fbpx
blog najib asaddok

5 Tips untuk usahawan yang dah ready nak merdekakan diri dan bisnes

Merdekakan

Sebagai seorang usahawan, tempoh permulaan memang sangat mencabar, banyak halangan dan roadblock untuk berjaya. Ramai juga yang tersungkur untuk peringkat awal-awal bila berniaga.

Tapi ingat, kejayaan bukan untuk show off pada semua orang, bukan untuk riak atau nak berlagak.. Tapi sebaliknya anda kene terus bersyukur.

Bukannya anda belum berjaya, anda perlu mengalah. Tapi jadikannya sebagai pembakar semangat untuk mara ke depan. 

Buang kata negative yang boleh jatuhkan semangat anda. Buang biawak dalam kepala yang dah bersarang lama dalam kepala tu. Buang mindset yang katakan anda tak boleh berjaya.

Selagi anda tak usaha, anda takkan capai pun impian anda.

Sampai bila anda nak jadi seorang usahawan yang berada di tahap bawah je?

Jom jadi seorang usahawan yang boleh merdekakan diri dan bisnes. Follow sampai habis tau.

1.Dia sentiasa ingat pada pencipta

Jika betul anda nak berjaya, kunci utama adalah pencipta. Dia yang menentukan segalanya. Dia adalah pembuka rezeki untuk kita semua.

Bila anda jaga hubungan dengan Nya, Insya Allah Dia akan permudahkan urusan anda.

Jadi ingat, buat semua suruhannya dan tinggalkan semua larangannya.

Kalau yang wajib pun susah nak tunaikan, macam mana Dia nak tunaikan permintaan anda?

2.Dia lebihkan bisnes untuk share value

Give more value kepada pelanggan. Jangan pernah lokek untuk berkongsi ilmu.

Percaya dengan apa yang anda kongsikan boleh kembangkan lagi kepercayaan orang terhadap anda.

3.Dia sentiasa upgrade ilmu

Ilmu adalah salah satu punca bisnes anda growth atau tidak.

Anda perlu cari dan guna ilmu yang baru yang selaras dengan ekonomi sekarang.

Jika guna cara yang lama, susah lah untuk anda nak merdekakan bisnes.

4.Dia ada guru yang guide

Guru penting untuk anda tahu cara yang anda gunakan betul atau tidak.

Tanpa guru anda tak da tempat untuk dirujuk dan betul ke cara anda buat bisnes.

Anda pun tak tahu anda buat betul ke salah. Macam mana anda nak terus berjaya tanpa guru yang guide. Betul ke betul?

5.Dia terus buat tindakan

Kalau anda tak buat tindakan, macam mana anda nak Berjaya.

Tanpa usaha, hanya goyang kaki, Jangan harap kejayaan milik anda.

Anda perlu teruskan usaha dan capai kejayaan anda.

Jika betul anda nak berjaya, boleh follow tips ni. Tak perlu percaya, tapi buat jer.

Anda nak lebih banyak ilmu? Dah bersedia untuk merdekakan diri, bisnes dan kewangan? Jom join RPM Edisi Merdeka pada 29&30 Ogos. Daftar di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !