebagai anak didik, kita beri komitmen untuk betul-betul berterus terang dalam sesi Inner Circle Meeting yang diadakan setiap 2 bulan.

Saya harap sedikit perkongsian ni akan memberi MANFAAT kepada anda semua yang membaca artikel ni. Saya yakin anda pasti akan SHARE artikel kepada sahabat2 anda supaya diorang pun akan mendapat sesuatu dan kita sendiri menambah saham akhirat kita.

Akhir kata saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mentor saya Dr Hj Azizan Osman, Tuan Jerry & Team Richworks atas bimbingan kepada saya masuk tahun yang ketiga ini. Terlalu banyak ilmu, pengalaman, teguran dan kritikan yang sentiasa membina diri saya. Perjalanan saya masih panjang dan saya sentiasa dahagakan bimbingan dan teguran dari mentor, sahabat2 dan anda semua!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !