5 Tips Peniaga Buat Untuk Capai Sales Lebih RM10,000 Sebulan

Tips Capai Sales lebih RM10000

Sebagai Founder atau Ejen kepada sesuatu produk, bukan mudah nak bina bisnes. Nak buat bisnes memang senang tapi nak ‘sustain’ dalam bisnes tu satu perkara yang bukan mudah untuk dilalui. Kalau tak ada cara yang betul, owner tu sendiri yang akan give up. Tak mudah untuk capai sales yang kita inginkan

Takkan nak buat bisnes ni sekadar tempat percubaan je. Kalau jadi teruskan, kalau tak, terus tak nak buat dah. 

Bagi Founder atau Ejen produk di luar sana, bukan mudah nak rekrut Ejen. Tapi berkat kesungguhan dan benda betul yang ramai peniaga buat, dia mampu untuk jana sales yang tinggi setiap bulan. 

Nak tahu tak apa tips untuk capai sales lebih RM10,000 Sebulan? 

5 Tips Peniaga Buat Untuk Capai Sales Lebih RM10,000 Sebulan

1. Like marketing

Tambah bilangan fans. Bawa masuk fans ke dalam page kita. Dengan Like Marketing la kita mampu tarik pelanggan yang tepat. Kalau sekadar invite sesuka hati untuk like page kita belum tentu dia tu salah satu target market yang betul. Kalau tersilap, memang merugikan kos. Konsisten untuk buat Like Marketing ni setiap hari. Bila dah ada bilangan fans yang ramai, baru fokus untuk buat sales pulak.

5 Tips Peniaga Buat Untuk Capai Sales Lebih RM10,000 Sebulan

2. Buat Facebook Live

Bila sebut pasal Live, automatik semua akan geleng kepala. Masing- masing malu untuk bersuara. Kalau peniaga di luar sana nak tahu, Live ni mampu buat pelanggan kenal dengan produk kita.

Ingat tau, Facebook Live ni adalah peluang terbaik untuk anda berinteraksi dengan audiens anda dengan cara yang paling mudah sekali. Cuma gunakan fon anda sahaja. Tapi, jangan membebel sorang-sorang pulak. Buat persediaan dan mesti audiens anda akan beri respon positif.

5 Tips Peniaga Buat Untuk Capai Sales Lebih RM10,000 Sebulan

3. Tawaran Harga Dan Combo

Cara ni mampu menarik minat pelanggan untuk beli produk kita. Jangan jual satu, tapi buat tawaran combo 2 atau 3 produk dan letak harga yang nampak lebih menjimatkan. Sesekali buat tawaran harga yang berbeza dari hari yang biasa. Anda perlu ingat, pelanggan ni lebih tertarik kepada promosi. Mereka akan lihat perkataan promosi itu membuatkan harga tampak lebih murah.

4. Konsisten Upgrade Ilmu 

Siapa kata belajar ni perlu sekali je. Makin banyak kita belajar, makin banyak perkara baru yang kita akan dapat. Setiap ilmu yang kita belajar pasti berbeza. Kalau anda tengok ramai orang yang berjaya, mereka sentiasa konsisten untuk upgrade ilmu. Sebab apa? Sebab mereka nak tahu banyak benda lagi. 

5. Berani Terima Cabaran

Setiap bisnes mesti ada cabaran yang tersendiri. “Ejen lari la, Ejen buat lain seperti yang diajar”, dan lain lain lagi. Setiap usahawan akan mengalami situasi yang berbeza. Tapi apa yang penting ialah cara kita hadapi situasi tu. Kalau kita mampu lawan cabaran tu, percayalah cabaran yang akan datang akan membuatkan kita tak mudah nak rasa putus asa.

Nak berjaya ni tak mudah, tapi kalau seiring dengan usaha dan kegigihan, kita mampu capai kejayaan yang diimpikan tu. 

Anda dapat sesuatu? Nak lagi?

Join waiting list untuk dapat maklumat awal Strategi Online Rocket Marketing (STORM) di  www.momentuminternet.com/storm 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !