Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home #roketcontent

7 Daripada 10 Pelanggan Akan Cabut Bila Copywriting Anda Bukan Daripada Hati

Suhadah Razak by Suhadah Razak
September 21, 2020
in #roketcontent, 5pointbisnes
0 0
0
Copywriting
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai usahawan bengang dan susah hati bila barang tak laku, stok berlambak lepas tu paling mudah sekali adalah menyalahkan orang lain. Semua salah padahal salah diri taknak sedar- sedar lagi bahawa COPYWRITING ni kena fokus kepada masalah pelanggan. Bukan nak menjual semata-mata.

Masalah utama usahawan jadi sawan adalah sebab dia tak tahu macam mana nak buat dan tak sedar kesilapan dalam copywriting. Bila berterusan buat silap maka usahawan lambat lah untuk dapat result dan lambat nak menawan hati pelanggan.

Usahawan sibuk buat benda yang tak berkesan contohnya syok sendiri buat Facebook Ads dan Like Marketing tetapi sebenarnya cara yang paling berkesan untuk berkomunikasi dan sentuh hati pelanggan adalah melalui COPYWRITNG.

Ada kenal usahawan macam ni? Berniaga dah bertahun-tahun tetapi sales krik-krik dan masih lagi bisnes dia tak menghasilkan apa apa. Majoriti 89% sales usahawan masih bawah RM10,000.

Alangkah bestnya kalau bisnes kita ni menjadi dan dapat memberikan hasil pulangan yang lumayan. Jadi kalau anda nak ada peningkatan dalam diri lepas ni dan nak berjaya menawan hati pelanggan. Anda WAJIB untuk teruskan baca sampai habis mengenai “7 daripada 10 pelanggan akan cabut bila COPYWRITING anda bukan daripada hati”.

Okay ke okay?

1.Gelojoh Nak Menjual

Kesilapan utama dalam copywriting ni adalah ramai usahawan gelojoh nak menjual barang, tak ada nak fikir benda lain selain menjual barang menyebabkan apa yang kita tulis tu jadi tak best, membosankan dan pelanggan fikir macam iklan semata-mata.

Benda yang betul dalam menulis copywriting adalah kita mesti banyakkan untuk nak bantu pelanggan. Lebih tekankan apa benda yang kita boleh bantu tanpa ada unsur menjual lansung. Contohnya boleh tulis “Berapa ramai yang nak saya bantu untuk selesaikan masalah dia”. Itu je boleh buatkan orang nampak anda betul-betul  komited dan serious nak bantu dia.

2.Asyik Cerita Produk /  Servis Secara Fakta

Ramai di kalangan usahawan yang tak habis habis cerita pasal FAKTA produk dia yang paling power, berkesan dan dasyat menyebabkan pelanggan jadi takut bila usahawan “over promise” melalui penerangan produk. Sedangkan sampai kesudah pelanggan masih tak nampak apa masalah dia yang usahawan boleh bantu.

Daripada usahawan sibuk cerita pasal produk, lebih baik tekankan apa yang dia boleh bantu. Nampak mudah dan senang tetapi ini lah yang sangat di hargai oleh pelanggan. Usahawan perlu tahu bahawa masalah pelanggan adalah peluang anda untuk bantu lebih ramai orang. Bila bantu lebih ramai orang maka lebih banyak lah pendapatan anda. Faham ke faham ni?

3.Menulis Dengan Bahasa Yang Sukar Difahami

Punca utama 7 daripada 10 orang pelanggan cabut lari adalah usahawan menulis copywriting bukan daripada hati. Tulis syok sendiri je tanpa gunakan ayat power untuk pengaruh orang untuk lebih yakin dan terus percaya. Kalau ayat copywriting tu betul orang akan rebut tetapi kalau ayat tu salah orang akan cabut lari. Jadi usahawan nak jadi yang mana? Sepatutnya kalau ayat betul orang akan tak sabar nak beli.

Bila anda guna bahasa buku, kamus, sajak dan syair, memang orang takkan faham beb. Kalau anda guna bahasa susah, skema dan fikir copywriting untuk menjual memang ke laut jawabnya, jadi baik anda tukar profession jadi nelayan laut dalam sebab copywriting tu ke laut.

4.Tak Fokus Pada Masalah Pelanggan

Kesilapan dalam copy writing berlaku bila usahawan tidak ada susunan ayat yang betul, terus sibuk dan lompat untuk menjual kepada pelanggan. Balik balik nak menjual barang sampai pelanggan rasa rimas, bosan dan nak lari jauh-jauh daripada anda.

Kebanyakan usahawan tak highlight isu, masalah kritikal dan kerisauan pelanggan. Macam mana nak tahu masalah pelanggan? Pertama sekali tanya pelanggan kemudian senaraikan masalah yang mereka hadapi dan niat anda kena betul untuk beritahu pelanggan apa yang akan jadi bila pelanggan tak selesaikan masalah dia.

5.Terperangkap Dengan Produk

Elakkan terperangkap dengan produk sendiri, cerita bahawa produk anda boleh menyelesaikan semua jenis masalah. Kesilapan dalam copywriting adalah usahawan tamak sehingga menabur janji yang keterlaluan.

Usahawan perlu betulkan banyak benda sebab kita dalam bisnes ni tujuan utama adalah nak berniaga dan bantu ramai orang. Anda perlu cerita pasal masalah pelanggan dan apa isu yang akan berlaku kalau pelanggan tak selesaikan masalah dia. Bukan cerita pasal produk semata-mata.

Usahawan kena ubah cara berfikir, strategi dan teknik bagaimana anda nak cepat capai target terutama bila nak naikkan anda punya sale. Usahawan akan gagal bila suka bertangguh dan berfikir lama sangat untuk membuat keputusan.

Nak ke nak saya bantu untuk capai jualan dari sebelum ni bawah RM10,000 kepada RM50,000 pertama? Anda kena belajar sesuatu dan buat sampai habis. Sebelum belajar Facebook Ads, anda perlu tahu nak tulis copywriting yang betul-betul memukau pelanggan supaya mereka rebut produk anda. Barulah anda tak melebur duit di Facebook Ads.

Apa kata luangkan masa untuk upgrade ilmu dan skill bisnes anda dalam kelas Advance Roket Bisnes (ARB). Daftar di www.NakBimbingan.com

Facebook Comments
Suhadah Razak

Suhadah Razak

Next Post
belajar untuk fokus

Perkara Penting Untuk Fokus Bila Anda Baru Nak Mula Bisnes

Recommended For You

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

June 14, 2022
Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

June 8, 2022
Impian Vellfire bukan angan angan kosong

WOW!! IMPIAN KERETA VELLFIRE 2023, DAH CAPAI TAHUN NI?!

May 24, 2022
Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In