fbpx
blog najib asaddok

7 CARA FACEBOOK CURI DUIT ANDA SECARA ANDA TAK SEDAR

Ramai usahawan hari ni menggunakan medium Facebook untuk onlinekan bisnes sebab itu cara paling mudah dan trending.

Facebook sekarang ni memang menggalakkan usahawan tak kira level mana sekalipun masuk dalam Facebook dan onlinekan bisnes untuk capat lagi ramai orang dengan mudah.

Sejak bertahun-tahun, Facebook sangat komited dengan kempen untuk pujuk usahawan dari seluruh dunia untuk masukkan bisnes dalam Facebook. Sebab tu banyak sangat perubahan yang Facebook lakukan kebelakangan ini semata-mata nak bantu usahawan.

Hampir 90% jenama-jenama besar yang establish dah wujud dalam Facebook dan aktif mempromosi jenama masing-masing.

Tapi dalam Facebook mudahkan cara untuk usahawan untuk onlinekan bisnes, ramai yang tidak ada ilmu yang cukup untuk jadikan marketing mereka dalam Facebook sangat efektif dan berkesan.

Paling bahaya, ramai usahawan main suka-suka hati belanja dalam Facebook untuk marketing tanpa dia tahu kat mana silap, kat mana yang betul. Akhirnya give up sebab duit melebur tapi pulangan takde.

Dia tak sedar perkara yang salah dia buat dalam Facebook Marketing adalah dia sendiri tak tahu apa yang dia buat dan dia takde ILMU yang betul untuk bantu dalam Facebook Marketing.

Akhirnya dia sendiri pun tak sedar yang Facebook sedang ‘curi’ duit dia tanpa dia sedar. Jadi, kat mana yang Facebook sedut duit anda atau dengan kata lain, kat bahagian mana yang anda buat silap dan salah hingga duit marketing anda hangus?

Cerr baca lanjut supaya anda tahu dan jelas apa kesalahan anda selama ni dan cara nak atasinya.

1. Boost post

Ramai orang salah sangka bila nak iklankan dalam Facebook, mesti tekan butang ‘Bosst Post’.

“Eh, kenapa salah plak tekan butang tu. Kan Facebook yang letak, mestilah boleh..”

Memanglah boleh kalau nak tekan, takde masalah pun.. Tapi bersedia untuk ditelan duit yang belanja ikut butang boost post..

Setting boost post jenis main balun semua placement. Siapa ajar dalam ads perlu letak semua placement dalam satu masa? Itu kerja gila, dan pastinya anda tak tahu pun apa tujuan dan objektif setiap placement dalam Facebook Ads.

So, jangan simply main tekan-tekan boost post, tu butang boost untuk bakar duit, bukan labur duit marketing.

Jom join www.50kusahawan.com untuk tahu lebih lanjut ilmu dan cara pemasaran yang betul.

2. Tak tunjuk cara setup

Facebook memang sengaja tak ajar cara betul nak setup page, setup iklan yang berkesan. Semua tu memang sengaja sebab nak bagitahu Facebook suka pengguna spend banyak duit dalam Facebook Ads.

Kalau ikut Facebook, semua placement penting, semua setting penting, lagi besar kos anda letak, lagi dia suka. Tapi anda tak tahu ianya berkesan atau tak untuk bisnes anda.

Nak cari kat google pun boleh.. Carilah sebab google ada 20,900,000 cara pemasaran facebook, tapi yang mana satu berkesan, mana satu tak berkesan?

3. Xtahu siapa kita nak target

Dalam Facebook, dia dah permudahkan usahawan untuk nak target pada siapa dan kat mana. Kita boleh pilih tak kisah pun golongan yang lagi spesifik pun Facebook boleh carikan. Berbanding offline, anda tak boleh pilih pun.

Tapi Facebook tak ajar pada siapa yang anda patut cari, siapa yang anda patut target untuk bisnes anda. Sebab itu adalah tanggungjawab anda sendiri sebagai owner bisnes untuk kenal siapa pelanggan yang anda nak.

Kalau boleh Facebook nak anda target pada semua orang. Sama macam cara anda fikir, anda pun nak jual pada semua orang supaya semua orang pun tak beli dari kita.. Kan..

4. Suruh increase budget

Benda yang paling best yang boleh buatkan kos marketing anda terbakar bila Facebook kata increase your budget untuk reach more people. Maksudnya, Facebook minta tambah bajet kos iklan supaya iklan anda bagi lagi ramai orang nampak.

Tapi adakah itu cara yang betul? Ramai usahawan yang baru onlinekan bisnes selalu tertipu dengan perkara ni.

Sebenarnya kita bukan nak tambah bajet, apa yang betul, kita nak tambah adset. Confuse? www.50kusahawan.com ada..

5. Placement auto

Facebook memang sengaja letakkan placement auto setiap kali anda nak buat iklan baru. Siapa yang terlepas pandang setting, memang selalunya mudah buat silap dan iklannya akan salah tuju atau salah target pada tempat yang tak sesuai.

Antara perkara yang Facebook sengaja pilih semua setting adalah placement mobile & desktop, placement platform mana, umur, interest dan lokasi.

Ramai orang terlepas pandang perkara ni yang sebabkan iklan takde engagement, ramai komen dari orang luar Malaysia, takde conversion dan lain-lain.

Nampak ke nampak benda yang Facebook sengaja susahkan korang supaya banyak buat silap.

6. Harga iklan meningkat

Sampai hari ni ramai usahawan confuse kenapa iklan dia makin hari makin naik harga. Masa awal-awal nampak murah, tapi lama-kelamaan kos iklan makin mahal dan makin kurang sambutan.

Facebook tak bagitahu pun kenapa makin lama makin naik harga.

Ramai yang naikkan bajet iklan dengan sangkaan atau assume boleh jadikan iklan tu lebih berkesan.

7. Takde indikator betul @ salah

Facebook memang takkan ajar pada kita apa yang betul, apa yang salah dalam marketing. Pada mereka, semua ini adalah kaedah untuk mudahkan anda buat iklan dan mudahkan mereka untuk buat duit.

Jadi, sebagai owner bisnes, anda kena bertanggungjawab dengan setiap cara dan setiap kefahaman anda bila anda buat Facebook Ads.

Ilmu yang betul akan hasilkan tarikan yang baik dan akan hasilkan pulangan yang terbaik. Tanpa ilmu yang betul dalam online marketing dalam Facebook, makin banyak kos anda akan melebur.

Formula Online Rocket Marketing yang dikongsikan dalam Roket Pemasaran Momentum (RPM) adalah formula yang terbukti berkesan untuk usahawan yang nak onlinekan bisnes mereka dengan cara betul dan tepat. Dah ramai usahawan yang bermula dari zero, kini dapat hasilkan sales, ada yang jutaan ringgit sebulan, ratus ribu sebulan.

Adakah ini satu penipuan? Bukan, ini adalah result dari student-student yang komited ikut cara ini. Sebab itu dalam RPM anda akan ditunjukkan cara, strategi dan perkara do & don’ts dalam online pemasaran.

Cuma sekarang ni soalnya pada anda.. Adakah anda serius nak ubah bisnes anda atau masih lagi nak sama seperti tahun-tahun yang  lepas?

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !